0

Zainuddin berbasikal dari Kuching ke Tawau

10 Februari lalu Tawau dikejutkan lagi dengan satu catatan sejarah lagi apabila Zainuddin Haron, penunggang basikal berasal dari Paroi, Negeri Sembilan berjaya melengkapkan menunggang basikal dari Kuching, Sarawak ke Tawau, Sabah.  Dia yang melengkapkan misi itu dalam masa 10 hari adalah penunggang basikal yang pertama melakukannya. Dia tidak menggunakan sebarang amalan ilmu melainkan dengan azam yang kuat disertai juga dengan latihan yang berterusan.

Sebenarnya, ini adalah kejayaan kedua sepanjang tahun 2011 ini orang luar dari Tawau  melakar rekod gemilang di sini.  Masih ingatkah dengan renangan Ibrahim Rusli yang melengkapkan rekodnya berenang di Teluk Cowie dari Sungai Nyamuk ke Tawau?  Perenang ini juga tidak mengamalkan sebarang ilmu melainkan azam yang kuat dan latihan yang berterusan.

Tahukah anda, jarak dua kejadian ini hanyalah 28 hari, yang kalau dicongak angkanya tidak cukup sebulan pun!  Rasanya aku cukup tercabar dengan kejayaan mereka dan rekod yang mereka pegang di sini itu cukup mencabar aku selaku anak jati Tawau.  Tapi bagaimanakah aku boleh menjadi seperti mereka dan apakah cara untuk aku menyaingi rekod mereka?  Persoalan inilah yang berlegar-legar dikepalaku.


Photo Kredit: Kelab Rakan Muda Tawau.

Berita mengenai kejayaan Zainuddin.

TAWAU, 10 Feb (Bernama) — Faktor usia tidak menghalang Zainuddin Haron menamatkan cabaran berbasikal – Kayuhan Solo Borneo 1Malaysia dari Kuching, Sarawak ke Tawau dalam tempoh masa 10 hari.

Zainuddin berjaya menamatkan cabaran itu di perkarangan Pejabat Majlis Perbandaran Tawau (MPT) kira-kira jam 3.00 petang tadi, disambut oleh Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Pang Yuk Ming dan presiden MPT Ismail Mayakub.

Penunggang berasal dari Paroi, Negeri Sembilan itu melahirkan rasa terharu kerana tidak menduga akan mendapat sambutan meriah di lokasi terakhirnya.

Katanya, cabaran paling besar dihadapi sepanjang perjalanan adalah ketika mengharungi Banjaran Crocker dari Tamparuli ke Kota Kinabalu kerana kesukaran menaiki bukit.

Bagaimanapun, kesukaran itu langsung tidak mematahkan semangatnya kerana beliau ingin membuktikan bahawa beliau mampu melakukan sesuatu yang membanggakan walaupun usianya sudah menjangkau 50 tahun.

“Idea kayuhan solo ini timbul apabila Perdana Menteri mencetuskan konsep 1Malaysia,” katanya yang telahpun mendapat tawaran mewakili negara dalam pertandingan berbasikal veteran di luar negara dalam masa terdekat ini.

Sebelum ini, Zainuddin turut melakukan kayuhan solo sejauh 2,200 kilometer mengelilingi Semenanjung Malaysia dari Putrajaya dan kembali ke tempat sama, pada tahun lepas.

Sebagai persediaan, beliau melakukan latihan insentif berbasikal sejauh 200 kilometer setiap hujung minggu di Semenanjung.

Beliau berharap usahanya akan dicontohi oleh golongan belia di negara ini demi memartabatkan sukan berbasikal di samping menggalakkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti sihat dan berfaedah. — BERNAMA

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Berita Tags: ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.