
Kepada yang belum membuat update ke wordpress versi 2.8, aku ada ingatan untuk anda. Sekiranya anda mendapati page anda kosong selepas update, ia sebenarnya bukan kena hack, salah update, database rosak dan sebagainya. Tetapi anda sebenarnya menghadapi WordPress White Screen of Death atau juga dikenali Blank Screen of Death
Bagaimana menangani masalah WordPress White Screen of Death cara aku? Mudah sahaja sebenarnya, cuma memerlukan keyakinan dan kesungguhan untuk mencuba. Selain itu jangan lupa buat backup terlebih dahulu sebelum kejadian yang lebih kritikal berlaku kepada anda.
Mula-mula sekali aku bertanya kepada Mr Google mengenai masalah yang aku hadapi iaitu WordPress White Screen of Death. Selepas itu aku pun jumpa solution yang baik punya.
Caranya macam ini:
- Login admin wordpress anda macam biasa.
- Pergi ke bahagian Plugins dan non-activekan kesemua plugin itu.
- Login FTP anda dan ke bahagian plugins folder. ( cara n ak cari folder plugin ialah dengan klik wp-content, dalam tu lah ada plugins.
- Renamekan folder plugins kepada xplugins ( atau apa2 namalah )
- Pergi ke cpanel wordpress anda tadi dan Refresh.
- Selepas itu, bukalah blog url anda.
- Kalau dah muncul semula, jangan lupa rename semula folder plugins tadi dan aktifkanlah mana2 plugin yang kamurang gunakan.
Untuk mencari solution lain, silalah ke source ini: http://www.hightechdad.com/2009/06/10/fixing-blank-empty-or-white-wordpress-pages-after-upgrade/
Comments
Powered by Facebook Comments









nasib baik aku guna blogspot….. heheheee…..
.-= friendly´s last blog ..Tawau – Dahulu, Kini Dan Selamanya. =-.
Reply