17

Wangi Chicken Rice Tawau

Wangi Chicken Rice adalah sebuah restoran yang baru beroperasi dua minggu saat aku mencatatkan review ini. Kalau anda berkenan, silalah datang, kalau tak, cukuplah sekadar tahu tempat nak makan bila berada di Tawau…


Pandangan dari luar. (pic by adrysabry.com)

Wangi Chicken Rice Tawau menyediakan makanan yang sewangi namanya. Dari nasi ayamnya hinggalah ke hidangan ala chinnesse food.  Restorannya memang selesa, dengan decoration restoran moden, kerusi meja yang selesa, aircon yang power dan siap dapur berkaca untuk show off siapa yang masak dan cara penyediaan makanannya.

Apa yang menarik dan aku tertarik ke Wangi Chicken Rice.
Aku mengunjungi Wangi Chicken Rice Tawau ini bukan sekali dua tetapi masuk lunch tadi, sudah empat kali aku ke sini. Aku sudah mencuba beberapa menu mereka dan aku tertarik dengan nasi ayam mereka. Nasi yang digunakannya mengingatkan aku pada nasi di Sg Nyamuk, yang wangi yang bila makan, pasti mahu makan lagi. Hehehe… Bagi aku, sedapnya nasi ayam adalah dari keenakan ayamnya yang disteam atau digoreng dan di sini ianya memenuhi citarasaku, ayamnya betul2 masak, betul2 lembut, kurang minyak, tidak masin, sos ayamnya enak, bukannya kicap ABC cair.

Faktor lain semestinya layanan yang mesra, bila cancel order, cepat saja mereka cancel. Harganya? Aku suka di sini kerana ianya tidak mengenakan service charge apatah lagi hidden charge… so dapatlah kita budget berapa kita makan. Pasal babychair nya pula, memang best sebab anak buah aku sudah mencubanya, dan dia selesa.  Kalau baby tu saiz kecil, bolehlah didudukkan bersama tali kaledarnya, hehehe…

Faktor menolak tapi aku tetap tertarik ke Wangi Chicken Rice Tawau.

Minta2 ownernya baca dan take attention. Pertama, menu mereka tidak menggunakan bahasa Malaysia yang betul. Bawang Besar Goreng Telur membawa maksud si bawang besar itu menggoreng telur walhal yang sepatutnya Telur Goreng Bawang Besar. Ada lagi yang salah, Goreng Telur itu membawa maksud perbuatan menggoreng telur makanala yang sepatutnya adalah Telur Goreng… cuba tukar ya boss, aku pelanggan yang sensitif pasal menu2 ni.

Kedua, sup sampingan tu, tolonglah jangan letak kaki ayam… pelanggan yang macam aku, bila lihat kaki ayam, aku akan teringat kaki ayam bapa aku dulu di kampung2 yang kejanya mengkais-kais pelbagai benda… (aku tidak mahu teruskan) Bukan semua orang makan kaki ayam, tidak salah bagiku kalau kaki itu tidak diletakkan dalam sup. Seram rasanya!

Kalau dalam versi AdrySabry dia ada katakan restoran ini lokek lada… heheh sebenarnya aku pernah minta lebih lada, tahu apa mereka bawa? Hehehe anda cubalah sendiri dengan berkunjung ke Wangi Chicken Rice Tawau.

WCR memang sedap bah!

Info:
Nama Restoran: Wangi Chicken Rice.
Lokasi: Belakang KFC Baru, bersebelahan Pasar Rakyat, sebaris dengan bangunan Umno.
Hidangan istimewa: Nasi ayam steam dan goreng, cincau susu.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2010, Ekonomi Tags: 

Recent Posts

Bookmark and Promote!

17 Responses to "Wangi Chicken Rice Tawau"

  1. Gen2Merah says:

    wow.. macam best ja restoran ni. Belum pernah plak aku dengar namanya. Lagipun aku penggemar nasi ayam. Selalu nya nasi ayam aku bedal di sabah chicken rice ja.

    Nanti la kau try kat sini pulak. Thanx for the info yaa

    Reply

    Maya reply on July 21st, 2010 8:38 PM:

    sama2. jgn lupa bgtau dorg dpt info pasal restoran dr blog, so dorg lawat blog dan dapatlah baca komen2 di sini…

    Reply

  2. smoked says:

    Salam perkenalan….. aku ndak pernah ke Tawau… sedap betul kah tu? boleh tapaukan?
    smoked recently posted..SalamMy Profile

    Reply

  3. Aj says:

    Bz bersearch dan berwings lah kamu kan maya?
    Aj recently posted..Amazon KindleMy Profile

    Reply

  4. zaid says:

    bah….ndak prasan plak tau ada resturan dkat dgn bangunan amno tu tau,bulan januari lepas ada juga aku limpas di area tu,tapi ndak prasan brangkali…mau cpat jak tu aku kalo jalan di bndr tawau,maklumlah setiap 3 ke 6 bulan sekali sekala aku balik tawau(kerja di semenanjung),naa….bulan 8 ni sampai jak aku ditawau mau ku tinguk tu tau resturan yg ko bilang tu,sekali nanti ku bawak mamak bapak ku makan disana nanti…..bagus bah kau punya info ni ging,aku yg anak tawau ni pun baru tau,apapun aku suka baca blog ko ni,banyak info.untuk suai kenal tentang aku ni kau lawat jat web sosial ku ni :

    http://www.tagged.com/thejc16

    facebook : zaid jamil

    slamat brkenalan :-)

    Reply

  5. Rina Mus says:

    Aku baru juga ke restoran ni, Maya yg introduce aku pada 25 Julai 2010 yang lalu. Uiyoo penuh ba….sampai kami mau duduk teda tempat duduk, tepaksa menunggu giliran, tunggu meja kosong,itu pun kami bekongsi dengan dua orang awek,tapi dorang pun nda lama mo chow juga.Erm…memang sedap la makan nasi ayam guna beras wangi…ayamnya boleh tahan juga rasa.tapi kicapnya tu macam nda ngam,telampau pekat..tapi rasanya memang itu kicap untuk masakan cina…suda tu kan…ladanya pun sikit ja di kasi…tepaksa minta lagi bila suda makan halfway,jadi datang la dalam cuik kecil nya.ladanya ja habis…kicapnya aku nda sentuh pun….lepas tu…adoi…lada nya tu pahit…diblender sama2 dengan kulit limau, jadi lepas makan lada tu, makanan lain pun aku rasa pahit.skarang aku terbayang2 nasi ayam wangi nya ni..aiii…kalau ke Tawau lagi mesti makan di sini.

    Reply

    Maya reply on July 30th, 2010 3:45 PM:

    Huhuuuuu ada org kempunan. Bah minta transfer kejalah ko di Tawau ni. Ramai kawan, ramai keluarga, makanan pun berbaloi2

    Reply

  6. jiraiya says:

    tuan tanah bnyk komen sampai kaki ayam pong nak di bahas…huhuhhhhuuuu x suka diam x sedap tingalkn.

    Reply

    Maya reply on November 19th, 2010 3:56 PM:

    Aku sebagai pengguna boleh share apa yang aku rasa, kalau aku rasa ianya sesuatu yang berbeza, aku boleh share keunikan dia, wpon ianya baik ataupun buruk.

    Reply

  7. min wcr says:

    datang lah p restoran kami…
    saya seorang staf dari restoran 2………
    kami sedia melayan anda dengan penuh hormat n sopan
    santun……

    Reply

    Maya reply on December 5th, 2010 11:31 AM:

    aku selalu rekemen sapa2 mau makan nasi ayam sedap di restoran kamu dan responnya meka suka…

    Reply

  8. min wcr says:

    walau pun (pk) kami garang tapi dia seorng betanggung jawap n jujur bekerja….pe nyayang lagi!!!!!!
    aku dah mula rasa suka sngat keja kat restoran nie walau pun ari2 kenak marah…….soal kenah marah 2 dah biasa kat mana keja pun pasti kenak mara….bagi saya 2 satu ujian bagi saya yg sdang cari rezki yg halan xkera penat mcm mana saya kenah keja keras…..

    Reply

    Maya reply on December 5th, 2010 11:33 AM:

    mmg gitulah bila bekerja, kena masing2 fikir positif, kalau tak hari2 akan gaduh.

    Reply

  9. Yuri WCR says:

    Sya p0wn staff gak
    Bartender
    But i resigned
    I hope ank buah sya bule wat air sbgmna sya sndri
    Keep coming

    Reply

  10. tadin tatsuya says:

    lau ada msa dtang ya g wangi chicken rice

    Reply

  11. penjaga hati says:

    kak anie 2 t’lalu cbuk la….smpai mslah pribadi pun dya mo c buk…kan3…

    Reply

  12. penjaga hati says:

    sheren pon jgn la jhat sngat…*_*

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.