
Pertanyaan untuk apa kamu berblog pernah ditanyakan kepadaku oleh seorang pegawai atasan kerajaan dan aku jawab spontan dengan contoh yang simple. Aku berblog sebab aku mahu ajak orang sekeliling aku menjadikan blog sebagai medan yang betul untuk meluah rasa, contohnya aku mahu berkongsi apa yang aku miliki untuk sama-sama dikembangkan dan praktikkan.
Semasa aku mula berblog (bukan blog yang ini), aku tidak menjumpai sebarang blog yang exactly berbicara tentang Tawau, mengangkat Tawau dengan keistimewaannya, berseloroh dengan model pemimpin dengan kiasannya, menghimpunkan satu koleksi bahasa pasar untuk dikongsi satu dunia dan sebagainya.
Apa personaliti blogger?
1. Pembaca.
Blogger perlu membaca kerana dengan adanya bahan bacaan input baru akan senantiasa masuk ke minda.
2. Pemerhati.
Pemerhati yang selalu memerhatikan sekelilingnya, menyimpan apa sahaja yang diperhatikannya dalam bentuk yang boleh disentuh atau sekadar tersimpan dalam fikiran.
3. Penyelidik.
Mengkaji sesuatu untuk dinilaikannya melalui banyak hala tuju pemikiran, proses inilah yang sebenarnya bakal menentukan positif atau negatifnya sesuatu perkara itu.
4. Pengkritis.
Akhirnya blogger itu perlu mengkritik secara puitis yang mediumnya adalah blog. Tidak kisahlah edisi kritis itu dalam versi lantang hinggakan mencabul “maruah”, penulisan yang bersahaja tapi terguris bila dibaca, menulis dengan baik dengan niat baik melalui cara yang betul…

Variasi blogger.
1. Blogger yang over expose.
Blogger yang mendedahkan sesuatu perkara yang tujuannya mahu meracuni pembacanya untuk mengikuti apa yang dia rasa betul. Bila dikomen dia akan melenting, bila dikomen dia akan memaki, bila dikomen dia akan berikan sebab dan akibat yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Simple word dia menulis hanya untuk menghasut dan memfitnah.
2. Blogger ingusan.
Blogger ingusan itu tidak kira usia. Istilah ingusan adalah untuk blogger yang menulis untuk show something untuk menunjuk-nunjuk, menulis dengan pendapat yang cetek, sumber yang cetek mahupun sumber yang direka-reka.
3. Blogger mata duitan.
Blogger mata duitan itu pula adalah blogger yang menulis hanya untuk menjana duit yang hanya mahu memerangkap pembacanya berbuat sesuatu yang akan mendatangkan duit kepadanya. Dari satu aspek, blogger yang sebegini baik untuk dirinya kerana dapa menjana pendapatan tapi dari aspek lain ia tiada beza dengan peminta sedekah dengan hanya duduk diam dan menadah tangan.
4. Blogger klon.
Blogger klon bagi aku adalah blogger parasit yang hanya duduk depan komputer mencedok hasil usaha orang lain dan berbangga dengan hasil curiannya.
Fikirkan anda mahu jadi blogger yang bagaimana, orang boleh nilai tulisan kita tapi orang jarang boleh menilai niat kita kerana ianya tidak terungkap tapi tersembunyi di balik kata-kata. Apa pun, aku mahu menjadi blogger yang berpijak di bumi nyata, memberi sumbangan (walaupun sebesar hama) untuk Tawau atau setidaknya boleh buat aku tersenyum suatu masa nanti.
Perdulikan apa tanggapan negatif orang yang mahu menjatuhkan kita asalkan kita tahu apa yang kita tulis dan tulislah dari hati kita… Datuk Ibrahim Saad.
Teruskan tulis blog, yg penting artikel positif n tak hentam org… Mohd Lokman Sunggim
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






zaid
Jan 05. 2011
bagus saranan ini tentang blogger,tapi yg aku hairan sejak dua menjak ni kan maya,ko punya blog ada sedikit susah(berat) diakses…kadang tu jadi eror pun ada,hmmmmm….cuba cek skit apa yg tidak kena tu maya,rugilah aku kalo satu2 topik aku trtinggal di blog ko….ishk ishk ishk mo nangis ni.:-)
Reply
Maya reply on January 5th, 2011 11:08 PM:
sila sendkan ke email screenshoot error tu.
Reply
Sam Mikli
Jan 05. 2011
Assalam alaikum
Tuan Maya
Tuan saya ingin tahu dari Tuan, dari segi personalitinya, saya ialah blogger yang bagaimana mengikut daftar / 4 variasi di atas?
Saya sanggup menerima “penghakiman” dari Tuan.
Adieu…
Reply
Maya reply on January 5th, 2011 11:10 PM:
kalau blog tuan, dalam pengamatan saya, tiada dalam senarai.. mean u r neutral blogger
Reply
sankai
Jan 05. 2011
mana kategori ku.?? blogger paling hot dan seksi….kweweke…
btw, nice entry sis. kudos.
Reply
Maya reply on January 5th, 2011 11:11 PM:
alalala lupa mo kasi letak kategori utkmu sankai.. next episod lah ya, hehehe
Reply
Octo
Jan 05. 2011
aik apsal ada 4 jenis blogger je. blogger versi personaliti bagus tadak kah
Reply
Maya reply on January 5th, 2011 11:12 PM:
aku senarai 4 saja masa ni, sbb idea itu saja yang melintasi kotak fikiranku
Reply
Kreatifbuzz
Jan 06. 2011
saya semua 4 variasi tuh!!hoho..ganas!
owh, Maya, yang error tu klu xsilap, pop up news…lupa nk printscreen.
Reply
budaini
Jan 06. 2011
aku cuma mau tergelak baca kata2 pic diatas tu…
Reply
zul
Jan 06. 2011
blog bagus aja bah, Blogger Tawau the best la, ada jk input dalam bentuk sejarah atau isu semasa yang menarik.
Reply
zaid
Jan 07. 2011
aku dah sendkan (copy)di email mu……eror eror eror?
Reply
Maya reply on January 7th, 2011 5:22 PM:
ok thx zaid
Reply