Adakah anda ingat apakah jenis permainan bermusim yang begitu dinanti-nantikan hinggakan musim kedatangannya itu begitu membuat anda teruja? Adakah anda pernah melalui zaman permainan buatan sendiri seperti kereta tin milo, kereta tin ridsect atau lori B.J and the Bear (kayu balok2)? Dua fenomena inilah yang sedang berlaku di Tawau, cuma bezanya musim itu tiba dengan sokongan kelab dan persatuan belia dan cara untuk mengetengahkan kreativiti mereka juga lebih advance. Apa yang aku maksudkan di sini adalah, Tawau dilanda fenomena menghasilkan basikal versi Tawau.

Belia khususnya remaja di setiap penjuru kampung di Tawau kini hangat memperkatakan dan membincangkan bagaimana mahu menghasilkan basikal paling unik, paling kuat soundnya, paling cute hiasannya agar boleh bergelar juara Basikal Kategori Tercantik, Basikal Kategori Extreme atau Basikal Kategori Sound Blass.
Bila lain macam sahaja deruman motor masuk kampung, pasti akan dikerumuni dengan hajat meniru (secara positif) dan menterjemahkannya melalui rekaan bentuk basikal yang seakan-akan harley davidson, TZM, Scrambler dan lain-lain. Lebih kreatif lagi, basikal mereka ditambah aksesori speaker supaya bila berjalan ada hiburan, orang akan nampak dan kagum, wah basikalnya meriah, ada lagu bebi bebi bebi uh…!

Program Suara Tawau Untuk 1Malaysia menterjemah keinginan remaja. Ianya adalah medan untuk mempamer basikal, mempertandingkan basikal, mencabar audio sound basikal dan sebagainya dalam satu pertandingan yang sihat. Program ini juga mempereratkan persaudaraan sesama belia, bertukar-tukar maklumat dan tips dan yang paling penting ianya satu medan untuk semua geng basikal tawau berkumpul.
Update : 4 Mei 2011 Osama Ladin meninggal.
Comments
Powered by Facebook Comments









jellek jga ba basikal mu cantik lagi basikal ku
Reply
btol ka ne bsikal mu cantek…atw kw cmburu…..
Reply
eh eh kreatifnya…
Reply
boleh join khr …tringin mhu ikut kumpulan kmu..
Reply
wow ! hebat nya jgak tawau nie !
Reply
semenjak ada basikal pelik-pelik di Tawau ni, kes kehilangan basikal semakin bertambah…kereta pun banyak kena kopek ambil dia punya stereo dan power amp.
Reply
smart juga dorang ni:wink:
Reply