7

Ukuran kejayaan sebuah blog

Wujudkah penanda aras bagi mengukur kejayaan sebuah blog? Setakat ini belum ditemui dengan jelas apakah ciri-ciri khusus yang boleh diterima pakai semua bloggers bagi menentukan kejayaan sebuah blog. Yang selalu bloggers katakan ciri-ciri kejayaan sebuah blog itu bergantung kepada trafik, komen, pagerank, alexa rank malah hasil pengiklanan yang dijana dari blog tersebut namun bagi aku itu semua bukanlah erti kejayaan sesebuah blog.

Sebenarnya isu ini ada bincangkan saudara Menteil dan aku menujukan jawapan ini untuk aku jelaskan dari mata kaca dan jariku mengetuk keyboard.

Bagi aku, kejayaan sebuah blog itu terletak pada:

  1. Kepuasan penulis blog itu memiliki blog,
  2. Kepuasan menulis sesuatu di dalam blognya,
  3. Mendapat respon daripada pengunjung blognya,
  4. Wujudnya perkongsian sesuatu yang memberi manfaat,
  5. Berjaya menterjemahkan perjuangan dan jati diri kita.

Ini adalah komen yang aku berikan di blog Menteil.

Bagi aku juga, bila kita telah berjaya mendapat 5 perkara di atas, tiada lagi perkataan yang boleh menggambarkan perasaan kita apabila menemukan email daripada pengunjung blog kita.  Penghargaan sebeginilah yang akan membuat kita berasa berjaya dalam blog.

Waalaikumsalam crueltynthebeast…

Terima kasih kerana mengunjungi blog aku ini dan memberi respon yang membuat aku terharu ketika menerimanya. Insyaallah aku akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi keperluan anak perantauan seperti anda.  Selama aku berblog aku sememangnya mahu memberi info yang berguna untuk dikongsi bersama meskipun adakalanya ianya agak terlambat untuk aku tuliskan.  Sekiranya anda juga mahu memberi info untuk aku muatkan di dalam blog ini, aku amat alu-alukan.

Semoga sihat selalu di perantauan.

Wassalam.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2010, Blog Tags: , ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

7 Responses to "Ukuran kejayaan sebuah blog"

  1. Kreatifbuzz says:

    ada juga hari tu sy baca entri tu di blog menteil..

    klu itu la ciri2 utk mngukur kjyaan ssbuah blog, mmg saya out awal..haha

    tp, sy stuju dgn pndapat Maya utk “kejayaan” blog tuh..

    Reply

    Maya reply on December 13th, 2010 1:31 AM:

    sama2 kita sebarkan konsep “sharing is caring” dengan cara dan saluran yang betul

    Reply

  2. menteil says:

    terima kasih dengan jawapan Maya..
    aku pun rasa seronok juga kalau mendapat penghargaan macam tu.. =P

    Reply

  3. urm~ info yang sangat bagus!

    Reply

  4. Jreal Jo L says:

    wow, thnx, sis…. berguna utk sy yg bru mau start bloging ni….
    =)

    Reply

    Maya reply on December 13th, 2010 11:29 PM:

    baguslah kalau ko pun mula berblogging

    Reply

  5. Mus says:

    aku masih samar-samar..
    untuk mengecapi kejayaan dalam berblog..

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.