Tutorial baru pindah Blogspot ke WordPress Hosting

Setelah mengikuti tutorial bina blog di hosting sendiri menggunakan wordpress dengan jayanya, kali ini aku berikan pula tutorial bagaimana untuk memindahkan kesemua post dari blog lama anda di blogspot ke blog baru anda. Yalah, sayang pula rasanya meninggalkan blog yang anda buat sebelum ini apatah lagi hosting dan domain yang baru anda beli itu masih kosong. Bak kata seorang guru yang pernah mengajar saya di sekolah dulu, memulakan sesuatu sememangnya sukar…

Jadi ini adalah tutorial untuk anda memindahkan kesemua post anda ke hosting dan domain baru anda.

Perlu aku ingatkan terlebih dahulu, tutorial ini menggunakan wordpress versi 3.0.2 yang paling latest berbanding cara lama yang anda temui di mesin carian anda.   Sebelum memulakan tutorial ini aku ingin nyatakan bahawa tutorial pindah blogspot ke wordpress hosting ini akan:

  • Memerlukan login panel blog wordpress di hosting anda,
  • Memerlukan login blogspot anda,
  • Memindahkan kesemua post anda ke hosting,
  • Ianya tidak memindahkan segala image ke hosting anda,
  • Semua image post anda masih berada di blog lama anda,
  • Ianya tidak memindahkan theme atau layouts blog lama anda.


Ok langkah pertama adalah anda perlu login ke panel blog di hosting anda. Caranya adalah dengan menaip http://namadoaminanda.com/wp-login.php


Selepas itu anda ke Tools dan klik Import. Di sana anda akan muncul interface pilihan dan anda perlu memilih Blogger untuk import isikandungan blog anda di blogspot.


Selepas itu, blog anda meminta anda untuk install plugin Blogger Importer dan anda hanya perlu klik Install Now.


Setelah proses install selesai, anda perlu aktifkan plugin tersebut bagi membolehkan anda ke proses seterusnya. Klik aktif plugin & run importer.

Seterusnya arahan installer akan menyuruh anda untuk ke proses login akaun blospot anda, selepas itu klik Authorize.

Login akaun blogspot anda.


Dalam step ini Google akan meminta pengesahan untuk anda mengakses akaun blogspot anda. Google memang cukup teliti dalam hal seperti ini untuk memastikan kita tidak tersalah login akaun blog.  Klik Grant access untuk tindakan seterusnya.

Sekali lagi pada step ini Google dengan cukup teliti mahukan anda memilih akaun blog anda yang mana mahu diproses. Yalah kadang-kadang satu akaun blogspot kita akan mempunyai lebih dari satu blog yang kita miliki.  Dalam kes aku, akaun aku hanya ada satu blog di dalamnya, so tidaklah pening mana yang mahu ditransferkan. So klik Import untuk step seterusnya.


Ok di step ini pula dia akan memberitahu berapa jumlah post dan komen yang telah dikesan untuk dipindahkan. Di hujung kanan tu adalah info pemilik blog yang mahu diimport. Klik Set Authors untuk seterusnya.


Inilah info author blog anda yang lama dan anda perlu skrol untuk pilih username apa untuk proses login ke blog baru anda itu nanti. Klik save change.


Dan inilah post anda yan telah selamat dipindahkan ke blog baru anda. Kira proses pemindahan pun selesai.


Dan inilah hasil proses memindahkan post lama anda di blogspot ke blog baru anda di hosting dan domain baru anda itu.

Kepada yang mempunyai soalan dan cadangan, bolehlah berikannya di ruangan komen , aku amat mengalu-alukannya.

Selamat mencuba, semoga berjaya.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

8 Responses to “Tutorial baru pindah Blogspot ke WordPress Hosting”

  1. Ronaldmohoni

    Dec 07. 2010

    Nice info. Ianya membantu blogger2 baru.

    Reply

    Maya reply on December 7th, 2010 10:05 PM:

    ty… semoga dapat digunakan untuk tujuan yang bermanfaat.

    Reply

  2. Kreatifbuzz

    Dec 08. 2010

    Hehe…tp berterabur ayat2 bila aku pindahkan ari tu..adeh..

    Reply

  3. Dila.13

    Jan 21. 2011

    Hi Maya, terima kasih banyak sebab buatkan tutorial ni dengan penuh teliti. lepas ni bila client saya minta tolong alihkan blogspot mereka ke paid hosting bersama wordpress, saya datang rujuk kat sini ajelah ok ;)

    Reply

    Maya reply on January 23rd, 2011 12:25 AM:

    orait dila.. ty :)

    Reply

  4. hanibani

    Apr 01. 2011

    kalau dari blogspot ke blogspot? sama ke dila?

    Reply

  5. Lagenda Teragung

    Apr 28. 2011

    andai kata pindah blogspot ke wordpress (own host), bagaimana dengan images yg ada dekat blogspot 2? die x pindah sekali kan ke wordpess..

    cmne nak pindah images dari blog ke wordpress…

    Reply

  6. rashidah

    Jun 19. 2013

    tQ for sharing. btw, bila dah jadi wordpress, view reset 0 lah ye?
    rashidah recently posted..★SARAPAN SEGERA TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG DAN MENYUSU!★My Profile

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge