Akismet sememangnya bekerja keras untuk memastikan komen yang masuk ke blog kita adalah benar-benar manusia. Sejak dulu lagi, spemmer ini begitu menyesakkan pemilik blog, juga kepada pemilik email mahupun sang peniaga yang bergantung harap kepada penjualan ori id email.
Sebelum ini, spammer bolehlah dianggap mudah dicam melalui penggunaan ayat berbahasa asing atau malar menggunakan Bahasa Inggeris. Ianya lebih mudah lagi dikenali apabila lain yang kita belogkan, lain yang dikomen… memang sahlah spammer.
Tidak berhenti dengan teknik sedemikian, spammer ini membuat tektik baru (yang mungkin didalangi oleh penterjemah manusia mahupun bukan manusia) iaitu dengan memberi komen berdasarkan keyword yang ada dalam satu-satu post entry. Contohnya seperti dibawah:

Spammer ini menggunakan keyword media sosial dan sila baca apa yang dia komen.
“sebenarnya aku selalu jugak dapat soalan begini dan kebanyakkan kes yang aku dapati adalah akibat kecuaian diri sendiri jugak. Aku sempat mencelah dan berkongsi” ….. IP 31.172.30.3
Trace IP:

Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






Mus
May 14. 2012
Spammer ni ada yang boleh copy paste dalam Bahasa Melayu.. pelik betul..
Mus recently posted..Kereta Unik Di Sabah, Gabungan Kayu Dan Keluli
Reply