8

Tradisi Perkahwinan di Tawau

nikah

Sepanjang dua minggu cuti sekolah tahun ini, acara aku setiap hujung minggu tidak lain tidak bukan, pergi ke majlis perkahwinan si polan si polan dan si polan.  Sana sini orang kahwin, tak pegi rasa tak elok sebab yang kahwin itu bukan orang lain, sanak saudara dan sahabat handai terdekat.

Bila sebut pasal perkahwinan, di Tawau ini sudah banyak perubahan dalam pengurusan perkahwinan lebih-lebih lagi, mereka yang bertemu jodoh dengan orang luar terutamanya dari semenanjung.  Tetapi sedar atau tidak, tradisi perkahwinan orang kita masih tetap kekal di amalkan hingga ke hari ini meskipun zaman sudah berubah.

Apakah tradisi perkahwinan yang menjadi amalan bagi kebanyakan orang-orang di Tawau?

1.  Amalan Massolo.
Amalan ini sebenarnya samalah seperti memberi hadiah kepada pasangan pengantin tetapi dalam bentuk wang ringgit atau juga dikenali angpao. Sampul surat yang berisi duit ini selalunya akan dihadiahkan kepada pengantin selepas menjamu selera dan tetamu akan bersalaman dengan pasangan pengantin lalu memasukkan angpao itu ke dalam bakul atau pasu yang disediakan khas di pelamin.

2.  Bersanding dari siang hingga ke malam.
Haaa… kalau amalan yang ini pastinya dianggap satu penyiksaan bagi pasangan pengantin.  Bagi yang telah mengalaminya, tahulah peritnya… duduk tersipu-sipu di pelamin untuk menyaksikan tetamu yang datang.  Dilarang itu ini, kalau tidak, maka adalah situkang sound menyampai pesanan penaja… Ditambah lagi ada sebilangan yang mengamalkan pantang supaya pasangan pengantin berpuasa pada hari tersebut…

3. Amalan petua menahan hujan atau malapetaka.
Yang ini ada banyak versi untuk dilaksanakan, tidak tahulah ianya masih diamalkan tetapi apa yang pasti, selepas aku bertanya, tempat yang aku kunjungi semalam ada mengamalkan petua menahan hujan atau malapetaka buruk pada hari persandingan.  Versi petua yang diamalkan untuk menahan hujan turun yang aku ketahui adalah meletakkan seluar dalam pengantin di atap atau bumbung tertinggi di rumah.  Ada pula versi anak lesung, versi masak air dan batu dan banyak lagi lah…

4. Wang hantaran tinggi.
Kalau dulu, standart hantaran di bawah RM5 ribu, tapi sudah menjadi amalan orang kita meletakkan hantaran yang tinggi. Jangan terkejut sekiranya nilai standart hantaran di sini mencecah RM10K ke atas.  Kenapa mahal betul?  Reason utamanya adalah harga barang hari ini sememangnya tinggi dan yang hendak dijamu makan adalah kira-kira 5 kampung.  Hehehe… itu belum lagi dikira diploma ijazah anak mereka.

Banyak lagi amalan lain yang masih pekat diamalkan di kalangan kita di Tawau ini tetapi apa yang pasti pasangan pengantin perlu faham dan orang tua pula perlu memahamkan generasi muda akan amalan-amalan mereka.  Bukan apa, sekarang ini, sudah ramai yang berkahwin dengan orang luar yang pastinya budaya dan adat perkahwinan berbeza dengan kita, takut nanti ada yang disalah anggap, saling salah menyalahkan dan akhirnya boleh buat kedua-dua pihak bermasam muka.

Selamat Pengantin Baru.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2009, Budaya Tags: 

Recent Posts

Bookmark and Promote!

8 Responses to "Tradisi Perkahwinan di Tawau"

  1. Eyda says:

    byk sungguh org kawin 2 minggu ni..
    kad jemputan d ruma lebi dari 10…
    tp mak aku yg pigi.. aku cuma jadi tukang hantar jak.. hahaha
    .-= Eyda´s last blog ..Agensi mencari jodoh n ‘Im alive tagged’ =-.

    Reply

  2. friendly says:

    tu belum lagi dicampur amalan-amalan adat turun menurun nenek moyang kita…
    .-= friendly´s last blog ..Tawau – Dahulu, Kini Dan Selamanya. =-.

    Reply

  3. sankai says:

    hehehhe..

    yang pasti, kalu musim cuti sekola tu adalah musim mengawan…jadi moralnya, kalu mau soloknya banyak, kawin diluar musim cuti sekolah..
    .-= sankai´s last blog .... -. -.. .. . / -… .- -. -.. / … ..- -.-. -.- =-.

    Reply

  4. aziz says:

    betull…banyak…aku sendiri pigi tempat orang kahwin bukan untuk masolok tapi pigi gambar orang kahwin…sakit belakang aku bila 2 majlis di tawau dan 2 majlis di kk kena cover…lepas ambil gambar pula kena edit dan kirim ke semenanjung untuk buat album…bulan 12 biasanya lagi penat baru bulan 6 ini pun sudah ada 2 tempahan…biasanya bulan 11 dan 12 sampai 8 tempahan…penat gila…cari makan punya pasal…kadang-kadang kena tolak tempahan juga pasal sudah ada tempahan awal… sekarang sudah jadi trend ambil gambar outdoor…baru-baru ini aku buat di bandar…orang tawau panggil hai…wei…(sebutan tawau) banyak betul mata melihat…tetapi itulah keinginan orang yang kahwin mengabadikan hari bersejarah mereka….dalam ambil gambar orang endak lupa jua massolok

    aziz di http://www.albumkasih.com

    Reply

  5. Adry Sabry says:

    aku impikan majlis perkahwinan yang sederhana… harap harap jadi kenyataan… lantakla orang lain nak cakap apa… janji tak salah di sisi agama…

    Reply

  6. ucupkun says:

    akupun begitu.tapikan, aku kurang berkenan ba dgn hantaran tinggi..yalah..tujuan majlis diadakan kan nak bagitau orang atau umumkan perkahwinan. tapi ni tak, macam talabih sudah..belawan2 lagi kasi tengok siapa yang paling power majlis anakna.terutama aji2..jan mara ya ji..hehehe
    .-= ucupkun´s last blog ..Pantun Pokok, Bangunan dan Orang =-.

    Reply

  7. tondekan_gurlz says:

    A’a kan skrg masi lagi d guna suma amalan tu..
    ndak tau lah aku nnt time aku mau kawen..
    sdhlah skrg ni cbuk2 suma..aku yg mau kawen macik2 yg sebok..heran aku..cakap dorang sak mau d dgr..
    org mau jga moden2 ckit kan..Hehehe

    Reply

  8. mekap_artist says:

    first time dengar amalan menahan hujan tu….
    .-= mekap_artist´s last blog ..new price range for 2010! =-.

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.