Tidak puas hati dengan kunjungan yang lalu, acara makan-makan Tawau Bloggers kembali lagi ke TNT Ikan Bakar dengan misi menikmati sepuasnya hidangan ikan bakarnya yang menyelerakan itu. Kali ini bilangan kami agak ramai (10 orang) dan tentunya ikan lebih besar dan banyak, diperlukan untuk mengisi perut-perut yang sudah kelaparan. Ikan Belais, ikan putih, sambal belacan, jeruk mangga, limau dan timun dan sayur rebus adalah antara hidangan kami malam itu.
Memandangkan pasangan VIP bahagia Angrianiworld.Com hadir malam itu, senapang nikon D40 telah menyumbang gambar-gambar kami menjadi lebih jelas untuk rakan pengunjung mengamati keenakan hidangan TNT Ikan Bakar sepanjang perjumpaan tidak rasmi itu.
Sebenarnya agenda perjumpaan kami malam tadi adalah untuk melanjutkan sesi perbincangan aktiviti Tawau Bloggers dan keputusannya, malam ini, insyaallah, kami akan melantak lagi di sebuah restoran pemes dengan hidangan seafood Tawau. Ini bagi meraikan rakan kami, Budi dan anaknya yang menyambut hari lahirnya Isnin dan Selalu lalu. Jadi, sementara menunggu next update dengan kemeriahan aktiviti kami, silalah menjamu mata anda dengan Ikan Bakar TNT lagi…

Comments
Powered by Facebook Comments










..haha, TNT ke T&T? ..ada peristiwa yg buat aku rasa tak ‘selesa’ makan di sini.. bila customernya ramai, amat bosanlah menunggu., kekadang pelayan2 diorang dah lupa kita order dulu, last2 meja sebelah yg baru datang, awal pulak dpt hidangan dr kita yg dah ber’karat’ menunggu..! but anywhere, itulah customer, customer is always right!
Reply
Maya reply on August 13th, 2008 12:08 PM:
dann.. ko join kami, pasti tidak akan berkarat menunggu.
Reply
klu acara makan..
jgn lupa kami.
hehehehehhehe
Reply
Maya reply on August 13th, 2008 12:09 PM:
ndak ba kamu dilupakan eyda
Reply
isk isk… jelous aku nampak dakda mukaku
Reply
wakakakakakaka
sis mcm mokmok ciket kan dlm gambar yg last tu :p
malam ni makan lag
bila mau diet bosssssss
sis mau kurusssssssssssssssss
Reply