Kepada sesiapa yang boleh membantu connection internetku, simpatilah kalian pada aku. Setiap kali aku online, paling lama connection aku bertahan selama 5-10 minit, lepastu akan hilanglah lagi signal broadband ini. Terlalu sukar untuk melakukan sebarang kerja kerana masalah ini benar2 menguji kesabaranku. Sampai bilakah aku perlu bersabar?

Pengguna lasak internet seperti aku sememangnya tidak praktikal menggunakan talian broadband lagi tapi apakan daya, talian telefon dan streamyx yang dijanjikan Telekom Tawau masih belum selesai pemasangannya. Setiap kali membayar akaun streamyx di tempatku bekerja, soalan yang sama aku akan tanya, bila lagi streamyx akan dipasang di Tanjung Batu Keramat Lorong Mak Yong? Maka menjawablah sang pekerja Telekom itu, kerja pemasangan fiber cable belum selesai. Aku sudah apply streamyx tapi mungkin sudah buruk application formku tu kamurang simpan, bila lagi akan selesai, sudah 3-4 tahun aku menunggu!
Hati berkecamuk lagi, membara lagi kemarahan ini maka di blog inilah juga aku luahkannya meskipun aku tahu, masalah ini tidak akan selesai selagi pekerja Telekom itu menyiapkan pemasangan fiber cable di tempatku. Aku memujuk hati, bersabarlah, orang yang sabar dekat di sisiNYA.
Sekian entry berkecamuk sambil tampar laju-laju usb celcom broadband! – cucuk di usb device, tunggu nyalaan biru – click connect – tunggu – click publish – lampu hijau broadband kelip2 – tunggu – tunggu – tunggu …. !
Comments
Powered by Facebook Comments










3 Responses to "TM, pasang streamyx di Lorong Mak Yong"