
AKU suka menulis blog, kalau boleh hari-hari aku mahu kongsikan apa sahaja di depan mata aku termasuklah pengalaman 3 minit aku hari ini. Dalam masa 3 minit aku temui 3 blogger Tawau yang aku tidak kenali hasil carian google. Mudahnya.
Ya, memang mudah sekali. Untuk itu, aku ingin kongsikan tips mencari blogger Tawau melalui capaian internet:
- Carian menggunakan keyword destinasi menarik di Tawau. Contohnya: taman bukit tawau.
- Carian menggunakan keyword makanan istimewa orang Tawau yang hanya boleh didapati di Tawau. Contohnya: sanggar cheese, amplang, belinju dan lain-lain.
- Carian menggunakan keyword nama tempat atau kampung di Tawau. Contohnya: kampung ranggu, kampung merotai
- Carian menggunakan keyword Tawau. Kalau carian keyword Tawau ni, aku cadangkan kalian klik bahagian imej.
Siapa 3 blogger Tawau yang aku temui tadi?
- Kancil 8349 : Seorang blogger niche travel dengan kereta kancilnya.
- Cik Zai : Seorang blogger muslimah yang berkemahiran dalam penulisan. Aku suka skil penulisannya, jitu, kemas, tidak ke laut.
- WeWin : Blogger happening yang suka outing. Dia berblog sejak 2008.
Ada kllik link blog 3 orang tu? Kalau kamu klik, kamu akan tahu keyword apa yang aku guna untuk temui 3 blogger ini.
Info mengenai mesin cari google
Internet dunia tanpa sempadan, itulah konsepnya… mahu cari apa pun boleh saja dapat lebih-lebih lagi kecekapan mesin carian Google yang semakin advance. Formula merayapi (crawl) “algoritma google panda 2.5” hampir sempurna mengindeks apa sahaja web.
Mas Perak kata… Google sampai saat ini dianggap mempunyai kelebihan-kelebihan yang tidak dimiliki oleh enjin carian lain
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






Mus
Jun 30. 2012
amat mudah zaman sekarang.. tekan terus dapaat
Mus recently posted..‘Rainbow Fountain’ Tarikan Waktu Malam Di Sembulan River Park
Reply