
LAGU mempunyai kaitan paling rapat dalam perjalanan hidup kita, bila dengar satu lagu, kita akan terkenang di mana kita berada, emosi kita, keadaan kita masa lagu itu popular. Senario inilah yang pastinya akan menarik peminat untuk menyaksikan konsert 4 penyanyi lagenda ini, Zainal Abidin, Datuk Shiela Majid, Amy Search dan Jamal Abdillah.
Empat artis lagenda dalam satu konsert, itulah keistimewaan The Legendary Concert Jelajah Sabah yang akan diadakan di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) 5 Mei ini. Penganjurnya, Afro Inang Worldwide dan Research Venture Lab Sdn Bhd memilih Sabah dari empat lokasi jelajah konsert ini bagi memberi penghargaan kepada peminat dan penggiat muzik di negeri ini.
Zainal Abidin yang popular dengan lagu Hijau baru-baru ini berada di Kota Kinabalu untuk mempromosikan konsert ini dan menyatakan kegembiraannya berada di Sabah apatah lagi dapat bertemu dengan rakan lamanya, pencipta lagu terkenal kelahiran Sabah, Asmin Mudin.

Konsert ini bukan sahaja menampilkan empat penyanyi lagenda tetapi turut menampilkan penyanyi dari Sabah iaitu Asmin Mudin, Dyana Artis Bajau dan Clarice John Matha.
Menurut Asmin Mudin, penghargaan untuk menyanyi di pentas konsert The Lagendary Concert merupakan satu penghargaan untuknya dan demikian juga 2 rakan artis wanita Sabah, Dyana dan Clarice. Penghargaan ini juga untuk abang beliau, arwah Kimin Mudin Sayang Kinabalu.
Asmin Mudin adalah penyanyi dan pencipta lagu dan lagu popular ciptaannya pernah mengangkat beberapa artis tanah air iaitu Kau Ilham Ku – Man Bai, Anggapanmu – Ziana Zain, Gemilang- Jacklyn Victor dan banyak lagi.

Info The Legendary Concert Sabah
Tarikh: 5 Mei 2012
Lokasi: Dewan Canselor, UMS, Kota Kinabalu
Masa: 9PM- Midnight 12AM
Harga Tiket: RM100, RM200, RM300, RM600
Lokasi Jualan Tiket:
KST Teleshop. Lot 10, Block F, Ground Floor, LRG Sinsuran 3, Sinsuran Complex, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
Official Website: http://www.legendary.my
Official Facebook: https://www.facebook.com/legendary.my
Vanue Sponser: Grand Borneo Hotel, 1 Borneo
The Legendary Concert vanue:
UMS, Kota Kinabalu, Sabah : 5 Mei 2012
Penang: 19 Mei 2012
Johor Bahru: 26 Mei 2012
Kuching: 23 Mei 2012
Kuala Lumpur: 30 Mei 2012

.
Grand Borneo Hotel, 1 Borneo adalah vanue sponser hotel bertaraf 4 bintang yang begitu selesa dikunjungi. Fasiliti yang ada di hotel ini :
- Bubble Bar
- Soul Out Restaurant
- Swimming Pool
- Business Centre
- Conference and Meeting Facilities
- Broadband Wireless Internet
Grand Borneo hotel
TA-00-01, 1Borneo Hypermall,
Jalan UMS, 88450 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia
Tel : +6 (088) 526 888
Fax : +6 (088) 526 889
Web : www.grandborneohotel.com
Galeri Photo Jelajah Promosi The Legendary Concert Zainal Abidin di Kota Kinabalu, Sabah.
1) Ketika temuramah di KKFM 91.1Mhz


2) Ketika di Tamu Gaya Street.





3) Ketika di Program Orang Kuat Sabah, Padang Merdeka.



4)Ketika Majlis Sesi Bertemu Peminat, Karamunsing Complex

.
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments





