2

Ternakan kambing Keeta

Melawat ladang kambing milik syarikat Keeta Sdn Bhd yang terletak di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Ladang Tiger, Merotai sememangnya memberi pengalaman yang tersendiri apatah lagi ia adalah kepunyaan keluarga kepada seorang sahabat.  Melaluinya, aku dapat mengenali spesis kambing Kalahari, Boar di samping melihat sendiri cara penjagaan dan pengendalian ternakan kambing.

Untuk rekod, perjalanan kali ini agak terancang namun aku tidak menjangkakan yang aku akan berpeluang merasai pengalaman sebagai seorang penternak kambing. Perjalanan menaiki kenderaan pacuan 4 roda menuju ke ladang ternakan kambing juga satu kisah perjalanan yang mengimbau kenangan zaman kanak-kanak aku.

Pengalaman berada di dalam kandang kambing bersama lebih 50 ekor kambing menceritakan segalanya untukku kerana di situlah aku mengetahui bahawa kambing yang sinonim denga aroma yang tersendiri melecet dari tanggapanku. Kambing yang diternak sebenarnya tidak berbau, malah begitu mesra dan jinak didekati. Tak percaya? Lihat gambar-gambar di bawah ini.
.
.
.
Pengusahanya, Mafus Bacho berkata kambing yang diternaknya bagai anak-anaknya sendiri, perlu dimanjakan, diberi makan, diberi ubat untuk kesihatannya malah akan berasa susah hati tentang keselamatan mereka.

“Apabila berada di luar kawasan untuk berurusan dengan pihak luar, saya akan berasa risau tentang keselamatan mereka, makanan yang mereka makan, kesihatan mereka, terasa mereka itu macam anak-anak saya yang perlukan perhatian dan belaian,”

“Saya mengikuti kursus menternak kambing di Papar dan selepas itu minat saya berkembang dan saya alhamdulillah, daripada 50 ekor kambing sebagai permulaan, kini ianya sudah bertambah menjadi 100 ekor,”

“Saya sudah menyediakan rumah baru untuk kediaman 100 ekor lagi kambing yang akan ditempatkan di sini untuk diternak, dan saya puas menternak kambing kerana ianya menyeronokkan sekali,” katanya.

...

Ini adalah proses bagaimana kambing itu ditindik telinganya untuk tujuan rekod. Setiap nombor yang diberi adalah kod nombor yang ditetapkan mengikut jenis baka dan anak kepada siapa.

Terima kasih kepada bro Mafus Bacho, Sis Faridah kerana sudi berkongsi pengalaman ini. Kisah penanaman vanila akan menyusul selepas ini pula.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Berita, Peribadi Tags: , , ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

2 Responses to "Ternakan kambing Keeta"

  1. Kee Faridah Kothman says:

    Awesome <3<3<3

    Reply

  2. Kee Rukiah says:

    So that’s where you girls disappeared to in one whole day… di Kandang Kambing Tiger rupanya….

    Seharian bersama kambing-kambing memang menyeronokkan. Kerja penjagaan ternakan ini harus diatur dengan rapi dan tepat masa. Walau pun melibatkan berbagai kerja setiap hari tetapi semua penat lelah itu tidak terasa malah terubat melihat telatah ternakan yang mudah jinak begini.

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.