8

Temuduga Kad Pengenalan Malaysia

Esok aku akan berada di Kota Kinabalu untuk menemankan mak aku atas urusan temuduga kewarganegaraannya di Putrajaya Kota Kinabalu. Alkisahnya mak aku tidak dapat menukar kad pengenalan dari buga rayanya ke mykad atas sebab cap jari tidak serupa. Hal ini sememangnya menimbulkan keraguan kepada kami kerana dalam sejarah keluarga, hanya mak aku yang mengalami masalah yang pelik itu. Namun atas tujuan menegakkan haknya sebagai warganegara Malaysia, dia tidak akan mengalah kepada sesiapa sahaja yang menjadi dalang di sebalik semua masalah ini meskipun sudah berusia 51 61 tahun.

Menurut sumber, temuduga kewarganegaraan ini akan mengambil kira ujian bertulis dan lisan. Aku telah maklumkan kepada mak aku bahawa di sana nanti kemungkinan besar dia akan disuruh menyanyikan lagu negaraku dan sabah tanah airku juga 5 prinsip rukun negara. Mak aku jawab, sedangkan lagu siti dia tau hafal inikan pula tiga benda itu… Hahaha… Doakan semuanya berjalan lancar.

Sedikit pembetulan, temuduga sebenar adalah temuduga kad pengenalan dan bukannya yang disebutkan sebagai temuduga kewarganegaraan.  Kesilapan ini aku sedari apabila aku berada di pendaftaran, masa ditelefon hari itu, dia cakap temuduga kewarganegaraan…  Haraf maaflah, kesilapan ini tidak disengajakan, aku berasaskan kepada apa yang diberitahu melalui telefon JPN.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2009, Aduan Tags: 

Recent Posts

Bookmark and Promote!

8 Responses to "Temuduga Kad Pengenalan Malaysia"

  1. Aj says:

    kau di KK kah Maya? wahh ndak kau gtau awal…stay mana kamu??
    .-= Aj´s last blog ..Sesame Street and Me =-.

    Reply

  2. zil75 says:

    ya ka ? susah jugak tu…. Di Sabah nie masalah pasal kewarganegaraan memang banyak la. harap2 u selesai dgn urusan tu… apa nak buat, sabar ja la walaupun kadang2 menguji kesabaran kita sbg orang Malaysia… ikut saja prosedur…

    Reply

  3. Dina says:

    Kak pembetulan mak dah 61 years old tau…hehehe..

    Reply

    Aj reply on November 6th, 2009 10:05 AM:

    mn dia tau lama sdh ndak plg…muheheheehe
    .-= Aj´s last blog ..Silent All These Years =-.

    Reply

    Maya reply on November 8th, 2009 2:22 PM:

    Sudah diperbetulkan

    Reply

    friendly reply on November 8th, 2009 3:00 PM:

    hehehe…
    .-= friendly´s last blog ..Anda Bekerja Kerana Apa? =-.

    Reply

  4. termosfy says:

    is there any place called ‘putrajaya kota kinabalu’? i m only aware of putrajaya in sepang and kota kinabalu in sabah.

    Reply

  5. wis says:

    aku hafal lagu candolengdoleng juga

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.