Kenangan di TawauFM
Aku masih ingat suatu dulu, semasa aku bersekolah di SMK Kuhara, Persatuan Sastera sekolah telah berkunjung ke TawauFM (dulu RTM Tawau) di Bangunan Wisma Persekutuan Tawau. Masa tu bukan main gah lagi rasanya, excited habis sebab kata Cikgu Maria dan Cikgu Wanna, kami akan berada di konti radio untuk satu rancangan yang aku sudah lupa namanya.
Setibanya di sana, bila lihat konti, alatan2nya, aku rasa smacam sejuk saja… Yalah, pengalaman pertama berada di tempat yang sebegitu, lebih-lebih lagi aku antara 3 orang yang akan ditemuramah dalam rancangan itu. Hanim (kini seorang guru) menyapaku, kenapa aku diam saja, aku kata aku sudah lupa skrip. Dia bagitahu cikgu, dan cikgu mula bagi warning siap gigit bibir gitu… Kalau sapa2 kenal dua cikgu di atas, maka tahulah mereka macam mana memek muka kedua2 cikgu tersebut bila serius.
Duduk di kerusi konti, pasang headphone, microphone sudah berada di depan, aku cuma memandang rakan-rakanku yang lain di luar konti, ada yang melambai, ada yang sekadar melihat saja dan tidak kurang pula sibuk bercerita. Aku cuba kawal perasaan dengan menggenggam sapu tangan kecilku dengan harapan aku tidak gelabah. Bila mula muzik intro, Dj suruh kami bersedia dan aku angguk.
Aku masih ingat, soalan yang ditanya oleh DJ (aku tidak ingat namanya) masa itu:
Adik sudah berapa banyak karya puisi dihasilkan dan berapa yang sudah terbit?… Aku dengan senyum menjawab, baru 1… Kenapa satu? Sebab baru cuba-cuba menulis sajak… Dapat tahu kamu pernah menulis esei di Dewan Siswa… boleh kamu ceritakan apa yang kamu tulis? … bla bla bla. Aku rasa macam aku membaca essei yang aku karang masa tu… Sebelum memberi Hanim microphone, DJ tu sempat berkata.. dia ni bagus jadi pembaca berita, lancar dia membaca… Dalam hati aku, Dj ni silapkah atau sengaja… sebab yang aku hafal bulat2 tu sajak bukannya esei… Aduhai DJ.
Bila ingat2 semula peristiwa itu, aku terfikir, betapa sukarnya menjadi DJ, perlu mahir mengawal situasi, tahu berdiplomasi dan bijak memilih kata-kata. Kalau aku yang berada di tempatnya sekarang dan berhadapan dengan situasi itu, aku tidak pasti bagaimana aku akan mengawal keadaan. Mungkin aku pun ikut ketawa. Hari ini bila aku dengar saja TawauFM, aku akan teringat kenangan itu.
Hehehe… sekian saja imbauan kenangan laluku, di lain masa aku sambung lagi lain cerita.

Info mengenai Tawau FM.
Sejarah siaran radio di Tawau bermula pada 15 Februari 1964 apabila siapnya pembinaan stesen pemancar radio di Tawau berikutan perkembangan siaran radio di Sabah yang bermula pada tahun 1939. Pada masa tersebut fungsi stesen pemancar radio di Tawau hanya sebagai medium siaran rancangan-rancangan radio yang disiarkan dari Kota Kinabalu.
Selaras dengan perkembangan pesat radio serta permintaan masyarakat setempat, pada 31 0gos 1987 stesen pemancar radio Tawau mempunyai siarannya sendiri dan bermula dari saat itu berkumandanglah siaran Radio Malaysia Tawau menerusi Gelombang Sederhana (MW) 747 Kilohertz.
Memandangkan siaran menerusi MW 747 KHz hanya dapat diikuti di beberapa kawasan sahaja dan kemunculan siaran FM Stereo yang lebih jelas, maka pada 26 Ogos 2003 siaran Tawau fM telah dinaik taraf kepada FM Stereo menerusi frekuensi 100.1 Megahertz dengan kekuatan 1 Kilo Watt yang dapat didengar di deluruh Tawau termasuk Semporna, Kunak, Lahad Datu dan sebahagian kawasan di negara jiran.
Sebutan nama stesen radio di Tawau juga mengalami evolusi penjenamaan :-
31 Ogos 1987 - Radio Malaysia Tawau
Tahun 1997 - Radio Malaysia Sabah Siaran Dari Tawau
Tahun 2000 - Radio Malaysia Tawau
07 Ogos 2005 - Tawau fM
Kini Tawau fM terus mengorak langkah seiring dengan pembangunan negara dengan adunan rancangan-rancangan yang berkualiti disiarkan dan terus berfungsi sebagai “Community Radio” bagi menepati aspirasi rakyat.
Rancangan TawauFM boleh dilihat di sini
|
BIL |
FREKUENSI |
KAWASAN |
KEKUATAN PEMANCAR |
|
1 |
100.1 MHz |
|
1 Kilo Watt / 1000 Watt |
|
2 |
93.6 MHz |
|
1 Kilo Watt / 1000 Watt |
|
3 |
99.1 MHz |
|
100 Watt |
Sumber: http://tawaufm.gov.my




angriani
waaaa…mujur ko ndak jadi DJ ya maya
kalau iya, sis mau tumpang glamers
hehehehehehe
actually sis suka layan THR.fm
sebab ada program Hindi Power
boleh goyang2 :))
[Reply]
Maya reply on November 10th, 2008 10:51 AM:
Aku tau sis suka Hindi Power. Sis bah tu kan yg ikut kedo2 masa konsert dangdut malam minggu lalu…
hehehe
[Reply]
angriani reply on November 10th, 2008 11:31 AM:
waaa…itu konsert ka?
mana adaaaa :p
[Reply]
Maya reply on November 10th, 2008 11:43 AM:
Esok flight jam berapa sis?
[Reply]
angriani reply on November 10th, 2008 3:04 PM:
esok flight jam 835 pagi
huhuhuhu
sis naik flight macam naik bas jak
Maya reply on November 10th, 2008 4:29 PM:
Sudah2lah bah ko sms aku sissss wey…
fazil75
CIKGU WANNA EH PIN KAH? I D SMK KUHARA TAHUN 91/92…
[Reply]
Maya reply on November 10th, 2008 2:07 PM:
Ya dialah tu.
[Reply]
friendly
sib baik bini aku dah berenti kat tawau fm tuh… kalau tak glamers sluruh tawau TBU nih…. hehehe…
[Reply]
Maya reply on November 10th, 2008 4:28 PM:
Macam ni kita serbulah konti…boleh bg pengalaman kedua sama aku… Tapi janganlah aku disuruh bersajak…
Tringat aku movie sajak2 tu…
[Reply]
angriani reply on November 10th, 2008 9:20 PM:
movie sajak2 yang mana?
yg ada di youtube tu ka?
wakakakakakakakaka
[Reply]
Maya reply on November 11th, 2008 10:11 AM:
jgn taip alamatnya bah sis…kin malu eh.
[Reply]
friendly
suruh ko menyanyi jer maya… heheheee…
[Reply]
Maya reply on November 11th, 2008 10:08 AM:
aduh lagilah aku teda bakat mo menyanyi… buang radiolah tu semua orang yang dengar.
hahaha
[Reply]
angriani reply on November 11th, 2008 2:09 PM:
mungkin ko ada talent jadi pengacara ni maya…bakat terpendam…hihihihihi
[Reply]
Maya reply on November 11th, 2008 5:46 PM:
erkkkk… byk cermin di rumahku sis… bilangnya tu cermin, janganlah perasan mo jadi pengacara. Aduh!
[Reply]
dina
dulu aku pernah wakil sekolah bersajak kat konti radio…
Huhuhu.. pengalaman x dapat kulupakan..
[Reply]
Maya reply on November 12th, 2008 10:21 AM:
Ndak pula aku tau ko pun pernah masuk konti. Hahaha adik beradik pun masuk konti tapi ko besajak, kakakmu ni disuruh mengulas artikel!
[Reply]
kontok-kontok
salam…
aku pun pernah masuk konti tu jg. masa tu d tingkat 7, wisma persekutuan. ntah macam mana aku jd DJ jemputan. masa tu abg karim yang ada dgn aku. mau di jadikan cerita,… aku mungkin terlalu panik, aku tersepak sesuatu.. tup tup suara ku tidak dapat keudara, tp nasib baik lah abg karim dapat mengawal suasana kepenikan itu… adalah juga 5 saat suara ku terstop…
Lucu jg penglaman tu… tapi syok juga…
tapi kalau ada peluang.. sumpah aku tidak mungkin mengulanginya lagi… malu tu pok !!!
baru pulak aku teringat, tahun lalu rasanya… aku masuk konti jg. terlupa pulak aku sdh b’sumpah td kan…tp ini kali lain pulak. aku menyanyi.. aku tu x mau jg, tapi untuk tidak menghampakan bos ku yg beriya2 mau aku wakil jabatan. so, aku melanggar sdh sumpahku sendiri.. jd aku pun bersama office mate ku pun berduet..(orang putih cakap… esh…. jeleknya suaranya…)
ha..ha… mau pecah perut ku kalau aku ingat aku rakam suara ku tu….( anak2 ku cakap.. e…. mama jd penyanyi la…)
[Reply]
tatai
sis..macam mana?jadi ka bsok kongpah..
[Reply]