Tawau Terima Notis Mati Air 10 Jam

BERITANYA simple tapi impaknya begitu besar untuk warga Tawau. Jabatan Air Negeri Sabah Tawau sememangnya telah melakukan sesuatu tindakan yang profesional dan efektif dalam menangani rungutan penggunanya. Tindakan Jabatan Air Negeri Sabah cawangan Tawau yang membuat pengumuman berita putus bekalan air di dalam Berita Wilayah TV1 melalui Newsflash berita bergerak semasa berita itu mendapat perhatian semua pihak.

Jam 5.45 petang, aku mendapat khabar berita itu dari twitter. Ya memang twitter antara medium paling cepat untuk perkongsian berita. Selepas mendapat khabar itu aku langsung maklumkan mak dan kakak aku yang aku anggap turut dikongsi dengan jiran tetangga yang berdekatan. Alhamdulillah, kini masing-masing sudah buat persedian untuk menghadapi bekalan air putus selama 10 jam.

Aku lanjutkan juga berita ini di facebook aku dan di sana aku mendapat info baharu bahawa bekalan air itu diputuskan 10 jam kerana memberi ruang masa untuk kerja-kerja penyelenggaraan paip di Loji Air di Cintamata.

Dalam akhbar tempatan juga dimuatkan notis gangguan bekalan air, hebat JANS. (Terima kasih gambar sumbangan Amin CNB). Berapakah kos yang dikeluarkan oleh JANS untuk memuatkan hebahan gangguan bekalan air ini. Apa pun tahniahlah.

 

UPDATE: 3.13AM Khamis 23 Februari 2012.
Bekalan air sudah diputuskan. Awal dari yang diberitakan.

 

Bila buka twitter, bukan aku sahaja yang mengeluh tapi aku berteman.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

One Response to “Tawau Terima Notis Mati Air 10 Jam”

  1. Mus

    Feb 23. 2012

    kesianlan pada yang tak sempat mandi
    Mus recently posted..Sambal Belimbing Buluh Pembuka SeleraMy Profile

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge