Tawau Rock N Roll City

Kisah 3

Tawau Rock N Roll City… itulah gelaran yang diberikan oleh Amy Search ketika ditemuramah di Tawau FM. Gelaran yang membuat semua rockers di seluruh Tawau dan Sabah amnya berbangga. Apa tidaknya, imej rock yang dahulunya begitu menyesakkan semua orang tua di rumah, kini dilabelkan pula untuk daerah Tawau kerana populasi Rockers di Tawau yang masih bertahan. Ya, rock masih ada pada orang Tawau.

Kenapa perlu berbangga dengan gelaran Tawau Rock N Roll City?
Kalau anda pencinta muzik, anda akan tahu apa mesej yang ada di dalam setiap lagunya. Lirik yang kuat dipadukan lagi dengan irama yang melontarkan maksud yang tersurat dan tersiratnya. Dan sekarang, apa hebatnya dengan gelaran itu? Satu, sebab di Malaysia ini hanya ada dua lokasi yang mendapat gelaran itu, pertama di negeri kelahiran Search dan kedua di Tawau.

Reason keduanya, energy yang ada pada gelaran itu melambangkan Tawau mempunyai identiti tersendiri dari segi muzik iaitu meminati muzik Rock. Kalau bukan Rock, tidak boleh hidup di Tawau? Tidak… kalau rock pastinya akan terselit nama Tawau, walau di mana jua mereka berada. Lihat saja filem terkini Search, pelakon tambahan yang berimejkan Rock adalah orang Tawau yang ada di Semenanjung Malaysia.

Ini pandangan aku sahaja, selebihnya anda boleh kongsikan kenapa dan mengapa Tawau menjadi Rock N Roll City…

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

No comments.

Leave a Reply

CommentLuv badge