
Sekarang ini musim pelajar lepasan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) berkeliaran di sekitar bandar. Ini kerana keputusan STPM 2010 telahpun keluar dengan mencatatkan 46,780 calon atau 92.49 peratus lulus sekurang-kurangnya satu matapelajaran. Pelajar lepasan STPM dari semua sekolah menengah di seluruh Tawau akan mengerumuni Pejabat Pos, Bank Simpanan Nasional, Pejabat MARA Tawau, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Pendidikan dan lain-lain. Dengan kata lain, Tawau akan mengalami musim minta sign sijil dan dokumen berkaitan untuk tujuan keluar dari kepompong keluarga demi menyambung pelajaran.
Di sini ada sedikit tips untuk adik-adik lepasan STPM ini menjimat masa berurusan.
1. Tak perlu gelabah, kalut fikiran tapi jangan terlepas peluang.
Sudah terima slip keputusan, fikirkan dulu samada mahu terus belajar atau bekerja atau mahu ke institusi kemahiran saja. Online dan surf dulu IPT mana tawarkan kos yang layak anda pohon. Catatkan segala dokumen wajib, dapatkan dokumen surat lepas sekolah, segala sijil-sijil sekolah dan berkunjunglah ke kedai gambar untuk dapatkan gambar berukuran passport. Selepas itu barulah cuba dapatkan borang UPU, borang biasiswa, borang PTPTN, borag tajaan pelajaran… Ini bukan zaman main hantam saja bila apply borang, kalau anda buat juga, maknanya ada melakukan kerja yang sia-sia. Ingatan: sila semak tarikh tutup setiap permohonan agar anda tahu deadlinennya.
2. Buat salinan dokumen dan dapatkan sign dalam satu masa.
Sekarang ini kalian pun tahu, bukan Jabatan Pendaftaran sahaja yang boleh mengesahkan dokumen anda, anda boleh dapatkannya dari mana-mana pegawai Kelas A, as long you bring an original certificate. Kalau buat potocopy tu, carilah kedai yang beri harga yang paling rendah, sekeping 5 sen, untuk genapkan kuota charge 5 sen tu, buatlah salinan banyak-banyak. Semua dokumen itu sah laku selama 3 bulan dari tarikh ianya ditandatangani.
3. Minta sign pengesahan dokumen.
Bila mahu dapatkan sign pengesahan dokumen, benda penting yang anda perlu ingat, jangan sampai pegawai yang tandatangan itu menganggap anda sebagai pengemis. Pengemis yang aku maksudkan di sini adalah personaliti anda, cara anda berkomunikasi dan tindakan selepas menerima arahan. Pakailah pakaian yang kemas, sedap mata memandang, berasa yakin ketika berurusan, senyum pada pegawai, berterima kasih atas pertolongan mereka.
4. Minta bantuan yang berpengalaman, bertanya jika tidak tahu.
Untuk keluar dari kepompong keluarga bertujuan menyambung pengajian, anda perlu meminta bantuan daripada mereka yang berpengalaman. Guru anda adalah orang terdekat untuk anda rujuk, sekiranya ada ahli keluarga yang boleh membimbing, dekati, kunjungi dan mintalah nasihat dan pendapat mereka kerana melaluinya anda akan mendapat gambaran yang lebih jelas. Malu bertanya sesat jalan!
Pelajar yang berjaya adalah mereka yang bijak menggunakan peluang, menjadikan ilmu itu bukan sekadar pada sijil namun tahu berpijak di bumi yang nyata. Di mana pun bumi yang dipijak, jadilah diri kamu, bukan menjadi orang lain.
Comments
Powered by Facebook Comments









Wah, baru bermula sebenarnya hidup dorang.
This is just the beginning. Good Luck semua
Reply
hehehehe kalau tebal,
boleh patah tgn menyain bah
Reply