Setelah hampir tiga tahun, barulah aku kenali sejarah Tawau mengikut kronologi yang jelas melalui hasil kajian sejarah Tawau daripada pakar sejarah dari Australia, Ken Goodlet.

Sebelum ini, aku pernah menulis tentang sejarah Tawau pada 30 Januari 2008 dalam entry Sejarah Tawau (sila klik untuk mengikutinya) iaitu dengan berbekalkan hasil pembacaan di samping beberapa rujukan buku dan internet. Hari ini aku ingin menambah catatanku mengenai sejarah Tawau hasil pembacaan sebuah buku yang bertajuk Tawau, The Making Of A Tropical Community …
Komuniti Tropika adalah pendekatan yang paling tepat bagi memberi pemahaman kepada saya bahawa Tawau ini dibina dari hutan belantara tropika yang tebal. Sejarah Tawau yang mula dilihat dalam peta Eropah pada tahun 1857 mencatatkan sejarahnya bermula seawal 1817 apabila Sultan Banjarmasin menyerahkan kawasan Pantai Timur Borneo kepada Dutch iaitu Belanda. Selepas penyerahan itu, pada tahun 1846, Sultan Bolongan pula telah menyerahkan utara Tanjong Batu dan ke atas, kepada jajahan Belanda.
Commercial break… kenapa sejarah selalu dirujuk kepada kedatangan orang asing khususnya dari Eropah sebagai permulaan catatan sejarah sesuatu tempat. Bukanlah membangga-banggakan orang putih, tapi bagi aku, jawapannya adalah mudah… orang Eropah rajin meneroka dan menulis apa yang mereka lihat, mereka temui, mereka fikirkan dalam buku catatan mereka. Sikap mereka ini mempunyai kaitan dengan beberapa revolusi yang berlaku di Eropah.. yang akhirnya menjadi bahan bukti sejarah, catatan hidup yang benar-benar berlaku.
Menurut Kamus Dewan, sejarah bererti asal-usul (keturunan), salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo dan tawarikh.
Bagaimana Tawau mendapat namanya.
Tidak lengkap sesuatu catatan seseorang bila tidak mencatitkan bagaimana nama sesebuah tempat itu diperolehi. Demikian yang Ken Goodlet lakukan, dan dalam bukunya itu, beliau ada menulis: Where did the name Tawau come from.
Menurutnya, banyak sumber yang ditemui menceritakan mengenai nama Tawau dan “orang lama” itu mengatakan:
1.Maisuri Binti Daeng Passawa mengatakan Tawau itu datangnya dari perkataan Tana-Tidong yang merujuk kawasan ini adalah tanah orang Tidung yang akhirnya perkataan tana menjadi Tawau. OKK Dullah Bin Salim juga mengatakan Tawau itu berasal dari perkataan Tidung.
2. Kee Sulaiman Abdullah pula menyatakan Tawau itu asalnya perkataan Tidung yang membawa maksud kepada perbuatan memancing ikan dengan di hujung kakinya diikat tali tangsi sambil berbaring.
3. Imam Sembakong bin Abdul Wahab mengatakan Tawau adalah perkataan Iban bermaksud menangkap ikan. Demikian juga Abdul Rahman Bin Habib Seh yang mengatakan Tawau itu bermaksud menangkap ikan dalam bahasa Iban.
Iklan lagi…
Walaupun dalam Majlis Bual Bicara Bersama Ken Goodlet pada 5 Julai lalu, beliau menyerahkan kita untuk menafsirkan asal usul nama Tawau, namun bagi aku, penerangan Kee Sulaiman sememangya sesuai untuk memberi maksud bagaimana sejarah nama Tawau itu ditemui.
Buku ‘ Borneo Under the Sun ‘ , tulisan Nicholas Chung, Terbitan Natural History Publication juga ada menyebut nama Tawau sendiri sebenarnya adalah berasal dari perkataan Tidung yang bermaksud ‘Tawai’ iaitu cara orang-orang dahulu memancing ikan di sepanjang sungai Tawau. Kemudiannya panggilan itu lebih dikenali dengan sebutan ‘Tawao’ mengikut panggilan masyarakat Suluk yang merupakan penduduk majoriti di sekitar perairan wilayah Kesultanan Melayu Islam Sulu.
akan bersambung…
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






Ariana Ijun
Oct 07. 2010
sy suka jika saudari dpt memanjangkan lg secara lengkap nya sejarah ini dan mungkin saudari juga boleh cuba mendapatkan cara hidup mereka,budaya (tarian dan pakaian tradisi terlalu sedikit perbezaan), asal kepercayaan mereka sebelum beragama. ritual-ritual (dgn pakaian ritual yg unik) yg biasa mereka lakukan. Kesulitan tetap ada sebab generasi yg berkaitan sudah hampir-hampir lenyap. Hanya sedikit saja generasi lama yg tinggal. suku yg sama tp berlainan kampung juga terdapat perbezaan slang dan irama sebutan. cuba usahakan memisahkan ritual asal perkahwinan mereka (mengikut adat) yg mn skrg ni banyak di adaptasi dr cara berkahwin mengikut keperluan agama dan peradaBan manusia. Terima kasih
Reply
Maya reply on October 14th, 2010 12:53 AM:
Insyaallah akan saya usahakan meskipun kekangan masa yang membataskan saya untuk beraksi aktif seperti dulu. Idea itu amat baik untuk diketengahkan yang sudah pastinya akan menjadi rujukan kepada generasi akan datang untuk memahami asal usul dan sejarah mereka.
Terima kasih.
Reply
Ariana Ijun
Oct 07. 2010
Kisah nya bermula apabila seorg Inggris dalam satu rombongan yg baru sampai, terjumpa salah seorang penduduk yg sedang menawai di sungai. ketika itu dia bertanya kepada org kampung itu.
Org Inggris : Apa nama tempat ini (dlm bhs English)
Org Kampung : (dlm keadaan bingung cuba memahami teguran tersebut) c pemuda
menjawab “manawai oku”!!!
(disangka nya org Inggris tu bertanya apa yg sedang dilakukan nya)
Org Inggris : What?? (Just to make sure that word, he ask that villagers again)
Org Kampung : Tawoi kon!!! (meaning is Tangkap ikan bah!!!)
Dengan pelat Inggris mereka mengulang semula perkataan tersebut…”Ok , Tawau”, Lidah org lain2, biasa la tu.
Sumber saya ialah dr nenek dan moyang sy sendiri yg sehingga ke Tarikh hr ni masih hidup lagi.
…di lain hari akan sy sambung cerita ini, yg menyebabkan etnik saya masuk dan tinggal di dalam hutan dan kawasan berbukit.
Reply
LynLina
Oct 13. 2010
emmm t.kasih saudari maya…sy tengah siapkan Tesis ttg suku kaum bugis d tawau ni..Alhamdulillah..sedikit sebanyak buah fikiran dan hasil tulisan saudari maya secara x langsung membantu sy memperolehi maklumat berguna…t.kasih sekali lagi…
Reply
Maya reply on October 14th, 2010 12:55 AM:
sama2.. dan saya mohon agar LUNLINA mahu berkongsi dengan hasil tesisnya.
Reply
Ida ASF
Oct 17. 2010
saya mo share link nie d FB yah,MaYa…makaseh…tawau dari perkataan tidung menawau iaitu salah satu cara menangkap ikan…
Reply
Anak Pagun
Oct 22. 2010
Sdr. Maya.
Anda seorang yang peka kepada sekeliling. Saya syorkan sdri ke Kg.Sg. Apas dan lawat la kuburan lama orang tidung yang dianggarkan 500 tahun lebih. Saya adalah generasi kesembilan orang tidung di sana Jika sdri bernasib baik…. sdri akan dapat maklumat yang berguna kepada sdri yang tidak diketahui kebanyakan orang yang lahir selepas 1963.
Carilah…penoroka awal kg. Sg. Apas yang ada kaitannya dengan Tawau Lama. Carilah sejarah guru agama disana dan tanyakan siapa imam kariah tawau yang pertama?? Sdri. akan mendapat malumat sejarah yang agak pelik dan tidak diheboh-hebohkan dari zaman penjajah hinggakini.
Tapi… orangtua Tidung, selalunya tidak kan mencerita segalanya.. tentu sdri. orang yang bijak.
Wslm.
Reply
Maya reply on October 23rd, 2010 11:11 PM:
Saya berminat untuk mengetahuinya. Sekiranya tidak keberatan, bolehkah saudara mengatur pertemuan itu since u r one of that generations. Lagipun saudara sdh mantion keengganan orang lama di sana untuk “kurang bekerjasama” bagi berkongsi mengenai maklumat tersebut.
Reply
mr_r reply on March 27th, 2012 3:47 AM:
ya sya stuju ngn cdngn ank pagun tu… sbb bnya kluarga sya d kebumi kn kat kpg sg apas 2… sya prnah brtnya dngn aruah atuk sya psal kburn lma 2…. kayu nisany tinggi bsar dan bulat d prbuat dripda kayu bulian ukirnny cntik tpi syg sbb d mkn zman nisan 2 da rosak…. atuk sya kta itu kburan kturunan raja tidong…… dia ad 2 kuburn lma… atuk sya kta kuburn suami istri….. cuba la brtnya dngan atuk dan nenek suku tidong kat situ….. dan jga kat kmpung sungai gading…. kat sna pun ramai suku tidung… jangan lupa cuba laa brtanya kat kampung saya kat kpg block 31 majority orng tidong
Reply
menjejak jejak reply on October 16th, 2012 8:46 PM:
klau tul kburan raja tidung leh ka bgtau kita orang sapa namanya dan salasilahnya.
Reply
zaid
Oct 28. 2010
wow! sukanya aku baca tentang pendedahan sejarah kewujudan tawau…..syabas diatas info ini.Apa pun mohon maaf pada maya…..kerana minat akan blog ini saya telah pautkan blog cik maya ini didalam blog saya agar teman2 yg lain yg juga sering mengikuti blog saya akan tahu banyaknya info2 yg bermanfaat didalam blog cik maya,tujuan saya hanya satu…..tidak salah kalau kita berkongsi pengetahuan lebih2 lagi yg memberikan manfaat dan ilmu buat teman2 yg lain…………..cumanya,tak minta keizinan trlebih dahulu pada cik maya.mohon haraplah diberikan keizinan dan kemaafan.
wassalam
blog saya: http://zaid-generalbizz.blogspot.com/
zaid recently posted..Pelbagai sumber rujukan untuk perniagaanpendidikankursusdan bermacam2 lagi apa yg anda minat.Semuanya untuk anda.
Reply
Maya reply on October 29th, 2010 10:44 AM:
ty sbb beri respon.. semoga maju dalam dunia blogging, good luck.
Reply
azmilahud
Oct 30. 2010
i luv this post ! tq
Reply
k,Anah
Dec 02. 2010
salam,tahniah atas usaha saudari,suka sya mnambah,tp boleh d kaji lg lah pndpt ini,bpa prnah mnceritakn mksud tawau adalah brsal dr pkataan tidung lbih kurang bunyinya’mengawau’ prbuatan @ alat mmancing ikan.krn kga sblah ibu adalah anak jati tidung/banjar tawau.
nenek moyang saya adalah keturunan awal dn pmbuka kg apas(Dato/raja muda.mmg d blkang rmah atuk saudara saya(dato mansor bin dato abidin)yg bru sj mninggal dunia bln lpas byk kubur2lama.
sya setuju dgn pndapat saudari d atas yg mgatakn org2 tua kurang ingin brcerita,hingga sej sbenar trtutup ,hingga ada yg mgambil ksempatan d atas sikap org tidung yg suka mengalah dan brdiam sesuai dgn kata2 “suang bagas begambus”, mksud yg pnting ada beras/makanan,maka bersukarialah/memadailah.
Reply
Maya reply on December 3rd, 2010 12:14 AM:
wslm K.Anah, saya sendiri pernah mendengar nama mengawau / menawau dari sumber orang lama Kalabakan satu masa dulu, dan ianya ada saya catitkan dalam entry sebelum ini. Maksud Tawau sememangnya banyak dan sumber yang pelbagai… sebab itu penulis buku ken goodlet ini menyerahkan kepada kita untuk menafsir sendiri maksud Tawau. Terima kasih atas respon dari K.Anah
Reply
Cicit Pengiran Digadung
Aug 28. 2011
Ken Goodlet bukanlah seorang sejarahwan.Dia seorang guru yg mengajar bahasa Inggeris di sebuah sekolah Missonary sama ada St.patrick Atau Sk.Holiy Trinity. Apa yang saya baca dari penjelasannya dalam Borneo Post ia meminta murid-muridnya menulis tentang tawau. Dari hasil tulisan murid2nya itulah yang menarik minatnya menulis sejarah tawau.Beliau berkhidmat menjadi guru di Tawau pada tahun 1965.Salah seorang muridnya ialah Datuk K.Y.Mustafa mantan Setiausaha kerajaan negeri sabah yang pernah beliau temui semasa Datuk K.Y.Mustafa belajar di Australia. Jadi tulisan beliau lebih kepada mengumpul kenangan lama semasa di Tawau.sekiranya ingin mengkaji sejarah Tawau kena rujuk kat USA ,Londan dan Belanda.Disitulah Sejarah Tidung disimpan oleh para penjajah.Yang lebih Sahih rujuklah pada orang2 Tidung yang ada di Tawau atau dimana2 sahaja di seluruh borneo ini. sekian adanya.
Reply
Maya reply on August 28th, 2011 3:54 AM:
Terima kasih atas komennya… saya akui perbezaan yang ingin saudara sampaikan namun saya juga tidak menemui sebarang ayat menyebut KG ialah sejarahwan… apa yang saya perkatakan di entry saya ialah KG pakar sejarah. Ini berdasarkan kelulusan yang dimilikinya.
Reply
menjejak jejak reply on October 16th, 2012 8:41 PM:
assalamualaikum cicit pengiran digadung,kalau kau cicitnya kau panjangkan salasilah keturunanmu.
Reply
Aras
Sep 01. 2011
saya ada mendengar asal-usul nama Tawau berasal dari perkataan bugis iaitu “Tawauk” yang bermaksud kepunyaanku.
Reply
Aras
Sep 01. 2011
opps….sorry….maksud yang lebih tepat untuk “Tawauk” ialah bahagian aku
Reply
Abdul Hamid bin Durajak
Oct 25. 2011
Saya tertarik pada apa yang sedang di bincangkan mengenai asal usul Tawau mendapat namayna, dan saya juga amat bersetuju pada pandangan cicit pangiran digadung dimana lau nak kaji kena tanya pada penjajah dahulu dan bukan pada orang yang baru datang kelmarin ke Tawau. Satu perkara yang tidak pernah di sebut di dalam mana-mana rencana tentang sejarah Tawau ialah mengenai satu perkampungan suku Tidung yang terdapat di Pulau Kalumpang, yang mana suku Tidung di sini di kenali dengan panggilan suku Tidung Kalumpang, dari sini lah bermula perkampungan suku Tidung di Kg Indra Sabah dan Tidung Apas dan seterusnya suku Tdung Tawau. semuanya bermula dari kg Pulau Kalumpang di kuala sungai Kalumpang dekat dengan Pagagau, semporna. untuk membuktikan ini tuan-tuan boleh datang ke Kg Pulau Kalumpang ini dengan membawa pakar-pakar kaji purba dari mana-mana saja untuk tujuan mengkaji berapa lama atau berapa tahun lamanya makam atau kuburan nenek moyang kami yang berkubur di kg Pulau Kalumpang ini. untuk memudahkan tuan-tuan untuk tujuan ini tuan-tuan boleh menghubungi saya melalui email sd7530c@yahoo.com. untuk makluman juga makam moyang kami yang bernama Pangiran Anum juga terdapat disini yang di semadikan di kg Pulau Kalumpang sekitar tahun 1800+/-. dan turunan Pangiran Anum susunan yang ketujuh masih ada sampai kini.
Dari itu tidak hairan lah lau Tawau mendapat namanya berasal dari perkataan suku Kaum Tidung ini. sekian adanya.
Reply
menjejak jejak reply on October 16th, 2012 8:35 PM:
aku rasa2 la kan tidung ni sebenarnya adalah keturunan raja yang menyembunyikan diri dari diburu oleh seteru2nya.banyak cerita yang kamu orang ndak tau.terutama pertempuran tentera malaysia dan indonesia di kalabakan,wujudnya sultan bolongan,sultan sulu dan sultan brunei.wujudnya bandar terawal sebelum tawau iaitu selimpopon.perjanjian tanah borneo utara dan selatan dengan pihak british sebelum perang dunia pertama.cari la darah tidung yang sebenarnya yang boleh membuka semua kunci harta peninggalan raja tidung di kepulauan borneo.selain itu ada juga harta hasil sewaan kerajaan british yang masih dibayar hingga kehari ini tetapi belum dituntut oleh darah keturunannya.
Reply
mimi
Mar 06. 2012
kebanyakan suku d tawau termasuk kerajaan malaysia …..masih menafikan hak2 suku kaum tidung .dipinggirkan ,di nafikan….padahal hakikatnya….sebelum tawau sabah d ambil alih dan d beri nama SABAH dan di bawah kerajaan MALAYSIA suku2 tiding ini sudah terlalu awal menduduki kawasan tawau ini……tp hairan…..BUGIS yg lebih2….mungkin sb PM malaysia Bugus kali…..tu la yg lain tumpang glamour…..
Reply
Maya reply on June 30th, 2012 2:10 AM:
terima kasih mimi atas pendapatnya. setahu saya, persatuan2 bugis bukan melebih2, ianya berada di saluran yang betul dalam memperjuangkan hak… persatuan tidung di tawau juga berbuat sedemikian, sama2 kita menyokong usaha menuntut hak.
berbaik sangkalah atas apa yang diusahakan kerana perjuangan ini bukan kisah satu dua hari.
Reply
betawal66 reply on November 18th, 2012 11:52 AM:
samalkita prjuang kn hak tpuk dada jngn tnya nafsu sbb nafsu mau smuanya
Reply