
Tawau gempa bumi… Mulanya aku ingat aku yang berasa pening gara-gara demam+batu+selesma yang aku alami ketika ini, namun gegaran yang aku sangka biasa itu rupanya adalah gegaran kecil kesan gempa bumi yang berlaku di Laut Celebes. Dari tweet, seorang rakan juga ada memaklumkan dia alami gegaran malangnya hanya kami berdua merasai gegaran itu.
Kunak gempa bumi. Hinggalah 11.50 tadi, aku menyemak laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia dan aku temui kenyataan rasmi mengenai gegaran tadi. Menurut kenyataan itu, satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Celebes Sea pada pukul 10.42 malam 10 Februari 2011. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 4.0 Utara longitud 123.2 Timur. 543km tenggara Kunak, Sabah.
Untuk mengesahkan keadaan, aku hubungi keluarga di Kunak dan menurut mereka, gegaran juga terasa namun mereka tidak berasa panik kerana ianya tidak lama. Kunak gempa bumi.
Semoga tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dan lindungilah aku dan keluargaku daripada malapetaka ini…amin.
Comments
Powered by Facebook Comments









One Response to "Tawau Bergegar 10 Februari 2011"