Tawau Bebas Miskin Tegar

ISU Tawau diisytihar sebagai daerah pertama yang bebas dari belenggu miskin tegar di Sabah sememangnya menjadi topik bualan utama di mana sahaja anda berada. Ianya bermula apabila Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menyatakannya selepas Majlis Penyerahkan Dividen RM2,400 kepada 393 peserta Ladang PPRT Kalabakan di sini.

Sebenarnya sebelum aku menulis entry ini, aku telah meminta pendapat rakan2 mahupun yang baru jadi rakan semata2 tidak mahu ada pihak yang keliru ataupun tiba2 keliru dengan pendapat dan pemahamanku.

Miskin Tegar di Sabah.

Sebelum pemburuan menjejak rakyat miskin tegar ini dihentikan sementara bagi memberi laluan kepada kakitangan banci melaksanakan tugasan mereka, sejumlah 44,643 keluarga Miskin Tegar telah dikenalpasti di seluruh Malaysia dan daripada jumlah itu, Sabah mewakili 34% daripadanya.  Ini bermakna 11,950 keluarga adalah mereka yang dikategorikan dalam miskin tegar.

Miskin Tegar Bukan Isu Politik

Kemiskinan Tegar sebenarnya telah lama wujud di Sabah termasuk dizaman USNO,BERJAYA, PBS hinggalah kezaman BN mengambil alih pentadbiran negeri pada tahun 1994.  Namun sebelum 1994, istilah Miskin Tegar serta penggunaan Pendapatan Garis Kemiskinan berdasarkan ‘Household Income Survey’ sebagai penanda aras bagi mengkategorikan tahap kemiskinan rakyat di Sabah tidak diapplikasikan secara sistematik.

Sehubungan itu, adalah tidak benar dakwaan mengatakan bahwa kemiskinan tegar di Sabah wujud dan meningkat semasa UMNO/BN mula memerintah negeri ini. Apa yang berlaku adalah atas inisiatif Kerajaan UMNO/BN untuk mensejahterakan rakyat lah maka bancian secara terperinci dilakukan diseluruh pelusuk negeri Sabah menggunakan kaedah ‘Household Income Survey’ .

Bancian yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan dengan bantuan Pejabat-Pejabat Daerah ini amat kritikal kerana data-base kemiskinan inilah nantinya akan digunakan bagi merancang dan melaksanakan program-program pembasmian kemiskinan di negeri ini.

Tawau diisytihar bebas miskin tegar.

Ya, dari statistik sememangnya Tawau sudah bebas daripada angka miskin tegar, apatahlagi sudah banyak program yag dikhususkan kepada mereka yang berdaftar ini di bawah projek perladangan, kemahiran dan keusahawanan.  Ke manakah mereka yang sepatutnya didaftarkan di bawah status miskin tegar sekiranya pegawai banci, pegawai e-kasih dan pihak yang berkewajiban mengunjungi rumah?  Pegawai banci datang pun ada yang takut buka pintu!

Mungkin juga trauma orang kita bila ada pegawai datang kita lebih suka bersikap tidak mahu bekerjasama kerana kita mempunyai pengalaman lalu yang buruk.  Maklumat kerajaan tidak sampai ke setiap pelusuk kampung, jadi sebab itu kenyataan bebas miskin tegar itu susah dijadikan kenyataan.

Dan yang lebih penting lagi, faktor mengutamakan kroni dalam penyenaraian penerima peruntukan miskin tegar itu wujud di peringkat kampung2.  Seluruh ahli keluarga disenaraikan kerana siapa yang tidak mahu peruntukkan kerajaan, percuma pula tu…

Penerima bantuan dikesan bergaya mewah
2010/08/08

BEKENU (Miri): Ada penerima bantuan kewangan menerusi program rakyat termiskin disalurkan kerajaan di luar bandar, mampu bergaya mewah.

Ketika mendedahkannya semalam, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata perbuatan itu dikesan kementerian, jelas bertentangan hasrat kerajaan membantu mereka berdikari.

“Dasar kerajaan mahu membantu golongan itu supaya berjimat cermat dan menggunakan sepenuhnya bantuan kerajaan untuk diri dan keluarga.
“Jika penerima bantuan itu mampu menggayakan rantai emas, bermakna dia tidak sepatutnya layak memperoleh bantuan kerajaan.

“Ada lebih ramai rakyat miskin di negara ini yang perlukan bantuan. Justeru, tiada sebab mereka layak diberikan bantuan jika dapat membeli perhiasan mahal,” katanya berucap merasmikan Projek Bekalan Air Luar Bandar di Tiris, dekat sini, semalam.

Siaran akhbar Tawau Sifar Miskin tegar.

Tawau Diisytihar Daerah Pertama Bebas Kemiskinan Tegar Di Sabah

TAWAU, 1 Ogos (Bernama) — Tawau hari ini diisytiharkan sebagai daerah pertama di Sabah yang bebas daripada belenggu kemiskinan tegar.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman ketika mengumumkan perkara itu berkata, kejayaan tersebut membuktikan keberkesanan pelbagai program membasmi kemiskinan tegar oleh kerajaan negeri dan persekutuan yang dilaksanakan di negeri itu termasuk perladangan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Mini Estet Sejahtera (MESEJ).

“Hari ini kita mencapai satu sejarah di mana Tawau sudah menjadi sifar miskin tegar dan ini jelas menunjukkan usaha-usaha kerajaan kini sudah berjaya. Usaha ini bukan sahaja kita laksanakan di Tawau, tetapi di seluruh Sabah.

“Semua ini adalah hasil pertolongan kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Saya amat menghargai usaha Sawit Kinabalu, iaitu salah sebuah agensi kerajaan negeri yang telah membantu kerajaan membangunkan ladang-ladang PPRT di Sabah.

“Hasilnya, kita dapat membayar dividen kepada peserta-pesertanya yang terdiri daripada golongan miskin tegar serta menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka sebagai pendapatan tambahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bayaran dividen sebanyak RM2,400 kepada 393 peserta Ladang PPRT Kalabakan di sini hari ini.

Menurut Musa, kerajaan akan meneruskan usaha berkenaan bagi memastikan semua rakyat di Sabah mendapat pembelaan sewajarnya, sekali gus menjadikan negeri itu sifar miskin tegar.

Katanya, bagi memastikan semua program membasmi kemiskinan tegar di Sabah berjalan seperti dirancang, kerajaan negeri menubuhkan “Focus Group” iaitu sebuah jawatankuasa yang memantau program berkenaan.

Beliau berkata ia dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi peringkat negeri manakala pegawai daerah menjadi pengerusi jawatankuasa itu di daerah masing-masing.

Sehubungan itu, Musa menafikan dakwaan pembangkang yang kerajaan tidak melakukan apa-apa untuk membela rakyat kerana kejayaan projek PPRT telah membuktikan bahawa tuduhan itu meleset.

“Tuduhan golongan tertentu, khususnya pihak pembangkang yang menggambarkan seolah-olah kerajaan negeri tidak membuat apa-apa terhadap rakyat adalah tidak betul sama sekali.

“Mereka cuma mahu mengelirukan rakyat,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Musa berkata jumlah Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) di Sabah pada 21 Julai 2010 ialah 14,770 berbanding 18,294 pada 31 Dis 2009.

Musa berkata kerajaan juga bercadang membina 30 lagi MESEJ pertanian dan MESEJ akuakultur di kawasan yang dikenal pasti sebagai lubuk kemiskinan di Sabah.

Beliau berkata kerajaan persekutuan turut memperuntukkan sejumlah RM103 juta tahun ini bagi melaksanakan Program Bantuan Rumah untuk KIRMT di seluruh Sabah.

– BERNAMA

Related Posts with Thumbnails

Advertisement

No comments yet.

Leave a Comment

CommentLuv badge