Audio Sound & Autoshow Tawau Festival sememangnya program terbaik untuk menjinakkan belia daripada aktiviti yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat lebih-lebih lagi diambang menjelangnya hari baru tahun baru. Kenapa aku katakan menjinakkan? Kerana belia khususnya remaja di Tawau semakin liar untuk berlumba haram, lepak tak bermoral mahupun keliling kampung berbasikal dengan speaker kuat mengganggu kedamaian.
Bagaimana autoshow boleh menjinakkan belia Tawau?
1. Belia suka berkumpul-kumpul tanpa ada tekanan luar.
Autoshow ini bermula pada petang 31.12.2010 dan pada malam yang selalunya “hangat” itu telah berjaya mengumpulkan kebanyakkan kenderaan “special” samada kereta, lori, bas mahupun pasukan basikal. Di tapak ekspo MPT (belakang Quang Ming) itu telah disewa tapaknya oleh pihak penganjur autoshow yang secara automatik memerdekakan “pejuang sound blast”, juara satunya hon trailer, “penjengkel” speaker jalanan “beraksi”. Di sana tiada yang akan “panas” sekiranya “kemerdekaan” yang mereka perjuangkan dimaharaja-lelakan oleh “mereka-mereka” yang mempunyai hobi dan minat yang sama.
2. Wujudnya perakuan rasmi atas apa yang mereka “hobikan”
Yang dikatakan hobi oleh belia spesis autoshow ini adalah mereka:
- minat sesuatu tapi sekadar memerhatikan dulu,
- meminati sesuatu tapi buat sedikit demi sedikit mengikut kemampuan isi poket,
- minat sesuatu dan sanggup berabis demi kepuasan hobi.
Jadi bila digabungkan dalam satu program dan yang merasmikan dan menutupnya adalah orang atasan, maka bermakna wujudnya perakuan rasmi atas apa yang mereka minati.
3.Keperluan dipenuhi, pencapaian sumbangan belakang cerita.
Tawau autoshow memberi ruang dan peluang belia untuk mengetengahkan bakat kreativiti mereka. Keperluan pada hobi mereka ini hanyalah ada satu tempat untuk memperagakan hobi mereka. Bukan kemenangan yang menjadi sasaran utama kerana perbelanjaan untuk mempraktikkan hobi mereka itu jauh lebih besar daripada jumlah hadiah yang bakal dimenangi. So autoshow ini adalah medan untuk mereka berkarya tanpa merisaukan berapa harga kemenangan yang ditawarkan. Unik dan berseninya belia Tawau.
Beberapa sisipan gambar semasa Audio Sound & Autoshow Tawau Festival 2011.
.
.
.

Comments
Powered by Facebook Comments









lawa kn basikal ni
Reply