Tawau Autoshow 2012

AUTOSHOW Tawau tahun ini aku anggap unik kerana pengisian penganjurannya dapat dimanfaatkan lebih ramai belia khususnya remaja dalam mempamerkan daya kreativiti dan inovasi mereka kepada orang ramai. Autoshow Tawau yang sudah menjadi acara penganjuran setiap tahun di Tawau diadakan di Dataran Majlis Perbandaran Tawau seawal 8 pagi.

Penyertaan juga semakin banyak, pelbagai aneka bentuk pengubahsuaian kenderaan, motor dan basikal boleh disaksikan. Begitu banyak yang menarik minatku terutama sekali ciptaan kreatif hasih pengubahsuaian basikal Tawau yang begitu unik.

Basikal Autoshow Tawau.

Ini adalah deretan basikal yang mengambil bahagian dalam kategori basikal hiasan dan sound.

.

Basikal Tawau memang unik dan pemiliknya adalah semua remaja Tawau samada yang masih belajar ataupun yang baru memulakan kerjaya mereka. Kelibat basikal uni Tawau ini boleh disaksikan juga di jalanraya namun ianya tidaklah selengkap dan seindah hiasan semasa di autoshow ini.

.

Basikal autoshow Tawau mempunyai pelbagai rekaan unik bukan sahaja ianya menyerupai motor, berkonsepkan filem, berbulu-bulu malah ada serupa tapi tidak sama.Contohnya rekaan di bawah ini. Pemilik basikal autoshow ini mempunyai kesamaan memilih pink namun ditampilkan dengan gaya pilihan mereka.

.

Kereta Autoshow Tawau.
Banyak jenis kenderaan yang mengambil bahagian dan aku amat tertarik dengan persembahan kereta Kancil dalam autoshow ini.  Bagiku ianya begitu comel, mempunyai daya tarikan yang unik dengan hiasan yang menonjolkan identiti pemiliknya.

Kereta Hello Kitty.

.

Hiasan Kereta Hello Kitty.

Ini pula kereta kancil milik Kak Midah dan aku juga pernah naik kereta ini. Pemiliknya memilih konsep kotemporari yang dilengkapi audio sound yang sedap dan hiasannya kebanyakannya tengkorak dan Apachee. Aku rasa gelas tu hanyalah hiasan semata-mata sebab aku tidak pernah nampak semasa kereta ini digunakan, pemilik dan penumpangnya minum guna gelas itu.

.

Ini pula kenderaan lain yang turut bertanding dalam kategori kereta autoshow Tawau 2012. Doraemon dan CJ7 pun turut menjadi tema persembahan bagi kereta yang bertanding dalam Tawau Autoshow 2012.

.

Autoshow Sound Blast.

Penganjuran Autoshow Tawau tidak akan lengkap tanpa penyertaan kenderaan yang mempunyai mutu sound yang luar biasa. Sound blasting adalah kategori favorite autoshow Tawau dan yang penyertaannya juga luar biasa. Aku tidak arif mengenai sound kereta dan apa yang dapat aku kongsikan di sini adalah gambar penyertaan untuk kategori itu.

Selain 3 penyertaan wajib dalam Autoshow Tawau 2012 di atas tadi, ada juga pertandingan yang baru dimasukkan iaitu kereta kawalan jauh atau lebih dikenali autoshow kereta control.

Banyak lagi penyertaan yang tidak sempat aku rakamkan dalam Tawau Autoshow 2012. Penganjurnya, Kelab motor Klasik yang dipimpin oleh Mr Daud dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah Bahagian Tawau sememangnya meriah tahun ini kerana pelbagai acara dipersembahkan dan dipertandingkan sebagai pengisiannya. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

3 Responses to “Tawau Autoshow 2012”

  1. Mus

    May 11. 2012

  2. hunny kitty

    Jun 26. 2012

    blogwalkin here
    hunny kitty recently posted..:: Mintak Tolong LIKE! ::My Profile

    Reply

Trackbacks/Pingbacks

  1. Tawau Bloggers Unity » Blog Archive » Tawau Autoshow 2012 - 07/06/2012

    [...] lebih lanjut kisahnya di blog Puadede AKPC_IDS += "2235,";Popularity: unranked [?] Tags: autoshow basikal 2012, autoshow tawau [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge