Seawal 8 pagi, hari pertama di tahun baru 2011, peminat autoshow di sekitar Tawau berkumpul di Tapak Ekspo Tawau untuk sama-sama memeriahkan program Audio Sound & Autoshow Tawau Festival 2011. Dengan cuaca yang cerah, program itu telah berjaya mengumpulkan 80 penyertaan yang bertanding dalam kategori kereta, motosikal dan basikal.
Pengurus program, Dr Hamidah Abdullah berkata program itu bukanlah pertama kali dianjurkan di Tawau namun ianya adalah aktiviti pertama Persatuan Kelab Gabungan Tawau pada tahun baru 2011.
“Sasaran utama program ini adalah penyertaan golongan belia yang meminati dunia permotoran samada kereta, motosikal mahupun basikal di seluruh Tawau,” katanya ketika ditemui di tapak pameran itu.
Menurut Dr. Hamidah, objektif program itu adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada peminat automobil bersaing secara sihat dalam satu pertandingan yang diadili oleh pakar yang bertauliah.
“Dari program ini, belia di sekitar Tawau dapat mengetengahkan daya kreativiti mereka ke satu level yang boleh memberi manfaat kepada diri sendiri, daerah Tawau dan negara pada amnya,” katanya.

Tambahnya lagi, sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan dan beliau tidak menyangka penyertaan dalam kategori basikal begitu menggalakkan iaitu 29 penyertaan.
“Di sini anda boleh saksikan dan mengukur sendiri betapa kreatifnya remaja di Tawau ini dalam mengubah-suai basikal mereka dan ada yang turut bertanding itu telah mengubah-suai basikal mereka hampir menyerupai motosikal… bezanya ia tetap basikal kerana mempunyai roda untuk dikayuh,” katanya sambil menyebut penyertaan penyertaan kereta 12, motosikal 23 dan selebihnya adalah auto soundblast.
Tawfiq: Satu lokasi di Tawau akan dikenalpasti untuk belia yang meminati kereta, motor dan basikal. Penganjuran Tawau Autoshow baik untuk menonjolkan kreativiti dan inovasi belia.
Program pembuka tahun itu 2011 itu memberi satu nafas baru kepada peminat automobil di daerah Tawau apabila Timbalan Menteri Kewangan Negeri, Datuk Tawfiq Titingan dalam ucapan majlis penutupan program itu menjanjikan satu lokasi khas kepada belia untuk berkumpul untuk berkongsi minat dan kepakaran.
“Saya sendiri akan memastikan akan wujudnya satu tempat khas untuk belia khususnya remaja yang meminati kereta, motosikal dan basikal ini berkumpul untuk berkongsi kemahiran atau bertukar-tukar pendapat setelah berbincang dengan pihak yang berkaitan,” katanya sambil menyifatkan program seumpama itu baik untuk merangsang belia di Tawau lebih kreatif dan berinovasi.
Tawfiq yang juga ADUN Apas, Tawau berharap agar belia tampil untuk beraktiviti melalui persatuan yang berdaftar dengan ROS dan jabatan-jabatan kerajaan kerana ianya akan memudahkan pihak kerajaan menyalurkan bantuan yang belia perlukan sejajar dengan matlamat Belanjawan Negeri 2011.
“Dengan adanya persatuan, kerajaan akan dapat menyalurkan apa sahaja bentuk bantuan yang diperlukan oleh belia khususnya remaja kerana Ketua Menteri kita, Datuk Seri Musa Aman sendiri telah membentangkan peruntukan yang besar untuk pembangunan belia dalam Belanjawan Negeri 2011,” katanya sambil memuji usaha pengerusi Persatuan Kelab Gabungan Tawau, Dr Hamidah, yang tidak jemu menganjurkan pelbagai program untuk belia dan remaja di Tawau.
Turut hadir dalam majlis penutupan program itu ialah Ketua Biro PUTERA UMNO Kalabakan, Mohd Razif Abdullah dan ketua-ketua jabatan.
Pemenang kategori Autoshow Extreme, Ramlie, 29, yang berasal dari Kampung Pasir Putih, Tawau berkatadia meminati bidang auto ini sejak dahulu lagi dan mempunyai pengalaman 3 tahun dalam mengikuti pertandingan program autoshow seperti itu.
“Alhamdulillah, saya menang lagi tahun ini dan saya gembira daya kreativiti saya mendapat pengikhtirafan para pengadil bertauliah,” katanya yang telah mengeluarkan anggaran RM100,000 untuk mengubah-suai keretanya secara berperingkat-peringkat.
Jelasnya, dia menyifatkan kemenangannya sebagai satu tabungan kerana wang kemenangan itu akan digunakan untuk tujuan pengubahsuaian mana-mana bahagian yang dirasakan perlu ataupun untuk tujuan pembaikan yang penting.
“Bila sudah menjadi hobi, apa pun akan dilakukan… saya seronok dan puas dengan hobi saya yang ini dan berazam mahu memenangi lebih banyak autoshow lagi tahun ini,” tambahnya.
Pemilk kancil bertemakan Hello Kitty, Alex, 25, tidak menyangka akan memenangi kategori kereta kancil kerana dia sekadar mahu mencuba mengikuti pertandingan itu.
“Saya bersyukur kancil saya itu telah menang meskipun mulanya saya sekadar mahu mencuba-cuba… yalah kata orang tidak cuba tidak tahu, kan,” katanya yang memberitahu anggaran kos pengubahsuaian kenderaannya itu kini menjangkau RM5,000.
Jelasnya, dengan kemenangan itu sudah pasti menjadi dorongan untuknya agar meneruskan minatnya kerana dia merasa puas apabila hasil kreativitinya mendapat penghargaan dan hadiah.
.
.
Keputusan penuh Audio Sound & Autoshow Tawau Festival 2011
Kategori SPL (1 Woofer)
1-Liau Vun Chung
2-Liau Vun Chung
3-Bernado
Kategori SPL (2 Woofer)
1-Mr Jack Trooper
2-Liau Vun Chung
3-Paulus Sali
Kategori SPL (4 Woofer)
1-Norazlan Shah Roy
2-Lok Siew Ching
3-Hazri Hatta
Kategori Autoshow Extreme
1-WEW 9535
2-SS891
3-WER 9199
Kategori VIP Series
ST 3585 L
ST4898 L
ST 6989
Kategori Kancil Car
1-JYG 7456
2-KBC 4321
3-ST 7265 F
Kategori Open Extreme Scooter
1-Rasidah Hassan
2-Azman Ahmat
Aszuan Ahmad
Kategori Motorsikal (Auto)
1-Putri Nurshada
2-Md Hamdan M. Ali
3-Jupri Ali
Kategori Basikal Make Up & Kreativiti
1-Rusle Ibrahim
2-Mohd Sofian Talib
3-Adnan Tacib
Kategori Basikal (Audio Sound)
1-Mohd Ridzuan Yussof
2-Wahiyuddin Syamsudin
3-Kahar
P/s:
Artikel untuk terbitan newsaper ini aku sisipkan di blogku sebagai koleksi bacaan.
Update: Sudah terbit di Utusan Borneo 3.1.2011
Comments
Powered by Facebook Comments









memang kena bajet besar join autoshow ni..
Reply
Tahniah…kena selalu buat supaya belia x duduk diam
Reply
Assalam alaikum
Ahoi Fellas!
Tawau Autoshow 2011, moga ada kesinambungannya di hari-hari yang mendatang atau di tahun-tahun yang mendatang. Kesinambungan yang saya maksudkan ialah di pameran sebegini bukan setakat memperaga kreativiti mahupun “ke-materialistik-an” semata tetapi lebih daripada itu.
Kreativiti umpamanya, baik untuk melatih minda – otak kiri dan otak kanan – secara kritis atau secara “wild.” Tetapi kreativiti yang bersifat “stereo type” tidak akan membawa apa-apa kepada pengasahan bakat seseorang itu melainkan hanya untuk santai semata.
Kreativiti perlu diikuti dengan inovasi. Inovasi itulah akhirnya akan mengangkat kreativiti seseorang. Pengangkatan itu sudah semestinya melangkah ke arah komersil. Maksudnya kreativiti yang boleh dijual atau dikomersilkan.
Kreativiti yang bersifat inovasi umpamanya seperti basikal yang diubahsuai berdasarkan konsep urban, modernist, futurist, universalist, minimalist bukan sahaja memanfaatkan minda dan bakat tetapi menfaatkan umum seluruhnya yakni mereka-mereka yang bakal menggunakan hasil kreativiti dan inovasi tersebut.
Juga, dalam pameran sebegini, pihak-pihak seperti Puspakom, JPJ, PDRM Cawangan Trafik, JKJR perlu dipanggil untuk menjadi “pengadil” atau “hakim” bagi menentukan sama ada kreativiti atau “ubah suai mengikut citarasa kreativiti” itu tidak bercanggah dengan konsep Safety First. Contohnya kreativiti pengubahsuaian tayar kereta, rim tayar kereta, steering kereta, walhasil enjin kenderaan sekalipun, sistem bunyi, dan apa-apa yang berkaitan, tidak mendatangkan kemudaratan.
Kereta yang pintunya tidak bersifat konvensional yakni pintu yang boleh dibuka dengan menolaknya ke atas sehingga mencecah bumbung dari segi ergonomik tidak sesuai untuk diadaptasikan. Pintu sedemikian memudahkan pemandu atau pemumpang kenderaan terperangkap di dalam kenderaan jika berlaku kemalangan berat. Tetapi untuk peragaan amat bersesuaian.
Apapun, semoga di tahun-tahun yang mendatang, Tawau Autoshow bersifat mempertengahkan konsep “CreaNovation.” Istilah ini saya hasilkan melalui kombinasi CREATE dan Inovation.
Adieu…
Reply
trima ksi atas..apa yg sya trima slama sya myertai program ini..
Reply
bg saya ok lah anjur kn autoshow sebegini x la juga remaja2 kita buat benda2 yg bukan2 apa2 pn smogao korang semua berjaya dan sucsess slalu
Reply