Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak di Semporna

Rasa bertuah hari ini kerana dapat menjejakkan kaki ke satu lagi tapak prasejarah Malaysia dan Aisa Tenggara di zaman Neolitik iaitu di Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak, Semporna.  Ianya terletak di kawasan Tampi-Tampi dan berkunjung ke sini, anda pasti akan  menemui sesuatu yang menakjubkan disertai maklumat paling tepat untuk mengenali Semporna.

Kenapa aku katakan anda boleh mengenali Semporna di sini?  Ini adalah kerana apabila anda berada di Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak di Semporna, anda sedang berada di suatu lokasi terbaik untuk melihat keseluruhan pemandangan daerah Semporna.  Ya, dalam bentuk view 360 darjah!

Kenapa anda perlu berkunjung ke Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak di Semporna.

1. Bagi aku pencinta sejarah, tempat ini menjanjikan keseronokan yang tersendiri kerana dapat melihat dengan mata kepala sendiri peninggalan zaman Neolitik (kira-kira 3 ribu tahun lalu). Mengikut sumber (New Sabah Times-21 November 2011), Bukit Tengkorak di Semporna ini menyimpan bukti dan hipotesis baru mengenai penghijrahan manusia dan perdagangan atau pertukaran maritim prasejarah di kepuluan Asia Tenggara dan Pasifik. Ini diperkukuhkan juga dengan penemuan bukti perdagangan laut yang terpanjang di dunia, iaitu Timur Sabah ke New Britain di Melanesia, sejauh lebih 3,500 kilometer kira-kira 3,000 tahun dahulu.

.

2. Di Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak di Semporna ini anda akan melihat sendiri tapak pembuatan dan memproses tembikar tanah (tempat pasu dibakar) yang terbesar sekali di Asia Tenggara pada Zaman Neolitik.

3. Formasi geologi di semenanjung Semporna terdiri dari bukit dan gunung terpencil yang merupakan bekas tapak gunung berapi yang tidak aktif lagi dari zaman Pliosen (5.2 juta hingga 1.8 juta tahun dahulu).  “Orang tua yang sedang tidur” yang kelihatan di Semporna sebenarnya adalah bibir sebuah gunung berapi besar yang meletup berjuta tahun lalu dan mewujudkan 3 pulau iaitu:

i. Pulau Bohey Dulang,
ii. Pulau Tatagan,
iii. Pulau Gaya.

4. Bagi anda yang gemarkan pendakian bukit tanpa resiko,  lokasi ini dapat membantu anda kerana perjalanan ini membolehkan anda berada di puncak Bukit Tengkorak dengan berjalan menaiki anak tangga sahaja.

.

.

Rujukan tambahan:

Keunikan Bukit Tengkorak
New Sabah Times

Bukit Tengkorak terletak kira-kira 500 kaki d atas paras laut di pesisiran pantai Semporna, Timur Sabah (Utara 4 27’ 20.08” dan 118 37’ 04.3” Timur). Bukit Tengkorak merupakan tapak pelindung gua batuan volkanik dan sebahagian daripada bibir gunung berapi yang berdiameter sekitar 2 kilometer.

Kajian arkeologi yang sistematik dan saintifik telah dijalankan di Bukit Tengkorak dan kawasan sekitar daerah Semporna oleh sekumpulan Penyelidik dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah semenjak 1994 hingga hari ini.

Hasil kajian arkeologi yang diperolehi menunjukkan bahawa Bukit Tengkorak merupakan sebuah tapak pembuatan tembikar prasejarah yang terbesar di Asia Tenggara. Antara bukti arkeologi yang telah ditemui terdiri daripada ribuan serpihan tembikar prasejarah dan tanah liat yang digunakan untuk pembuatan tembikar. Selain itu, kajian etnoarkeologi menunjukkan bahawa teknologi pembuatan tembikar masih lagi diamalkan sehingga hari ini oleh masyarakat Bajau di Semporna.

Ekskavasi arkeologi di Bukit Tengkorak juga menunjukkan ia kaya dengan pelbagai artifak arkeologi seperti alat batu mikrolit (kecil), batu pemukul kulit kayu, beliung sisa-sisa tulang haiwan serta cengkerang dan tulang ikan laut. Asosiasi arifak-arifak berkenaan yang ditemui semasa ekskavasi menunjukkan bukti kewujudan aktiviti sibsisten seperti pemburuan haiwan dan penangkapan ikan serta pengumpulan cengkarang di laut.

Bukit Tengkorak merupakan sebuah tapak arkeologi yang penting di Malaysia dan Asia Tenggara. Kepentingan Bukit Tengkorak termasuk penemuan bukti dan hipotesis baru mengenai penghijrahan manusia dan perdagangan atau pertukaran maritime prasejarah di kepuluan Asia Tenggara dan Pasifik. Penyelidikan arkeologi di Bukit Tengkorak telah menemui bukti perdagangan laut yang terpanjang di dunia, iaitu dari Timur Sabah ke New Britain di Melanesia, sejauh lebih 3,500 kilometer kiria-kira 3,000 tahun dahulu.

Bukti ini secara tidak langsung mencadangkan bahawa lautan dari Melanesia ke kepulauan Asia Tenggara, 2,000 – 3,000 tahun sebelum Captain James Cook menjelajahi kepulauan Asia Tenggara dan lautan Pasifik pada 1768-1779. Bukit Tengkorak juga telah dikenal pasti sebagai salah satu tapak pembuatan tembikar tanah yang terbesar sekali di Asia Tenggara pada Zaman Neolitik. Berpuluh-puluh ribu serpihan tembikar tanah yang berusia 3,000 tahun dahulu dan dihiasi dengan pelbagai corak telah ditemui di tapak berkenaan.

Penemuan lain yang unik di tapak ini ialah industri pembuatan alat batu mikrolit yang diperbuat daripada batuan akik, cert dan obsidian. Industri alat batu mikrolit itu merupakan penemuan yang luar biasa dan jarang sekali ditemui di kepulauan Asia Tenggara.

Kajian arkeologi pada 2002 hingga 2006 di tapak Melanta Tutup, sebuah tapak baru yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Bukit Tengkorak juga telah mendedahkan bukti baru mengenai kewujudan manusia prasejarah manusia di daerah Semporna lebih 10,000 tahun dahulu pada Zaman Paleolitik sehingga Zaman Neolitik (3,000 tahun dahulu), Zaman Logam dan Zaman Sejarah Awal (1,000 tahun dahulu).

Bukti-bukti arkeologi yang ditemui semasa ekskavasi di tapak berkenaan ialah artifak prasejarah seperti pengebumian manusia dalam keranda kayu balak, tempayan, dan pengebumian lunjur, alat batu mikrolit yang dibuat daripada akik, cert dan obsidian, serpihan tembikar tanah dan batu, loceng gangsa, alat-alat besai, manik, dan sisa-sisa flora dan fauna seperti tulang haiwan, ikan dan cengkarang laut.

Kajian perbandingan jumpaan artifak seperti tembikar dan alat batu yang ditemui di Bukit Tengkorak menunjukkan banyak persamaan dengan artifak yang ditemui di tapak-tapak sezaman yang lain di Asia Tenggara dan lautan Pasifik. Kajian paleoantropologi dan perbandingan rangka-rangka manusia yang ditemui di Semporna dan tapak-tapak lain di Asia Tenggara turut menyokong hipotesis migrasi dan penyebaran berleluasa populasi manusia prasejarah di Asia Tenggara pada Zaman Neolitik dan Logam.

Kajian sumber batuan dan artifak obsidian yang ditemui di Bukit Tengkorak turut mencadangkan kewujudan rangkaian perdagangan atau pertukaran dan pergerakan manusia secara jarak jauh melalui lautan antara kepulauam Asia Tenggara dan Pasifik seawal 3,000 tahun dahulu.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

12 Responses to “Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak di Semporna”

  1. budaini

    Feb 17. 2011

    ui naaa…. asi kah pigi ndak ajak2… hehe..

    Reply

    Maya reply on February 17th, 2011 11:08 AM:

    kebetulan kawan adik c lisa dr penang datang sini mo jalan2. so aku pun kena ajak…

    Reply

  2. Richard

    Feb 17. 2011

    cantik tempat ni ya, kalau balik Tawau nanti aku mau pigi

    Reply

    Maya reply on February 17th, 2011 6:06 PM:

    Jangan lepaskan peluang Richard, inilah khazanah terulung namanya.

    Reply

  3. lisa kaki jalan

    Feb 17. 2011

    kawan adekku ba gus teringin mau ke semporna….gamble jak tu pigi yg ndak tau apa2 pasal jln d sana.. :P

    projek seterusnya adalah ke seberang..amacam?ada brani? :P

    Reply

    Maya reply on February 17th, 2011 6:07 PM:

    minggu depan Sg Nyamuk kitaaaa

    Reply

  4. hasrie

    Feb 23. 2011

    kamu naik sebelah petang…kmi sbelah pagi

    Reply

    Maya reply on February 23rd, 2011 1:56 PM:

    oh yakah… kalau sama masa boleh jumpa dan kenal2, kan. :)

    Reply

  5. Gen2Merah

    Apr 10. 2011

    waahhh, bestnyaa dpt sampai ke puncaknya. Hari tu kami datang sini sekadar jadi tempat persinggahan sementara je sebab ada urusan lain nak di uruskan. Tak sempat naik sampai atas. Insya Allah lain hari datang bukit ni nak explore sampai puncak plak.. hehehe..
    Tahniah geng bloggers Tawau.. aktif memprmosikan tempat2 menarik sekitar daerah Tawau

    Reply

  6. Maya

    Apr 10. 2011

    siapa lagi kalau bukan kita bah pok…

    Reply

  7. al-Hindi

    Apr 29. 2011

    Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak di Semporna
    merupakan tapak arkeologi yang perlu dikaji secara berterusan kenapa ia penting bagi pengkaji untuk mengetahui apa tersuart dan tersirat yang tersembunyi di bukit Tengkorak. Seorang pengkaji Jepun pernah datang kesini melihat bukit tersebut pada 1970-an…..dia berkata ‘Bukit Tengkorak harus diterokai kerana banyak arkeologi yang amat berharga’
    saya sebagai penyelidik sering membuat kajian sejarah-sejarah di Semporna dari asal-usul sejarah, kewujudan bangsa bajau di Nusatara(Rumpun Melayu), begitu juga sejarah kampung air yang dikatakan tapak kelahiran ramai pemimpin, panglima dan ulama, sejarah Omadal dan baanyak lagi…saya berterima kasihlah pada saudara kerana memberi pendedahan yang baru kepada kajian saya…..

    Reply

  8. Prehistoric'Ss Austin

    May 27. 2011

    Mantap gila …
    Minggu depan mau pigi sna .. hahaha
    buat research xD

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge