2

Tanggungjawab penulis blog

Orang selalu kata, berani buat beranilah tanggung tapi selalukah orang berpesan kepada kamu sebegini… jangan bersembunyi di sebalik penulisan kamu atau kamu tulis, kamu perlu bertanggungjawab terhadap penulisan kamu.

Pengecut dan bacul adalah gelaran yang perlu dianugerahkan kepada bloggers yang bersikap negatif seperti di atas. Anda tidak puas hati?


Hari ini semua orang boleh memiliki blog. Everyone can blogging. Tapi anda selalu tulis apa di dalam blog? Berikut adalah jenis penulisan bloggers.

Jenis penulisan bloggers:
Filem, fotografi, gaya hidup, gosip artis, hiburan, informasi, internet & teknologi, keagamaan, kecantikan & fesyen, keibubapaan, kesihatan, makanan, motivasi, pelancongan, permotoran, perniagaan, personal, politik, resipi, sukan, tutorial blog & web dan lain-lain.

Perkara penting sebelum menulis di blog:

1. Pastikan anda mahir dan tahu mengulas dengan fakta dalam topik yang anda katakan di blog anda.
Penulis blog ini datangnya daripada pelbagai latar belakang, usia, pekerjaan, minat, agama dan tentunya jenis penulisan juga berbeza. Sekiranya anda mahir dalam sesuatu bidang, anda dengan mudahnya mengulas sesuatu topik tapi sekiranya tidak, anda menulis sesuatu yang kurang efektif.

Contoh, anda menulis tentang Tawau dan sejarahnya.  Anda sepatutnya sudah bersedia dengan memberikan fakta yang datangnya dari aspek sejarah.  Jika ada kecelaruan fakta, anda boleh membantah dengan dokongan pemikiran yang logik, anda telah membuat research atau kajian mengenai sejarah Tawau.

Kalau anda tidak tahu-menahu mengenainya, hanya sekadar mahu meletakkan Tawau dari buku sejarah yang anda sendiri tidak faham kronologinya, sumber meragukan anda tidak perlu teruskannya.

Keluarlah dari fakta sejarah yang sebegitu kerana ianya hanya mengundang masalah kepada anda. Masalah yang macam mana? Pengunjung blog anda tidak berpuas hati dengan anda, mempertikai apa yang anda copy paste itu malah boleh mengundang spaming feedback yang menyakitkan hati.

2. Menulis dengan fakta, bukan auta.
Statistik, gambar yang sahih, resepi yang telah anda cuba, filem yang telah anda nonton, mengenali tokoh politik dan perjuangannya adalah antara contoh bentuk fakta yang boleh membantu anda sebelum menulis entry blog anda.
Contoh, anda ingin menulis tentang sabung ayam di Tawau, pastikan anda mempunyai fakta lokasi yang boleh dibuktikan dengan gambar. Kalau tulis mengenai konspirasi aktiviti sabung ayam itu didalangi oleh pegawai kerajaan, pastikan anda berikan fakta sebenar iaitu anda telah membaca dan mengetahui rupa orang yang anda maksudkan.

Kelak, bila anda tersempak, anda tidaklah gopoh, anda mungkin boleh slowly bertanya, adakah benar apa yang anda tulis di blog itu kepadanya, kena berani beb! Tapi dengan keberanian sahaja tidak cukup, kena bersedia dengan pelbagai kemunginan samada kena marah, kena ugut etc :) Take ur own risk to be smart bloggers.

3. Jadilah diri anda ketika menulis.
Ini yang terpenting kerana penulisan yang baik adalah hadir dari pemikiran si penulisnya. Ianya juga didokong dengan nawaitu kita, meskipun selalu ada sahaja yang tidak puas hati, tapi dengan nawaitu yang betul, insyaallah you on right track.


Apa kata blogger lain tentang tanggungjawab penulis blog?
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bernama melaporkan Dr Mahathir berkata walaupun blog menyediakan ruang bagi kebebasan menulis apa yang dikehendaki secara mutlak, namun penulisnya masih perlu bertanggungjawab terhadap penulisan mereka serta tidak menyalahgunakannya.

“Tidak boleh menyatakan perkara buruk atau memaki hamun orang lain, jangan buat begitu, orang akan marah dan mereka boleh mengambil tindakan terhadap kita. Kita mesti ada bahan sokongan untuk setiap perkara yang kita nyatakan. Walaupun kita tidak sukakan seseorang, kita tidak boleh menulis perkara tidak benar (mengenai mereka),” katanya.

Shahril
Sebaiknya anda mempamerkan nama sebenar, dan terlebih baik dengan gambar anda. Ini supaya anda dlihat lebih bertanggung jawab terhadap tulisan-tulisan anda. Apa yang kita takutkan jika kita berkata benar dan menulis berdasarkan fakta yang benar. Pembaca akan lebih menghormati anda jika sedia menampilkan diri.

Amanz : Garis panduan hasutan dunia siber.

Denaihati Kod etika penulis blog.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2010, Blog, Tutorial Tags: ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

2 Responses to "Tanggungjawab penulis blog"

  1. topo says:

    sebab ramai blogger yang tak bertanggungjawab la dunia blogging ni dah jadi makin kacau bilau.. =.=

    Reply

    Maya reply on November 22nd, 2010 10:28 AM:

    tul tu topo, tp bloggers macam topo susah dicari ganti, kalau ada pun tetap tidak serupa.

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.