Tanaman Vanilla di Tawau

Sejak kecil lagi aku hanya mengenali vanila ini sebagai ice cream, tidak terlintas langsung dikepalaku yang vanila itu sejenis tumbuhan. Aku ketahui vanila itu sejenis tumbuhan berupa seperti kacang buncis apabila melihat Chef Nigella Lawson dalam rancangan Nigella Bites menggunakan vanilla dalam masakannya. Sejak itu aku aku persoalan, bagaimanakah kacang bendi hitam (vanila) itu ditanam.

Hari ini aku bertuah kerana berjaya mencapai dua matlamat dalam satu siri jelajahan. Sebenarnya seorang teman (Kee Faridah Kee Kassim – penulis buku Keluarga Kee) membawaku ke ladang ternakan kambing mereka namun apabila dia mengatakan ladang itu juga menanam 500 pokok vanila, aku jadi begitu teruja. Ini kerana impian untuk melihat sendiri pokok vanila akhirnya tercapai dan yang istimewanya, aku diberi penerangan percuma dari pakar bidang penanaman vanila, bro Mafus Bacho.

Info mengenai vanila:
- berasal dari Maxico
- vanila adalah sejenis tumbuhan bunga orkid
- nama saintifiknya vanilla planifolia andrew
- mula berbunga selepas 2 tahun
- buahnya matang selepas 7-9 bulan
- Tidak boleh terlalu terbuka atau terlalu redup
- Pokok ini tiada jantan atau betina. Oleh yang demikian semua pokok berbuah.

.

Pokok vanila ini memerlukan penjagaan yang rapi dan kaedah yang digunakan oleh bro Mafuz ini dirasakan lebih praktikal dan menjimatkan kerana hanya menjadikan vanila ini berpaut atau melilit di pokok tumpangan yang juga berperanan sebagai melindunginya dari cahaya matahari yang terik.

Tahi kambing adalah baja yang digunakan untuk memastikan vanila yang ditanamnya dapat tumbuh dengan khasiat yang diperlukannya.  Bekalan baja organik itu tidak perlu dirisaukannya kerana berdekatan dengan kawasan tanaman vanila ini, terdapat ternakan kambing yang semakin menjadi-jadi.

Contoh pengiraan komersil vanila:

1 ekar = 4000 pokok
10 pokok = menghasilkan dalam 1 kg (basah)
maka boleh dapat 4000 / 10 x 2= 800kg vanila basah
Dikeringkan menjadi 80kg (10kg basah dikeringkan menjadi 1 kg kering)
So pendapatan bersih RM1500/kg x 80kg = RM120,000 seekar semusim

Apabila vanila itu mencapai gred AAA super, jualan vanila di pasaran lebih tinggi.  Walaupun vanila dapat dituai hasilnya purata 1-2 kali setahun namun usaha penanaman vanila sebegini menguntungkan dan amat bermakna kepada petani. Berbakti kepada tanah mendatangkan hasil yang lumayan, pertanian adalah perniagaan.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

10 Responses to “Tanaman Vanilla di Tawau”

  1. Minchu

    Mar 10. 2011

    Saya juga dapat tahu vanila itu adalah sejenis tumbuhan hanya selepas melihat rancangan Anna Olsen & Chef at Home. Selama ni saya hanya mengetahui Vanila ini adalah sejenis perasa untuk makanan dan tak tahu pulak asal usulnya.

    Bagaimanakah saya boleh mendapatkan vanila basah/kering di tawau ni?

    Reply

    Maya reply on March 10th, 2011 7:40 PM:

    Insyaallah akan saya tanyakan nanti soalan anda ini kepada penanamnya

    Reply

    kzman17 reply on May 18th, 2012 11:36 AM:

    salam…
    saya juga ingin tahu ladang ini di mana..dan…bagaimana untuk saya menghubungi penanamnya…
    terima kasih untuk info

    Reply

    Maya reply on June 4th, 2012 1:55 AM:

    Ladang Keeta ni terletak di dalam Ladang Tiger. Ladang Tiger ni sebuah ladang Sime Darby di Tawau. Kamu boleh hubunginya melalui email: mahfudzbacho@yahoo.com atau call Abg mahfudz 019-582 4090… katakan padanya, dapat nombor dan info dia dari blog ini.

  2. ZRn

    Mar 10. 2011

    Bestnya….
    sy pun mau pigi…:)

    Reply

  3. Kee Faridah Kothman

    Mar 12. 2011

    I appreciated your interest and the in depth explanation that you have put into the cultivation of vanilla. Bro MB @ Pok had seen both of your discoveries and he is very impressed and proud of your writing. Good news to you too dear….you are now appointed to be the person in charged to future events of both Syarikat Keeta and family…..thumbs up! :) Oh yeah not forgetting of our important project too:)

    Reply

    Maya reply on March 12th, 2011 6:36 PM:

    ty sis :) Bro Pok is the best informer.
    Yeah our project on last preparations

    Reply

  4. Mus

    Mar 15. 2011

    produk pertama vanila saya guna adalah aiskrim

    Reply

  5. azlanshah

    Apr 26. 2011

    assalamualaikum,

    tahun ni saya akan memulakan projek integrasi tanaman sawit dan vanilla,,
    ada beberapa soalan yang saya ingin ajukan kepada saudara..

    1. Berapa jarak tanaman pokok vanilla yang sesuai?

    2. Pokok gliricidia dtanam sebgai pelindung..berapa umur pokok gliricidia
    sebelum pokok vanilla ditanam?

    3. Perlu ka batas dibuat untuk tanaman vanilla?

    4. Selain baja organik tahi kambinn, apa baja yang sesuai?

    sekian,

    Reply

  6. ana-hawana

    Apr 24. 2012

    ello…saya jg salah satu baru nak mula buat tanaman ini so mcm mana pokok ni mau di jual kepada siapa ka??

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge