Tambang Teksi Airport Ke Bandar Tawau RM45

MASALAH tambang teksi airport Tawau ke bandar Tawau telah dipertikaikan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Datuk Ismail Mayakob dalam Mesyuarat Penuh Ahli MPT baru-baru ini. RM45 adalah jumlah yang terlalu mahal lebih-lebih lagi untuk menggalakkan kemasukan pelancung luar ke Tawau, katanya.

Syukur, akhirnya masalah ini diketengahkan juga meskipun ianya sudah lama berlaku. Janji Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk membawa masalah tambang ini kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya diharap dapat melegakan aduan orang ramai.

Kalau nak diikutkan, perkhidmatan bas dari airport ke bandar juga patut diketengahkan kerana masa perkhidmatan mereka hanya pada waktu siang sahaja. Ada seorang blogger, Sadom, yang menulis tentang mutu perkhidmatan bas airport Tawau yang menurutnya menyedihkan. Anda boleh baca di SINI

Sebab itu, kalau penerbangan aku diwaktu malam, jika terdesak aku akan telefon seorang pakcik teksi yang aku kenali untuk menghantar aku ke airport dengan hanya RM30 sahaja. Kalau ambil aku dari airport ke bandar Tawau pula RM35, kira harga langganan katanya.

Untuk rujukan, Shuttle bus dari airport ke Tawau berulang-alik lebih kurang 7 kali sehari dan jadual perjalanan adalah pada jam 7.15am, 9.15am, 10.50am, 12.15pm, 2.30pm, 3.50pm dan 6.50pm.

Kalau bas dari bandar Tawau ke airport pulak ada 4 trip sehari dari jam 6.30am, 8.30am, 10.30am, 1pm, 2.30pm dan 5pm. Tambangnya adalah RM10.

Itu bab teksi airport dan bas airport Tawau, kalau bab kereta sewa pula macam mana? Aku sempat google dan bertemu dengan luahan seorang blogger yang pernah datang ke Tawau dan menggunakan perkhidmatan kereta sewa.

Cartzs Short trip Tawau - Semporna

Katanya, kereta sewa di Tawau memang mahal, teksi pun sedemikian. Kancil manual RM125, Proton BLM RM188. Korang bacalah sendiri… Dia mengisahkan pengalamannya berada di Tawau pada 13 Julai 2009. Sila baca sepenuhnya di SINI

Moral of the story, berbuallah dengan pakcik teksi, kalau dia sopan dan melayan kita dengan sepatutnya, mintalah nombor telefonnya kerana ianya amat berguna dalam banyak keadaan.

Berita susulan mengenai isu tambang teksi airport Tawau.

Tambang Teksi Dari Lapangan Terbang Tawau Ke Bandar Mahal?

TAWAU, 20 Jun (Bernama) — Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Datuk Ismail Mayakob Rabu meminta pihak berkenaan supaya meneliti semula kadar tambang teksi dari Lapangan Terbang Tawau ke bandar yang disifatkan ramai pengguna sebagai amat mahal.

“Perkara ini sudah menjadi rungutan orang awam kerana ia amat mahal,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh Ahli Majlis Perbandaran Tawau di sini Rabu.

Wakil dari Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang hadir dalam mesyuarat berkenaan menjelaskan bahawa tambang teksi yang dikenakan di lapangan terbang itu adalah mengikut piawaian (standard) LPKP namun perkara itu akan dibawa kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya.

Menurut wakil LPKP berkenaan sebelum ini tambang teksi dari Lapangan Terbang Tawau ke bandar ialah RM35 namun pada tahun 2009 kadar berkenaan dinaikkan kepada RM45 iaitu kenaikan kira-kira 35 peratus.

Ismail berkata memandangkan Lapangan Tebang Tawau merupakan pintu masuk utama ke Tawau dan daerah-daerah sekitarnya melalui udara maka adalah wajar pihak LPKP meneliti aduan masyarakat tentang tambang teksi berkenaan demi nama baik semua pihak.

Katanya mesyuarat juga meminta LPKP supaya meneliti semula keberkesanan nombor hotline yang dipaparkan di bahagian belakang kenderaan pengangkutan awam kerana banyak aduan mengatakan tidak ada pihak yang menyambut panggilan.

“Apa guna nombor hotline jika tidak ada yang mengangkat bila dihubungi,” katanya. BERNAMA

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

No comments.

Leave a Reply

CommentLuv badge