Taman Permainan Highway Tawau

Taman Permainan Highway Tawau adalah satu tempat yang menjadi tumpuan kanak-kanak dan mereka yang bersenam di kawasan bandar iaitu sepanjang highway di waktu pagi dan petang. Letaknya betul-betul bersebelahan dengan Masjid Al-Kauthar dan tepi Ba Zhong dan menempatkan pelbagai kemudahan senaman dan permainan kanak-kanak. Hari Sabtu adalah hari yang sempurna untuk aku menyaksikan sendiri peranan Taman Permainan Highway Tawau ini di sebelah petang kerana taman ini akan menjadi perhatian pengunjung-pengunjungnya.

Untuk melengkapkan lagi kunjunganku, aku turut membawa anak buah aku, Aiman yang berusia 4 tahun. Setibanya di Taman Permainan Highway Tawau, sudah ramai pengunjung yang ada, masing-masing dengan agenda mereka terutama sekali ibu bapa yang tidak lepas mata memerhatikan keseronokan anak-anak mereka. Memandangkan tempat untuk bermain penuh, Aiman mula mengheretku ke meja seorang makcik yang berjualan di situ. Dicapainya buble harga 50sen dan meminta buah jambu RM1.

.
.

Untuk pengetahuan, jambu, mangga, nanas atau kedondong yang dijual di Taman Permainan Highway Tawau sememangnya terbaik, enak dan banyak. Buahnya pun bukannya lunyai berendam dengan air, tetapi ianya segar, kata makcik penjual itu, semua jambu dan mangga yang dijualnya baru dikupas kulitnya dan tidak pernah bermalam. Jualan buahnya akan habis setiap hari kerana pengunjung yang ke sini ramai dan ada yang ke sini semata-mata mahukan buah-buhan yang dijualnya. Untuk mengetahui kisah makcik ini, ada di blog Lisa Ali.

Aiman gembira bermain dengan bublenya, aku memerhatikan sahaja. Sesekali ada beberapa kanak-kanak tumpang bermain buble yang ditiupnya, sememangnya dunia kanak-kanak itu segalanya indah, segalanya menggembirakan.  Habis bermain buble, Aiman menjadi pemerhati kanak-kanak yang ada di situ dan aku tahu dia sebenarnya mahu bermain dengan ayunan yang ada di situ.  Malangnya, dia tidak diberi peluang kerana lagi ramai kanak-kanak lain yang menunggu giliran untuk bermain ayunan. Lagipun ayunan yang ada di Taman Permainan Highway Tawau itu cuma tinggal satu, yang lainnya semua rosak.

.

Tidak puas hati menunggu giliran, hatinya mungkin geram, lalu Aiman pun menaiki playground di Taman Permainan Highway Tawau.  Keadaannya memang kotor kesan lecak yang ada namun aku benarkan sahaja Aiman bermain kerana memahami kecewa tidak dapat bermain ayunan kegemarannya itu. Aku lihat dia mula gembira dan bekerjasama dengan kawan-kawan yang baru dikenalinya, sistem giliran tetap ada di mana-mana apatah lagi kemudahan taman permainan seperti di situ.

.
.

Puas bermain, Aiman haus dan kami bergerak ke satu lagi penjual yang menjual minuman, burger dan jagung. Minuman mineral standart price, botol kecil RM1 dan jagung saiz besar RM2. Lepas dapatkan apa yang dimahukannya, kami ke bahagian hujung taman di tepi tembok laut, duduk bersila untuk menikmati jagung stim yang masih panas.  Air ketika itu sudah mula pasang dan tiadalah ketam dan bangau kelihatan. Sambil bercerita keseronokannya bermain, aku capai kamera untuk merakamkan beberapa moment untuk dikongsi bersama.

.

.
.

Bila menghabiskan masa petang bersama Aiman di Taman Permainan Highway Tawau itu, aku menemui dua contoh aktiviti yang berpotensi mengangkat Tawau ke satu level pelancongan. Satu adalah kehadiran sekumpulan remaja menaiki perahu dari jeti batu (hujung highway) yang kelihatan begitu seronok aksinya. Kedua adalah dua orang budak lelaki yang terjun untuk mandi laut yang jelas memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada mereka.  Tawau mempunyai potensi besar dalam menengahkan industri pelancongan laut melalui “keistimewaannya” yang terletak di Teluk Cowie? Bilalah agaknya ianya dimajukan?

.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

3 Responses to “Taman Permainan Highway Tawau”

  1. hmjebat

    Feb 20. 2011

    Ya, memang seronok petang-petang kalau jalan-jalan di highway, tapi penjual tersebut berlesen ke? Bukankah ini boleh jadi punca sampah sarap bertaburan sekitar kawasan tersebut?

    Tentang ronda-ronda naik perahu tu, memang satu pandangan yg sangat baik bagi menambahkan satu lagi aktiviti keluarga di tawau ni, selain tarikan pelancong

    Reply

  2. ahmadtarmizihjothman

    Feb 20. 2011

    aku setuju dengan hmjebat tu… terjaminkah kebersihan makanan yang dijual disitu? lebih-lebih lagi kacang rebus yang dijual oleh kanak kanak yang datangnya dari perkampungan ice box yang juga mungkin anak -anak pendatang philipin. Aku pernah juga beli kacang tersebut oleh kerana anak aku menangis kerana mahukan kaqcang itu… akibatnya semalaman cirit birit…. Tempat tu memang cantik, tapi penguna tak pandai menjaganya dan pihak tertentu tidak mengawasi pengguna, sebab tu bukan budak- budak yang main peralatan disitu, sebaliknya orang dewasa dan remaja yang berdating disitu. kalau sebelah malamnya pula tempat remaja berdating dan berlaku sumbang, walaupun berhadapan dengan masjid Al Khausar.lampunya tak terpasang kalau malam, pencopek pun ramai berkeliaran disitu, lebih meriahlah kalau malam, dengan geng mat rempitnya, geng keretanya dan macam-macam lagilah… Cubalah penduduk sekitar situ perihatin sikit… Tak lah sakit sangat mata memandang.. 15 tahun aku di Tawau tu… dah macam macam aku pelajari semasa di sana… Bab kebersihan memang kurang….diambil perhatian… Aku cadangkan Tawau Blogger buat sesuatu agar perkara tersebut dapat di buat perubahan…. mana tahu ada rezeki aku kesana lagi, kalau dulu sebagai sebahagian dari penjaga keamanan tawau, selepas ini aku kesana sebagai pelancung pula… hehehehehehe… Assalamualaikum ,HIDUP TAWAU BLOGGER.

    Reply

Trackbacks/Pingbacks

  1. Highway Tawau tempat rekreasi | Naziman - 16/12/2011

    [...] Blog Somewhere in Tawau Menceritakan nama sebenar highway Tawau iaitu Persiaran Traulsen. 2. Blog Puadede Menceritakan tentang taman permainan highway tawau. 3. E-tawau Menceritakan lebih lanjut tentang [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge