Taman Bukit Tawau atau juga dikenali “Air Terjun Table” adalah antara destinasi pelancongan yang best di Tawau. Ahad lalu, aku berkesempatan ke sana, melepaskan penat kerja, serabut kepala di samping dapatlah meluangkan masa bersama-sama keluarga. Apa yang menarik di Taman Bukit Table ini adalah air terjunnya, hidupan flora dan faunanya yang terjaga rapi tanpa pencemaran. Dan kalau bertenaga, bolehlah jungle tracking ke Bukit Gelas yang air terjunnya jauh lebih tinggi dan juga kolam air panas yang sememangnya baik untuk mereka yang mengalami masalah kulit.
Apa yang best di Taman Bukit Tawau:
- Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini. Jungle tracking, hiking, jogging, buat penyelidikan tumbuhan hutan, saksikan sendiri antara pokok yang tertinggi di dunia, ada zon tumbuhan herba dan more coming soon. Tapi acara wajib adalah mandi di sungainya yang sejuk, fresh from old khatulistiwa jungle.
- Lanskapnya cantik.
Tumbuh-tumbuhan hutan digabungkan dengan kreativiti hiasan moden ada dimerata-rata tempat. Kolam ikan dengan pondok rehat adalah antara yang menarik. - Pondok rehat yang banyak dan sesuai dengan keperluan pengunjung.
Pondok rehat dilengkapi dengan kemudahan BBQ, hanya perlu bawa arang untuk memanggang makanan. Tempat duduknya pun bersih, ada meja untuk makan, dilengkapi dengan tong sampah. - Staff yang lebih ramai, caring dan berknowladge.
Aku tanya soalan tentang jenis-jenis pokok, staff tu jawab dengan mesra, info yang diberi lengkap. - Tandas yang bersih.
Bagi aku, ini yang penting, sebab selepas mandi pasti nak salin pakaian, rasa selamat dan bersih. Kalau yang dulu, adeh Tuhan saja yang tahu. - Kantin.
Kemudahan kantin pun tidak ada cacat celanya. Bersih, makanan pun sedap, harga pun taklah terlalu mahal, sesuailah lokasinya yang jauh. - Ada chalet
Teringin nak bermalam di chaletnya, masa ronda-ronda, dapat rasakan suasananya yang damai.
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






friendly
May 02. 2008
ada lagi yang best sis…. tempat skodeng orang mandi…. hahaha… (gurau jer tu)… tapi betui juga kan…. bila awek2 mandi kat sungai tu, mulalah pakwe2 tu betenggek kat atas sungai tu pulak…. tu kira skodeng ker tu yer….. ermmm…
Reply
Maya
May 02. 2008
kalau skodeng, dia intip2, dengan perasaan berjaga-jaga, awas kedapatan. Tapi di situ tu, free bah.
Reply
Em's
Sep 02. 2008
uiii….kamu ni..x bagus bah 2 skodeng…nnt tumbuh biji2 d mata…apa perkembangan terbaru Twu ni????lama sdh aq x balik Twu ni…
Reply
sweety
Nov 15. 2008
allo.. tawau memang best gile… ridu la kat tawau.. pa lagi kat taman bukit tawau… tenang jo….
Reply
perakang blues
Sep 12. 2010
tawau best rindu tawau…….taman bukit tawau tmpt temui jodoh.
Reply
Ais-Yah
Nov 03. 2011
hebAT bha d sna……
Reply