“Oooo nak, pakai tali pinggang, nanti kena saman RM300,”
Itu adalah nasihat seorang pakcik teksi setiap kali dia mengambil penumpang sepanjang perjalananku pagi tadi. Aku yang duduk di seat depan sempat memerhati memek muka 3 penumpang lain yang diarahkannya memakai tali pinggang, rela dalam paksa saja aku rasa…. Seorang saiz M, seat tengah tu XL dan tepi L… aku dapat rasakan mereka kurang selesa, lebih-lebih lagi yang ditengah itu penumpang lelaki dan diapit awek bertudung.
Menyedari penumpangnya berkerut muka, pakcik teksi berkata,
“Apa boleh buat nak, ini perintah kerajaan, sudah berkuatkuasa 1 haribulan, mesti semua penumpang kena ikat” Geli hatiku bila dengar perkataan “kena ikat” seolang-olah menjelaskan situasi lelaki XL seat belakang di tengah2 itu. Mungkin dia faham part mana yang aku geli hati, terus penumpang XL itu membuat lawak…
“Yalah pakcik, aku macam gajah di ikat di belakang ni… talinya ni pun macam hampir tidak dapat ikat aku…” pakcik teksi itu menyambung… mesti ikat tu nak, nanti ko teumban macam hantu dalam iklan TV tu …. terus datang hantu gajah “kan aku sudah kasi tau… pakai tali pinggang belakang” Semua penumpang dalam teksi itu pun ketawa…
Pakcik ni bijak berjenaka, berisi pula tu…
Info selanjutnya mengenai kisah tali pinggang belakang di Tawau, ikuti laporan Bernama ini
Comments
Powered by Facebook Comments









pakai jangan ndak pakai…bagus lagi itu rm300 kita buat makan2
angriani’s Terkini di blog…Lapis…Lapis
Reply
nasib kreta ku kreta klasik…
undang2 ni mau tengok kreta jugak..
model tahun 95 kebawah tidak pa2…
ehehhehhe…
Reply
Hahahahaha…. locoknya…
Adry’s Terkini di blog…Si Riben Merah…
Reply
pakai jangan tak pakai…
Reply
tak berapa setujulah dengan undang2 baru ni. tak berapa praktikal rasanya
Reply
Sis… kalau tak silap aku la kan… teksi dan kenderaan perkhidmatan awam dikecualikan dari peraturan ni…
Adry’s Terkini di blog…Doa Qunut Nazilah
Reply
yup maya kenderaan awam dan pekerjaan tak pyh pki seat belts.
btw mana p? ym tadak emel kontek kot sni pn tadak reply
keroro’s Terkini di blog…Kisah Hulubalang Tambun #1
Reply