Tak sabar, memang tidak sabar langsung, rasa exited amat sangat, happy bukan kepalang, dan aku bersyukur aku bakal menyaksikan Konsert Mak Yong Telekom dalam tiga hari lagi. Kepada yang tidak tahu, konsert ini adalah konsert paling aku tunggu2 sejak 4 tahun lalu, sebuah konsert yang akan membuat malamku tidak lena, siangku semakin singkat… Mari aku kisahkan!
Petang Isnin, aku dihubungi oleh seorang teman yang bekerja di Telekom. Dia memberitahu bahawa lorong Mak Yong yang aku tinggali ini sudah boleh pasang streamyx. Aku diminta untuk membuat permohonan segera dan mengabaikan permohonan pemasangan internet yang aku follow kisahnya setiap bulan, setiap tahun. Di pendekkan kisahnya, petang tadi aku kunjungi Telekom Point Tawau untuk urusan pendaftaran dan pemasangan streamyx. Seperti biasa juga, layanan mesra staff mereka di kaunter depan diberikan, sambil nombor giliran diberikan. Bila tiba giliranku, aku pun berurusanlah dengan staff TM Point itu.
Sebenarnya tidak ada masalah sepanjang urusanku tadi, cuma kata-kata staff yang mengambil data pendaftaran akaunku itu mengatakan sesuatu kepadaku berkaitan dengan akur janji kontraktor pemasangan streamyx. Katanya, aku perlu menyediakan wang RM50 untuk pemasangan kabel dari tiang port telefon ke rumahku dan kalau lebih dari 5 meter, aku akan dikenakan RM5 semeter. Seperkara lagi, tempoh yang perlu aku tunggu untuk proses pemasangan itu adalah selama 3 hari, so kalau selepas 3 hari tidak ada juga kontraktor telekom pasang, aku boleh membuat follow up dan aduan sekali.
Satu hal lagi yang aku tanyakan untuk kepastian, mengenai bil pertama aku nanti. Menurutnya, pakej RM110 yang aku apply itu akan masuk ke bil bulan pertama dan mengingatkan aku agar tidak terkejut kerana jumlahnya itu nanti adalah double iaitu RM110 X 2 iaitu bersamaan RM220 untuk pakej streamyx aku nanti. Mengenai bil telefon pula, katanya aku hanya akan dicas untuk tidak sampai RM10 kerana pakej telefon ke rumahku adalah telefon top up. So end of all, bulan pertama aku akan mendapat bil tidak melebihi RM230. Aku lupa nama staff itu, namun yang pasti aku berada di kaunter kedua, dan aku ada saksi sekiranya maklumat ini tidak betul. Wah macam penjahat saja bunyiknya kan. taklah, aku happy sebenarnya…
Aku sebenarnya mempunyai satu akaun streamyx untuk tujuan perniagaan kecil, namun tempat kediamanku di lorong Mak Yong itu sudah 4 tahun terbiar dari perhubungan luar. Maksudku, 4 tahun lalu di loron Mak Yong itu ada talian telefon, namun angkara vandalism iaitu kegiatan curi kabel, impian ber-streamyx di rumah hanya menjadi igauan sahaja. Nasib ada Celcom broadband, meskipun selalu buat hal, dengan berokbeng itulah aku online, termasuklah sekarang ini.

Orang lain di luar sana selalu bising bila talian bermasalah, malah mencarut pun sudah biasa lewat penulisan blog mahupun aksi kartun. Biarlah aku kamu katakan terlewat untuk berasa exited, tapi itulah yang aku rasakan sekarang ini. Ya, aku mahu lebih menumpukan kepada beberapa perancangan online aku yang selama ini tidak bergiat cergas, manalah tau rezeki boleh bertambah, rezeki iklan online, rezeki buat web, rezeki semakin dekat dengan jodoh? Wah ahahahaha… amin!
Ini adalah kisah penyiksaan aku selama ini klik
Comments
Powered by Facebook Comments










pakej 1mb memang hebat. lagi kalau ada modem wireless. paling aslinya suda online dari katil baring2…
Reply