Pergerakan Pemuda Umno Tawau hari ini mengeluarkan kenyataan dalam pesanan laman sosial facebook mengenai kesediaan mereka untuk membuat tajaan perbelanjaan kepada belia Tawau yang mahu berenang ke Nunukan, Indonesia merentasi Teluk Cowie. Respon ini dikeluarkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Tawau yang menerima pautan kisah kejayaan rakyat Indonesia, Ibrahim Rusli, 46 tahun yang aku muatkan dalam blog ini pada 13 Januari 2011 lalu. Kisahnya anda boleh ikuti di sini
Jadi kepada belia Tawau, inilah masanya untuk anda menyumbang sesuatu yang bermakna kepada Tawau dengan merebut peluang ini. Sama seperti yang pernah perenang Indonesia, Ibrahim Rusli, katakan, melalui sukan kita boleh mengeratkan hubungan dua negara dengan mencipta kejayaan demi kesejahteraan semua pihak. Beliau turut percaya pada usaha yang gigih dengan semangat yang kuat, segalanya tidak mustahil, malah turut menyeru agar jangan takut pada kegagalan, kerana kegagalan itu adalah kejayaan yang tertunda.
Comments
Powered by Facebook Comments










kalau aku pandai berenang, kompom aku sahut ini cabaran. hahahha..
Reply