2

Sudah bengap lagi nak show bengong

Maaf berkasar bahasa kali ini tapi kadangkala berkasar2 begini untuk melontarkan rasa yang berbuku merupakan terapi yang baik. Kalau anda tidak bersetuju, jangan baca entry ini kerana mood entry ini mengandungi ceritera amarah. Kepada yang masih mahu baca dan menyelami amarah ini, aku tidak akan halang cuma di akhir nanti anda akan perlu berkira untuk menjadi apakah anda selepas ini. Itu pun kalau anda seorang yang peka dan bukannya bengap untuk memahami kisah ini.

Satu pertandingan telah dianjurkan, dan pemilihan ke final diadakan tadi. Sudah menjadi adat pertandingan, pasti ada kalah dan menangnya. Yang menang pasti gembira dengan usahanya, tapi sedikit sumbing happynya bila ada yang tahu itu bukanlah kejayaan mutlak anda melainkan ianya hanya ciplakan semata-mata. Yang kalah pula, selalunya tidak puas hati, busuk hati, mengapi-apikan rakan untuk mempertikai sipemenang. Dia akan meluahkan rasa dan show dengan sesiapa sahaja yang akrab untuk tidak menerima kekalahan yang akhirnya akan memberontak dengan pelbagai cara secara terang-terangan ataupun dengan aksi lempar batu sembunyi tangan.

Punca kekalahan yang dikenalpasti juri:

  • Pertama bengap untuk memahami syarat-syarat penyertaan.
  • Kedua mereka bengap untuk memahami tersurat dan tersirat yang dimahukan pengadil.
  • Ketiga mahu tunjuk dengan orang bahawa dia juga hebat dan ikut bertanding.
  • Keempat daya imiginasi kureng.

Cukup empat, kalau bagi lebih lagi pedih mata membaca.

Iklan: Pesan Cikgu Hamisah, kalau menulis angka dalam karangan, angka satu hingga enam ditulis menggunakan ejaan angka dan selepasnya selalunya guna angka saja.

Nota penting.
Kalau juri sudah buat keputusan dan anda tidak puas hati dengan pengendalian pengadilan, anda boleh meraguii ketelusan pengadilan dengan cara:

  1. Menemui ketua juri dan bertanya secara beradat.
  2. Kalau berat mahu berjumpa, mesej ketua juri itu, dan nyatakan pendapat anda mengenai apa yang buat anda tidak puas hati.
  3. Bila dapat respon, baca dan fahami setiap baris ayatnya

Ingatan penting.
Ikut pertandingan apa lagi yang tiada yuran bertanding perlu bersedia untuk menerima pelbagai kemungkinan. Hakikat keputusan juri adalah muktamad perlu diterima dengan hati yang terbuka, buka ruang hati anda untuk berkata, ah at least aku sudah mencuba, aku tiada rezeki untuk menang lagi. Ada contest di lain hari aku akan cuba dan akan membaiki kelemahan yang aku ada hari ini.

Janganlah mahu menyamar-nyamar, ada logo kawanku yang tidak terpilih, terus terang sajalah. Beratkah mahu berterus-terang? Atau adakah zon selesa anda adalah untuk berpura-pura di sebalik skrin laptop atau monitor?

Siasatan anda tidak tepat.
Kedapatan betul lah… spy yang anda pasang itu tidak cekap dan juga bengap… atau adakah anda sememangnya bengap hanya melihat gambar dan terus menghambur kata-kata tuduhan pengadilan biased.

Aku hadir ke mesyuarat tadi sebagai AJK TBU yang dipanggil untuk diberi penjelasan mengenai agenda mesyuarat yang lain. Aku bertindak sebagai berkecuali dan tidak mengundi pun. Untuk pengetahuan, walaupun terpilih, tapi semasa pengundian aku hanya berdiam dan tanpa memberi sebarang respon apa lagi mahu menjerit itu logoku, wajib masuk final!

Apa yg terjadi tadi adalah pengadilan secara telus kerana ianya berdasarkan suara ramai berdasarkan pemilihan yang mengikuti syarat2 yang telah ditetapkan. Even datuk pun ada pilihan logonya ditolak suara ramai. Meragui keputusan juri samalah seperti tidak menghormati keputusan juri.

Oi… sudahlah bengap lagi mo show bengongkah?

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Blog, Peribadi Tags: ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

2 Responses to "Sudah bengap lagi nak show bengong"

  1. lisa ali says:

    Nahh…

    kalo diikutkan hanya beberapa logo yang memenuhi kriteria. Tak sampai sepuluh. Rata2 bagi letak lambang Sabah, tapi bukan keunikkan Tawau. Yang ada orang kata juri ndak dapat beza POSTER dan LOGO itu lagi sandi.. Nduk na, pigi sekolah ba juri ni kesian… Perkara pertama yang dinilai adalah berdasarkan syarat-syarat pertandingan. Ini adalah guideline juri. Ndak susah sebenarnya syarat-syaratnya cuma kurang penghayatan..

    Reply

  2. Gen2Merah says:

    memang dah adat kalau orang dah kalah ni.. ada je yang tak dipuas hatinya… sabar2 lah wahai juri2..

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.