Suasana di Tawau bila Malaysia vs Indonesia

Meskipun kalah 2-1 dalam pertemuan kedua menentang Indonesia semalam, kelebihan agregat 4-2 telah melayakkan skuad kebangsaan K.Rajagobal menjulang Piala AFF-Suzuki 2010. Di Tawau, suasana cemas seawal minit pertama perlawanan dapat disaksikan di hampir semua restoran, apatah lagi bila ada saja percubaan jaringan gol, pasti ada saja yang melemparkan emosi mereka tanpa ada rasa segan lagi.

Untuk mengabadikan suasana itu, aku dan Lisa mengambil kesempatan untuk meronda-ronda beberapa port tumpuan kaki bola terutamanya restoran di bandar Tawau untuk melihat sendiri gelagat mereka.

.
Kami mulakan rondaan kami di Arena The Stadium Cafe dan kemudian ke Restoran Singgah Selalu. Memang ramai pelanggan kedua-dua tempat ini dan memandangkan masih di awal permainan, belum ada sorakan kedengaran cuma sorakan kecil saja mungkin geram order yang dihantar adalah salah.

.

Lokasi Ba Zhong kami kunjungi dan suasananya tidak kurang meriahnya, restoran full, semua kerusi rasanya telah dikeluarkan untuk menampung pengunjung yang mahu menyaksikan perlawanan Malaysia – Indonesia itu.

.

Selanjutnya kami ke highway dan ternyata itulah port paling hot malam tadi, semua gerai di pinggir laut itu full dan aku perhatikan si penjual sayap ayam tidak berhenti-henti mengipas sayap jualannya. Penonton? Siap duduk santai di kaki lima longkang macam acara piknik, duduk atas pagar pembahagi jalan . Semua ini gara-gara bola!

Lisa ada bertanya kepadaku katanya apa faktor yang sebenarnya membuat satu-satu lokasi itu menjadi tumpuan kerana menurutnya, kalau nak ikut syarat utamanya adalah skrin besar, beberapa lokasi yang mempunyai skrin besar kurang pengunjungnya. Aku tidak tahu samada dia bersetuju atau tidak, kataku faktor utamanya adalah kalau orang minat bola dan orang kenal dia minat bola sudah pasti ada yang akan lepak untuk sembang termasuklah berkongsi layar yang sama demi bola.

.

Univilla tidak kurang hebatnya, kami tidak berkesempatan untuk santai bersama menyaksikan bola namun aku dan Lisa sempat capture beberapa gambar yang terkandung di dalamnya beberapa wajah yang kami kenal.

Dalam kemeriahan kami meronda semalam, kami berkesempatan bertemu dengan pemimpin yang turut turun padang untuk menyaksikan detik penting dalam sukan bolasepak negara itu. Datuk Hamisa Samat dan YB Muis Pichu dan beberapa pegawai kerajaan turut berada di perkarangan Wisma Wakaf.. Siapa kata wanita tidak minat bola… lihat saja pemimpin wanita kita ini.

End of all.. congratulation National team!

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

2 Responses to “Suasana di Tawau bila Malaysia vs Indonesia”

  1. Gen2Merah

    Dec 31. 2010

    semalam kami kat restoran Era di fajar.. Lokasi berhadapan dengan rumah DOA. kat situ pun meriah sangat semalam

    Reply

    Maya reply on December 31st, 2010 12:09 AM:

    kalau kami tau, singgah bah kami minta belanja teh tarik semalam

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge