1

Statistik kecelakaan jalan raya di Tawau

Tahniah atas usaha murni Junior Chamber International Tawau (Malaysia) kerana mewujudkan papan tanda yang memaparkan kadar kemalangan dan kematian jalan raya di Tawau. Lokasi papan tanda ini boleh ditemui menghala ke Jalan Kuhara, dekat Takada, Tawau. Aku akui ianya banyak memberi motivasi kepada pengguna jalan raya dan aku sendiri bila melalui lokasi papan tanda ini, pasti akan memerhatikan statistiknya.


Dalam statistik itu menyatakan jumlah kemalangan dan kematian jalan raya di Tawau pada tahun  2008 mencatatkan 1422 kes kemalangan jalan raya dengan 47 kematian. Tahun 2009 kadar kemalangan dan kematian jalan raya di Tawau menurun kepada 1541 kes kemalangan dan 34 kematian. Namun sehingga catatan terakhir September 2010 kadar kemalangan dan kematian jalan raya di Tawau mencatatkan 1125 kes kemalangan dengan 29 kematian yang dilaporkan.

Agak-agaknya, bilakah statistik ini akan diupdate?

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Aduan Tags: , ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

One Response to "Statistik kecelakaan jalan raya di Tawau"

  1. BlueGene says:

    Assalam alaikum

    2010 setakat September. Kemalangan 1126 kes. Kematian 29 kes. Kes kematian mencatatkan penurunan. Kes kematian walaupun menunjukkan perubahan tetapi masih lagi bersifat “kilo.”

    Seandainya 1126 buah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalanraya, di mana setiap kenderaan secara purata tiga atau empat orang di dalamnya, pada kebarangkalian dua atau tiga orang dalam kenderaan yang terlibat dengan kemalangan itu mengalami kecacatan fizikal.

    Jalan-jalan utama yang sering berlaku kemalangan jalanraya perlu diletak papan tanda yang memaparkan statistik nahas jalanraya. Selain memberi motivasi mengajar dan mendidik atau “menaubat” para pengguna agar berhati-hati di jalan raya.

    NGO lain seperti Lions Club, Rotary Club International, dan lain-lain perlu meneladani Junior Chamber International (JCI). Majlis Perbandaran Tawau (MPT) pun perlu memainkan peranan yang lebih aktif dan berkesan. Bukan setakat “ada main peranan.”

    Kemalangan tidak boleh dielak tetapi boleh dicegah. Seandainya dapat dicegah kematian dapat dikurangkan walaupun kematian itu ada di mana-mana termasuklah di jalanraya.

    Adieu…

    P/S: Kemalangan yang menyebabkan maut / kematian di seluruh Malaysia mengikut kajian secara purata 18 maut / kematian setiap hari, dari pagi hingga ke petang. Bosan melihat statistik maut tiap-tiap tahun :(

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.