10

Stacy sumandak pertama juarai AF.

Tahniah Stacy, ko memang sumandak yang terhebat di Sabah kerana menjadi Juara Akademi Fantasia Musim ke-6, yang juga memecahkan rekod-rekod yang pernah dicipta oleh bintang AF lalu, Marsha, Velvet, Mas, Heliza, Yazer, Adam, Ebi, Felix, Lotter dan Rachael. Kemenanganmu pastinya akan memberi keyakinan kepada remaja Sabah yang mahu terkenal dengan program realiti televisyen pada masa akan datang.

Semalam, ketika melihat final AF6, aku hanya berpegang pada satu kenyataan bahawa hebat macam mana pun, berbakat macam mana pun, belum ada sejarah Sabah menang AF dan tradisi itu belum pernah dilanggar Astro. Tapi, ko memang bertuah dan bernasib Stacy, harap-harap tuahmu dan diiringi dengan bakatmu yang hebat, akan memberi kejayaan lagi gemilang di masa akan datang.

Cuma ada beberapa kenyataan dan cabaran yang perlu ko hadapi selepas ini…

  1. Akan adakah komposer atau syarikat penerbitan akan menawarkan pembikinan album segempak Mawi?
  2. Adakah ko akan menjadi popular seperti Adam, setiap album pasti boom?
  3. Bersediakah ko menjadi penghibur yang tidak lagi pakat loghat Sabahan?
  4. Bersediakan ko mendisiplinkan diri sebagai artis?
  5. Mampukah ko menjadi artis yang boleh diterima oleh masyarakat Malaysia?

Alamak, terlebih sudah… Macam mengirim email sama Stacy ja ni… Wah!

Haha…

P/s: Sekarang ni musim pesta kaamatan, pasti meletup sambutan kemenanganmu di unduk ngadau nanti tu kan.

Ni result AF6:

1. STACY
Atas Nama Cinta (Rossa)
Aku Stacy (Lagu Baru)

2. RIZ
11 Januari (Gigi)
Hanya Sandiwara (Lagu Baru)

3. NUBHAN
Bukan Di Sini (Sofaz)
Ada Untukmu (Lagu Baru)

4. TOI
Cinta Zulaikha (Mawi)
Paling Terindah (Lagu Baru)

5. NADIA
Aku Lebih Tahu (Mila AF5)
Kalut Lagi Mengarut (Lagu Baru)

Tambahan dari petikan Akhbar Metro mengenai stacy.

Malam Stacy
Oleh Rudy Imran Shamsudin

“BARANGKALI ramai beranggapan kemenangan Stracie Angie Anam atau Stacie, 18, yang menjuarai Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6) kerana rezeki.”

Pengetua AF6, Ramli MS bagaimanapun menjelaskan, rah sia sebenar kejayaan peserta berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu usaha keras dan mengamalkan segala tunjuk ajar diberikan guru.

Ketika ditemui sebaik konsert akhir AF6 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil tamat, kata Ramli, tidak sekali pun Stacy dilihat kurang serius sepanjang tiga bulan berada di Akademi. Perkara itu turut disedari penonton dan penyokong setia.

Apa yang lebih membanggakan pengarah muzik itu apabila Stacy pernah membuat permintaan agar dalam tempoh terhad, tenaga pengajar mencurahkan sebanyak mungkin ilmu kepadanya supaya selepas keluar Akademi, dia mampu menjadi penghibur serba boleh.

Wakil media sendiri yang menemui Stacy pada majlis sidang akhbar tersentuh hati apabila peserta yang popular dengan ayat pengenalan ‘terlebih sudah’ itu memberitahu, ada sebab mengapa dia perlu bekerja keras sepanjang menyertai AF6.

Jelas Stacy, kepayahan hidup dilalui keluarganya sehingga tidak mampu meneruskan persekolahan menyebabkan pe luang diberi pihak penerbitan untuk menyertai AF6 di gunakan sebaik mungkin.

“Saya pernah bekerja di kelab sebagai penyanyi pada waktu malam bagi membiayai persekolahan. Bagaimanapun me ngenangkan empat lagi adik yang masih bersekolah dan lebih memerlukan menyebabkan saya terpaksa berhenti dan mem biayai pengajian mereka.

“Saya sendiri tidak sempat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bukan saya sengaja tidak mahu sedangkan saya tahu ilmu itu penting.

“Pada saya, hanya dengan ilmu mampu membawa keluarga keluar daripada kemiskinan. Namun, desakan hidup me maksa saya membuat keputusan itu. Waktu itu bapa (Anam Bayar, 47) hanya berkerja sebagai buruh kontrak membuat jalan dan ibu (Agnes Kallos, 50) sudah tamat perkhidmatan.

“Tahun ini saya merancang kembali belajar dan menduduki peperiksaan SPM, namun peluang untuk menyertai AF6 datang. Kerana tahu ia dapat mengembangkan lagi bakat yang ada saya terus terima lamaran Astro.

“Begitupun ia tidak bermakna saya tidak mahu terus belajar. Jika ada rezeki saya tetap akan menamatkan pelajaran saya di peringkat menengah,” katanya penuh jujur.

Katanya lagi, apabila diberi peluang belajar dalam bidang nyanyian yang amat diminati menyebabkan dia memberikan tumpuan sepenuhnya di setiap kelas disediakan di Aka demi.

Baginya peluang diberikan hanya datang sekali dan atas alasan itu dia tidak mahu mensia-siakannya walaupun se minit.

Ada antara pengikut setia program realiti TV tempatan sudah mengenali Stacy menerusi Gangstarz sewaktu dia dan kumpulannya Evoke bersaing dalam rancangan terbitan TV3 itu.

Stacy tidak menafikan pengalaman diperoleh sewaktu me nyertai Gangstarz musim pertama, sedikit sebanyak mem berikannya kelebihan terutama membabitkan aksinya di atas pentas dan berhadapan dengan penonton.

Manisnya apabila Stacy menjadi juara AF6 pertama berasal dari Malaysia Timur dengan memperoleh jumlah undian SMS sebanyak 43 peratus.

Dia mendendangkan lagu Atas Nama Cinta dendangkan asal Rossa dan lagu baru Aku Stacy, meninggalkan jauh pesaing terdekatnya, Mohammed Idris Mohd Zaizizi (Riz), 22, yang menerima 18 peratus undian, Ahmad Nubhan Ahamad (Nubhan), 22, (14 peratus), Khairul Nizam Baharom (Toi), 31 (13 peratus) dan Nadia Haswani Hasnan (Nadia), 18, (13 peratus).

Selaku juara, Stacy menerima hadiah bernilai RM733,734 berupa sebuah banglo empat bilik, kereta, wang tunai, pakej percutian selama tujuh hari lima malam di Itali, pakej pelancongan ke New York, Amerika Syarikat, Sony Pla ystation dan trofi.

Riz yang pernah menyertai rancangan Gangstarz bersama kumpulannya, Equel Star cukup berpuas hati dengan pen capaiannya apabila muncul naib juara.

“Berada di tempat kedua tidak bermakna saya kalah dengan Stacy. Sebaliknya saya bersyukur dan menganggap ini rezeki yang sudah ditentukan. Perjuangan saya sebenarnya baru hendak bermula dan saya akan membaiki segala kelemahan selepas ini,” katanya.

Riz mendendangkan lagu kumpulan Gigi, 11 Januari dan lagu baru, Hanya Sandiwara pada konsert akhir turut me ngakui di peringkat awal penyertaannya di AF6 timbul perasaan terlalu yakin dan tidak serius sewaktu mengikuti pembelajaran di Akademi.

“Hendak diikutkan saya tidaklah main-main sangat se panjang dalam Akademi. Sebenarnya saya turut serius belajar. Dua perkara ini saya seimbangkan.

“Bagaimanapun, mungkin pihak produksi lebih banyak menunjukkan saya bermain daripada belajar dalam ran cangan Diari AF6,” katanya.

Selaku pemenang tempat kedua, Riz menerima hadiah bernilai RM96,076 berupa kereta, wang tunai, pakej percutian tujuh hari lima malam ke Itali, baucar melancong, Sony Playstation dan trofi.

Sementara pemenang tempat ketiga, Nubhan menjelaskan masalah lontaran suara yang dihadapi apabila setiap kali konsert mingguan berlangsung berpunca daripada perasaan gementar dan kurang yakin.

“Sedangkan sebelum itu apabila raptai penuh diadakan saya tidak ada masalah hendak menyanyi. Mungkin kerana takut dengan penyingkiran menyebabkan ia berlaku,” katanya

Nubhan turut menafikan dia mengada-ngada dengan mem buat pelbagai permintaan sepanjang berada dalam Akademi dan tidak serius apabila belajar.

Katanya perkara itu berlaku kerana dia tertekan sepanjang tiga bulan mengikuti rancangan realiti TV itu.

Nubhan yang mendendangkan lagu dipopularkan kum pulan Sofaz, Bukan Di Sini dan lagu baru Ada Untukmu di malam konsert akhir menerima hadiah bernilai RM21,199 berupa wang tunai, pakej percutian ke Itali tujuh hari lima malam, baucar pelancongan, Sony Playstation dan trofi.

>Profil

Nama Penuh: Stracie Angie Anam

Panggilan: Stacy

Tarikh Lahir: 18 Ogos 1990

Umur: 18 tahun

Asal: Kota Kinabalu, Sabah

Keturunan: Kadazan

Tinggi: 155 cm

Berat: 51 kg

Hobi: Menyanyi dan Menari

Penyanyi Idola: Christina Aguilera dan Felix AF3

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2008, Peribadi Tags: , , ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

10 Responses to "Stacy sumandak pertama juarai AF."

  1. ami says:

    aku ndak tgok dri awal konsert semalam…
    da setengah jalan bru aku trbangun dri lena..huhuhu..
    apa2pun aku epy tgok sabahan jadik jora af..aramaiti!!!
    baccat tgok bdk2 smenanjung yg trep2 hebat sudah!!!

    Reply

  2. Maya says:

    Ko ada Afundi Stacykah AMI?

    Reply

  3. tatai says:

    padan muka c nadia yg betrep bagus..kiranya hebak..sekali nombor uncit jugak!!makn mu tawau!!..hahahhaha..alamak talebih sdah…

    Reply

  4. friendly says:

    nah c tatai… ndak paham kunuk apa yang ko taip ini…. heheheee…. selamat berjaya la tatai dalam biznes mu tu, boleh aku makan pree kat kedai ko nanti ya….. :)

    Reply

  5. Maya says:

    Respek kat Stacy, walaupun dia tiada kelulusan SPM, dia mampu menjadi juara. Kalau hal dia terpaksa berhenti sekolah kerana mahu adik2nya berjaya diketahui awal2 musim AF6 ni, aku jamin SMSnya lagi meletup. Bukan calang2 orang Stacy ni…

    Reply

  6. friendly says:

    tapi kat gangstarz musim pertama dorang kuar awal pulak…. hehe….

    Reply

  7. tanakwagu says:

    saya memang dah agak stacy menang. tiada can astro main buyuk kali ini kerana stacy maintain dari first konsert. so tiada alasan astro utk bagi kemenangan kepada orang lain. walau bagaimanapun saya terkilan kerana nadia paling bawah.

    Reply

  8. dann says:

    Ramai sudah ‘sabahan singer/performer’ yang lahir dari rancangan tv yang berkonsepkan ‘reality show’. Antaranya Nikki, Fiza, Fiq, Ayu, Linda, Adam, Felix, Marsha, Yazer, Lotter, Velvet, Ebi, Candy dan kini yang terbaru Stacy memasuki kelompok tersebut. Ada yang berjaya dan sempat merakamkan album, ada yang dalam proses pembikinan dan ada yang terus menghilangkan diri. Tapi antara mereka, secara peribadi..saya menyukai suara Velvet..komersial dan mempunyai ‘class’ yang tersendiri setaraf penyanyi Indonesia. Tapi sayangnya, album Velvet tak ‘release-release’ lagi..! Entahlah, samada ‘material’ tak cukup? atau soal bajet? Atau masalah produksi, pasaran, promosi dan banyak lagi? Akhir kata, semoga mereka-mereka ini yang lahir dan terjun ke bidang industri muzik yang glamour ini terus kompetitif, dan saya sebagai anak sabah..terasa amat bangga dengan pencapaian tesebut…ALAMAK TERLEBIH SUDAH…! wah..!

    Reply

  9. Green Bass Guitar says:

    Ooh shoot i just wrote a big comment and as soon as i hit reply it came up blank! Please tell me it worked correct? I dont want to submit it again if i do not have to! Either the blog glitced out or i am an idiot, the second option doesnt surprise me lol. thanks for an excellent weblog!

    Reply

  10. nurleyana bte jalaludin says:

    stacy jadi juara dan popular je

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.