Message SMS:
KEPADA KWN-KWN SEMUA YANG DIKASIHI JIKALAU ANDA MENDAPAT PANGGILAN TELEFON YANG BERNOMBOR PANJANG CNTH: 62852731520946 DAN NOMBOR ITU BERWARNA MERAH, DIHARAP-HARAP SANGAT JANGAN DIANGKAT DAN DIJAWAB PANGGILAN ITU INI KERANA DI INDONESIA SEKARANG SEKUMPULAN PENUNTUT ILMU HITAM SEDANG MENGUJI ILMU MEREKA MELALUI TELEFON. JIKA SESIAPA YANG MENJAWAB PANGGILAN ITU MULUT AKAN BERBUIH DAN AKAN MATI SELEPAS ITU. DI INDONESIA SUDAH 9 ORANG MATI DAN MALAM TADI DI PUCHONG 2 ORANG MATI. INI BENAR-BENAR TERJADI. TOLONG SEBARKAN MESG INI.
Semalam inilah topik perbualan kami sekeluarga, SMS ilmu hitam. Aku langsung tidak percaya dengan semua ini… bagi aku ianya hanya untuk menyesatkan kita dan ianya tidak jauh berbeza dengan pelbagai tektik iklan SMS yang hanya akan menghabiskan kredit. Buang masa sahaja nak takut dengan perkara sebegini.
Perkara SMS macam ini sudah lama berlaku di Indonesia dan TERNYATA satu pembohongan…buktinya :
PELAKU PENYEBAR NOMER SETAN MENGAKU
TANJUNGUBAN – Heboh nomor ponsel yang bisa “menyantet” orang yang konon ada warga yang tewas akhirnya terkuak.
Si pengirim ternyata bukan dukun santet atau dukun ilmu hitam, tapi hanya anak baru gede (ABG) yang iseng ingin mengerjai teman-temannya.
Dari penelusuran Batam Pos, Rabu (7/5) akhirnya terkuak siapa yang pertamakali mengirim SMS yang mengatasnamakan 0866. Pengirim pertama SMS tadi yaitu ABG yang berasal dari Tanjunguban, Bintan Utara.
“Awalnya SMS ini dikirim untuk mengusili kawan-kawan saja,” ucap ABG yang mengaku mengirim SMS juga kepada Batam Pos, Rabu (7/5). ABG perempuan yang namanya tak mau disebutkan menerangkan, SMS tadi dikirim saat dirinya tak ada kegiatan sehingga dirinya terkenang dengan teman-temannya. Saat teringat dengan rekannya tadi, Ia iseng-iseng mengirimkan SMS dengan nada sedikit usil.
Adapun isi SMS tadi yaitu meminta teman-temannya untuk berhati-hati jika menerima SMS dari nomor 0866 dengan tampilan warna merah di layar ponsel. Sebaiknya tidak diangkat karena bisa menyebabkan orang yang mengangkatnya meninggal dunia.
Masih menurut SMS tadi, di Jakarta disebutkan kalau ada orang yang meninggal dunia setelah membuka. Untuk meyakinkan rekan-rekan tadi, ia meminta agar SMS ini diteruskan ke nomor yang lain. Ia tak menyangka kalau SMS untuk mengisengi teman-temannya menyebar luas sampai keluar Kepri. Untuk itu, Ia perlu meluruskan masalah ini agar tak membuat warga merasa resah.
Sumber: BatamPos
Tambahan info (thx Mr Budihermawan):
Panggilan santau karut
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Amir Abdul Hamid, Salman Hamat, Norfaisal Jahuri dan Sulaiman Salleh
KUALA LUMPUR: Menggemparkan! Ramai pengguna telefon bimbit mula panik berikutan penyebaran SMS yang meminta orang ramai berhati-hati dengan panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang kononnya boleh membunuh mereka sejurus menjawab panggilan itu.
Lebih menakutkan apabila kandungan SMS itu mendakwa panggilan maut itu sudah meragut sembilan nyawa di Indonesia sejak bulan lalu dan kini mula menular kepada jutaan pengguna telefon di negara ini bagi menagih korban terbaru.
Kemunculan SMS peringatan berhubung panggilan maut yang kini amat digeruni penduduk Indonesia dikesan mula diterima pemilik telefon bimbit di negara ini sejak minggu lalu dengan amaran supaya tidak menjawab panggilan telefon daripada nombor melebihi lapan angka itu.
Malah, panggilan terbabit yang turut digelar di Indonesia sebagai panggilan santet, deringan syaitan atau telefon maut, didakwa angkara pengamal ilmu hitam yang kononnya mahu menguji tahap keberkesanan ilmu hitam dipelajari.
Berdasarkan laporan media utama Indonesia, penerima panggilan itu bakal menjadi mangsa ‘kes pembunuhan jarak jauh’ didalangi dukun ilmu hitam yang menghantar syaitan atau jin melalui panggilan telefon untuk membunuh mangsa.
Bagaimanapun, dakwaan terbabit dianggap tidak berasas kerana tiada yang dilaporkan mati setakat ini berkaitan penerimaan panggilan maut yang kini merebak ke Malaysia, dipercayai dibawa rakyat negara berkenaan.
Siasatan dilakukan pihak berkuasa Indonesia mendapati nombor pengirim SMS itu berasal dari Sumatera Selatan dan Kepulauan Riau, Indonesia.
Susulan maklumat dikumpulkan, seorang remaja perempuan yang disyaki mencipta dan menghantar SMS terbabit sudah ditahan minggu lalu oleh polis Indonesia di Riau.
Selepas disoal siasat, remaja terbabit mengaku menyebarkan SMS itu hanya untuk gurauan kepada rakannya.
Perkara itu didedahkan Ketua Bahagian Umum Direktorat Jenderal Pos dan Telekomunikasi Indonesia, S Dewabrata kepada media, Selasa lalu, yang mendakwa SMS terbabit dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu bagi mengaut keuntungan selain meningkatkan jumlah pelanggan talian prabayar.
Bagaimanapun, kegemparan mengenai kes itu berterusan apabila laman web berita Kompas.Com semalam melaporkan, seorang pegawai bank ABN di Jalan Petamburan, Jakarta, menjadi individu terbaru menerima panggilan berkenaan selepas M Fani Bratawijaya, 25, sebelah tengah hari.
Pejabat Harian Metro di sini, Melaka dan Seremban turut dihujani panggilan telefon bertanyakan mengenai SMS terbabit.
Mesej sepanjang 73 perkataan itu menyatakan kumpulan terbabit akan menghubungi sesiapa menerusi talian antarabangsa secara rambang dan sebaik saja mangsa menjawab panggilan itu mereka kononnya akan mati terkena sihir.
Pengguna telefon bimbit talian prabayar, Ismail Che Nordin, 42, turut melahirkan kegelisahan selepas menerima SMS terbabit sebaik tiba di pejabatnya di Taman Segar, Cheras, pagi semalam.
Menurutnya, kemunculan SMS itu boleh mencetuskan ketakutan kepada orang ramai yang menyangka panggilan santau benar-benar wujud dan boleh mendatangkan malapetaka kepada pemilik telefon bimbit.
“Lebih menakutkan apabila SMS terbabit mendakwa dua mangsa di Puchong sudah mati dan meminta disebarkan kepada umum,” katanya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat di Selayang di sini.
Di SEREMBAN, seorang pekerja swasta yang hanya mahu dikenali Sufiah berkata, dia mengetahui mengenai penyebaran SMS itu daripada beberapa rakan sekerjanya sejak beberapa hari lalu.
Katanya, dia menerima SMS itu petang semalam yang mengingatkannya supaya mengambil langkah pencegahan awal apabila menerima panggilan daripada kumpulan yang dikatakan sedang menguji ilmu hitam.
“Kami mengharapkan pihak yang berkenaan menyiasat penyebaran SMS terbabit kerana boleh menjejaskan akidah kalau ada orang yang percaya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
Dia juga berharap supaya mereka yang menerima SMS itu tidak menghantarnya kepada orang lain kerana sukar diterima akal.
“Bagaimana orang yang menulis SMS itu boleh mengetahui berapa ramai yang sudah meninggal dunia sedangkan kes seperti itu tidak pernah dilaporkan media, malah ajal manusia ditentukan Tuhan bukan kerana menjawab panggilan telefon,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






Budi
May 16. 2008
aku pun baru tau pasal ni kemarin dulu.. tu pun ada kawan chatter forward sms tu ngan aku sbb dorang mau tanya betul ka ada org mati di Puchong (kpd sapa yg tak tau, aku stay di Puchong)..
First time aku tgk sms tu aku sudah tau yg ni semua adalah HOAX sbb :
1. Aku tak pernah pun dgr apa apa berita pasal kematian ni d Puchong. Tapi benda ni heboh di Tawau
2. pasal nombor warna merah yg keluar tu.. benda ni sebenarnya di kontrol oleh phone.. even telco tak boleh color apa yg keluar di phone user bila dapat panggilan.
3. byk pulak kredit dukun tu mo call org Malaysia ya.. hehehe
4. aku ada baca blog dekat indon yg mengatakan bahawa benda ni kira macam taktik kotor telco utk memburukkan telco yg lain sbb tu dia bagi nombor.. cth la kan ada sms yg mengatakan jgn angkat panggilan yg bermula dgn 019 kununnya ada santau.. tidakkah itu akan menjejaskan Celcom?
5. aku org islam, aku percaya ajal maut di tangan Allah.
hari ni cerita ni keluar harian metro.. sapa sapa mo baca sila klik sini :
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Mutakhir/20080516081052/Article/index_html
sekian
Reply
emphbone
May 16. 2008
hahaha aku tertipu…
tapi ilmu hitam tak boleh cross laut kan?
so kalau terkena tu masih orang di daratan yang sama..
Reply
Edd
May 16. 2008
Bayangkan ko pakai Nokia 3310..pastu nombor tu jadi warna merah..kekekeke
Reply
MRgigong
May 16. 2008
orng tawau sekarang nie dah huru hara pasal sms nie…….
aku pun dah naik boring dngr topik nie……….
Reply
tatai
May 16. 2008
takutnya aku mau jawab kol berapa ari ni..mamamk aku mati2 marah aku kalu aku balik2 pgang hp ni..sial btul eh org yg buat msg ni..gla btollllllllllllllllllllllllllll…
Reply
err..
May 16. 2008
jgn ko takut bh…
bru jak td tem dgr khutbah khatib 2 suruh jgn pcaya ni brg..
jd buat pa mo takut..
ni kes nya sm jak dgn surat layang tuh..
yg suru org buat salinan suru hantar dgn org ramai..
kalo xbuat trus ko mati..
aku brp kali da bc surt 2..
xda papa pn…
aku mo tgk pgilan ni plak..
Reply
Budi
May 16. 2008
tu la jgk susah kalau org senang percaya benda karut macam gini ni.. sapa sapa pun boleh buat ba ni.. buat satu cerita pas tu hantar sms ke semua org.. nanti cepat tu tersebar dan semua org percaya..
Reply
lilou
May 16. 2008
orang indon saja sjak 2 mau bg famous tempat dorang…..dak paya la buat gitu….kamu mmng famous jgak d c ni……behambur d tawau indon……
Reply
friendly
May 17. 2008
oittt…. ada satu lagi nih… ni pun aku baru dapat semalam… sms yang aku dapat ni tak tahu sapa pulak yang antarnya…. sms tu berbunyi camni:
” bos hati2 dengan no ni ya, jangan pandai2 jawab: 0148577930″
napa pulak tak boleh jwb no tu… ada santet jugak ker… ermmm…
Reply
err..
May 18. 2008
uiks.. 2 bgantung sm sapa yg sent sms 2 sm ko laa…
manataw cewek mu yg jeles ka xmo ko smbut tepon dr org len..
indon mmg byk bh sms cmni..
biarkn jak..
santet2 jgn pcaya 100%..
kasi lemah iman jak..
Reply
kikin
May 22. 2008
mmm.. tawau hebah tul pasal citer ni.. sana sini ada laporan tp tk sure tul ke tak… tp byk versi citer ni… ada gak yg sampai mulut berbuih… pasrents pun marah2 da lau dok sms jak ni…
korang rasa betul ke idak ni… confius da..
d LD pun td ada org kena dah hntr p spital n da buat laporan polis….
Reply
lilou
May 22. 2008
ada lg ka org kena….tawakal jak la & bnyk2kan b’doa supaya d jauhi dari benda2 buruk….amin…
Reply
ami
May 25. 2008
satu tawau heboh aritu…
aku pn 2nggu2 jugak dia kol tuh..
angkat2 jak terus baca surah yassin ka..huhuhu..
kta tgok..sapa duluan menang…huhuhu..
tpi dgr2 penyebar sms2 tuh da kna tangkap…
Reply