Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua guru di seluruh Tawau terutamanya kepada pentadbiran Puan Juriah Ahmad, pengetua SMK Tawau yang telah bertungkus lumus membangun sekolah itu tanpa jemunya. Hasilnya, SMK Tawau melakar kegemilangan dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan mencatat antara 6 buah sekolah di seluruh Sabah yang mendapat dibawah Gred Purata Sekolah (GPS) 2.00.
Apa kejayaan PMR 2010 SMK Tawau?
1. Pecah rekod PMR sekolah.
SMK Tawau yang berada di tangga ke-200 sekolah terbaik di seluruh Malaysia memecahkan rekod PMR sekolah iaitu sebelum ini mencatatkan 34 pelajar memperoleh keputusan 8A namun PMR 2010 SMK Tawau mempunyai 51 orang pelajar mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran.
2. GPS 1.95
Gred Purata Sekolah mencapai 1.95 adalah gred antara terbaik di antara semua sekolah di Sabah. SMK Tawau setaraf dengan SMK St. Micheal Penampang (GPS 1.95) manakala SMK Agama Inanam (GPS 1.67), SMK Agama Kota Kinabalu (GPS 1.57).

(Pelajar SMK Tawau yang cemerlang PMR 2010) – Pic Credit Utusan Borneo
Kejayaan PMR 2010
- Seramai 37,078 adalah calon PMR 2010 seluruh negeri Sabah.
- Seramai 870 calon berjaya mencatat semua A dalam matapelajaan yang diduduki.
- SM SAINS LAHAD DATU MENCATAT REKOD SEKOLAH YANG PALING RAMAI MENDAPAT SEMUA A IAITU 67 CALON (GPS 1.08 & 100% LULUS)
- SM Sains Kota Kinabalu sekolah kedua tertinggi pelajarnya mendapat semua A iaitu 49 calon (GPS 1.15 & 100% lulus)
- SM All Saints Likas ketiga dengan 41 calon dapat semua A.
- Sekolah yang dapat di bawah GPS 2 ialah: SMK Tawau (GPS 1.95) , SMK St. Micheal Penampang (GPS 1.95) , SMK Agama Inanam (GPS 1.67), SMK Agama Kota Kinabalu (GPS 1.57).
- Dalam 15 subjek matapelajaran yang dinilai, calon yang mendapat minimum “D” bertambah seramai 21,783 calon berbanding 20,418 tahun lalu.
- Calon dapat semua “E” turun tahun ini iaitu 22 calon berbanding 31 calon tahun lalu.
- Bagi calon berkeperluan khas (calon istimewa) terdapat 79 calon dan pencapaian juga meningkat dengan kesemuanya memperoleh keputusan baik iaitu minimum “D”
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






suichi
Dec 24. 2010
bole tahan smkt…
Reply
jeffiema
Dec 24. 2010
tahniah pn juriah tapi tak adil bagi semua sekolah kerana sekolah terbaik hanya mengambil pelajar terbaik sahaja. Pelajar yang sederhana dan lemah di hantar ke sekolah lain. Mana keadilan?
Reply
adeksssss
Dec 24. 2010
sy pejr SMK TAWAU …..smk tawau bukn hanya cemerlg pada thun ini tpi dri thun22 yg lalu dri segi kokurikulum dan pembelajran sethu sy pejar2 nya biasa22 jak cuma mereka mempunyai keyakinan hendak mencapai kejyaan semua sekula begitu cemerlang…tiada beza
Reply
adeksssss
Dec 24. 2010
kita yakin kita berjaya
terima kasih cikgu …..
Reply
faddy
Dec 24. 2010
smk tawau bukannya memiliki murid yg 100% cemerlng tetpi ada juga memilki pejar yg sederhana dgn andanya guru yg berpegalamn dan cemerlg ini dpt mengubah pristsi pelajar sederhana tersebut menjdi lebih baik dri sebelumnya dgn bantuan guru dan kakitagn alhamdulillah pelajar yg sederhana juga bole lulus dgn cemerlng dgn keyakinan yg tinggi dan mempunyai matlamat untuk kehadapan
dri segi disiplin alhamdulillah semua ya terkwal tidak ada seorg pelajt yg igin gagal dlm pelajrnnya dgn adanya bantuan ini dpt mengubahnya peljr yg lemah menjdi sederhana pelajr yg sederhana menjadi cemerlang amin…….semoga SMK TAWAU akn dpt menigktkn lagi pristasi sekolah dgn cemerlng
ILMU ASAS KEJAYAAN
Reply
W.Y.Y
Dec 27. 2010
WOW!!! Cograts SMK Tawau!!! wat a great accomplishment frm this school =DDD! awesome….. hope next year will be much better for SMK Tawau ^_6
Reply
hakim yusoff
Dec 27. 2010
wah…tahniah diucapkan kepada smkt…kami warga smsld pun tumpang gembira kerana menjadi sekolah terbaik pmr 2010…apa2 pun sampaikan salam warga smsld kepada Tuan Hj Eko Sukohidayat(pengetua baru smkt)….
Reply
yxy
Apr 30. 2011
woww!!!!
Reply
LIANA
May 14. 2011
i luv smkt
Reply
LIANA
May 14. 2011
wha………….
guru-guru dan pelajar smkt
hebat-hebat
jo………….
Reply
nizam
Jun 09. 2011
Alhamdulilah …i luv smk tawau ….
Reply