1

SK Desa Subur Tawau


Petang semalam aku berkesempatan ke Sekolah Kebangsaan Desa Subur yang letaknya 5km dari pekan Merotai Besar, Tawau. Kunjunganku ke sini bukanlah untuk melakukan apa-apa kerja namun ianya sekadar untuk menemankan seorang kawan, namun thanks to my friend yang telah memberikan aku satu pengalaman perjalanan yang menarik.

..

Bagi aku, menginjakkan kaki buat pertama kalinya ke sekolah ini terus mengingatkan zaman persekolahanku dahulu kerana sekolah ini adalah sekolah yang terletak di kawasan ladang yang pastinya menempatkan pelajar anak pekerja ladang. Apa yang menarik perhatianku, meskipun sekolah ini jauh dari pusat bandar Tawau, kemudahannya cukup malah lebih ceria rekaan muralnya yang berwarna-warni dengan hiasan taman yang menarik.

Sekolah ini sebenarnya terletak di kawasan tinggi dan tidak hairanlah udaranya begitu segar dan nyaman kerana dikelilingi kelapa sawit. Pemandangannya cukup indah, sama seperti lukisan zaman sekolah rendahku dahulu yang bila melukis pasti ada pokok, ada bunga, ada padang dan yang wajib ada gunung-ganangnya.

..

Aku berkesempatan untuk duduk di meja dan bangku sekolah, menghadap papan tulis dan berlagak seperti pelajar sekolah rendah. Aku dapat rasakan bahawa pelajar-pelajar di sekolah ini pastinya nakal namun senang dikawal kerana itulah kebiasaan pelajar anak ladang.

Menjadi pelajar anak ladang itu perlu sabar, selalu berusaha, berkeyakinan dan luar biasa lasaknya. Kenapa? Kerana anak ladang sudah biasa dengan kerja-kerja berat apatah lagi ketika membantu ibu atau bapa meringankan kerja-kerja mereka di ladang kelapa sawit itu.

Metombak, pungut biji, tolak kereta sorong yang sarat buah kelapa sawit sememangnya mendewasakan pelajar anak ladang. Baik didikan ibu bapanya, maka baiklah jadinya anak mereka namun jika tekanan yang sering diberikan, maka terbebanlah mereka dengan “tanggungjawab anak ladang”.

Adik-adik yang bersekolah di SK Desa Subur, aku juga seperti kamu, aku juga pelajar anak ladang. Rujuk INI untuk mengetahui kisahku sebagai anak ladang.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Blog Tags: 

Recent Posts

Bookmark and Promote!

One Response to "SK Desa Subur Tawau"

  1. BlueGene says:

    Assalam alaikum

    Tuan Maya

    Nama sekolah ini sungguh segar. Barangkali juga sesegar hasil bumi di sekelilingnya. Bakal pasti anak ladang yang berguru di sekolah ini menjadi insan yang subur dari segi ilmu pendidikan dan ilmu pelajaran. Cuma logo sekolah ini tidak begitu “subur.”

    Anak ladang, anak tani, anak desa, anak kampung, anak pekan, anak setinggan, anak jalanan, atau anak apa terma sekalipun berhak mendapat ilmu pelajaran dan ilmu pendidikan sebagaimana anak bandar besar sang tuan-tuan besar elitis.

    Jasa ibu-bapa anak ladang sungguh besar. Jika ibu-bapa anak ladang tidak turun ke ladang bakal tentu lama-kelamaan dapur tuan-tuan besar elitis tidak berasap.

    Ya – sekolah ini memerlukan perhatian terutamanya dari pihak yang berwajib. Sang empunya ladang perlu menunaikan tanggungjawab sosial kepada anak ladang dan ibu-bapa anak ladang. Sekolah ini memerlukan perpustakaan yang lengkap. Dilengkapi dengan akses internet lagi bagus. Klinik kesihatan juga perlu agar supaya anak ladang segar bugar.

    Adieu…

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.