2

Siswi UMS Maut Tanpa Lesen Memandu

Al-Fatihah untuk arwah Syahriza Bte Senawing, 24, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di KM8, Jalan Kuhara. Pemergian mahasiswi Universiti Malaysia Sabah dalam Ijazah Sains Sukan biarlah menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup.

Mengikut khabarnya (khabar saja, betul or tak kena check di JPJ), siswi ini tidak mempunyai lesen memandu dan kebiasaannya akan ditemani ahli keluarganya untuk pergi ke lokasi dia praktikal.

Pengajarannya:

  1. Tiada lesen jangan berani nak memandu.
  2. Kalau dah berlesen, jangan nak tunjuk terer, racing tak baik untuk kesihatan. Jalan di Tawau ni bergerinting, bila-bila masa sahaja jalan tak stabil.
  3. Pemandu lori jangan fikir anda Raja di jalan raya, ingat orang yang tersayang.

From Akhbar Mesti News:
Seorang mahasiswi Universiti Malaysia Sabah (UMS) terbunuh setelah kenderaan Proton Iswara yang dipandunya bertembung dengan lori 10 tan di Kilometer 8, Jalan Kuhara di sini kelmarin.
Difahamkan, mangsa merupakan pelajar Semester 5, Tahun 3, Kursus Ijazah Sains Sukan di UMS dan sedang menjalankan praktikal di daerah ini.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 11.00 pagi melibatkan mangsa yang dikenali sebagai Syahriza Bte Senawing, 24 dan berasal dari Kg. Jambatan Putih Tawau.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik, DSP Mohd. Zaidi Abdullah berkata, pemandu lori tersebut yang berusia 38 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, tetapi ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tawau sebelum dituntut oleh ahli keluarganya.
Sementara itu, mantan Wakil Rakyat Merotai, Brig. Jen Datuk Liew Yun Fah yang berada di lokasi kemalangan, meminta para pemandu kenderaan berat supaya sentiasa berhati-hati dan tidak sesekali memandu laju. “Mereka hendaklah mematuhi peraturan jalanraya bagi mengelakkan berlakunya sebarang insiden yang tidak diingini,” tambah beliau lagi.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2008 Tags: , , ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

2 Responses to "Siswi UMS Maut Tanpa Lesen Memandu"

  1. friendly says:

    al-fatihah…. takziah buat keluarga mangsa….

    Reply

  2. classMATE says:

    Sha, moga roh mu dlm golongan roh org2 yg b’iman ~Amin. Miss u!

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.