Sijil Kelahiran Warga Asing Warna Merah

Mulai 1 Julai ini, sijil kelahiran bukan warganegara diperkenalkan iaitu sijil tersebut akan berwarna merah berbanding sebelum ini berwarna hijau. Perubahan ini dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein setelah menerima satu daripada 22 syor dan inisiatif yang dicadangkan oleh Makmal Khas Pengurusan Warga Asing Sabah.

So selepas ini, sesiapa yang sijil kelahirannya berwarna merah akan menjelaskan bahawa mereka itu bukan warganegara dan ianya akan memudahkan sesi pendaftaran persekolahan dan pelbagai lagi urusan rasmi. Itu antara tujuan pertukaran warna sijil kelahiran ini selain juga mahu mengelak ibu bapa warga asing yang mendapat anak di negara ini beranggapan bahawa dengan memiliki Sijil Kelahiran Malaysia, anak-anak mereka adalah secara automatik menjadi warga negara Malaysia.

Perubahan ini aku lihat secara positifnya akan memberi kebaikan kepada negara dan secara praktikalnya ianya akan memudahkan pelbagai urusan di beberapa jabatan kerajaan. Ianya juga sebagai jalan penyelesaian kepada isu warga asing khususnya PATI di Sabah.

Tapi apakah 22 syor dan inisiatif yang dicadangkan oleh Makmal Khas Pengurusan Warga Asing Sabah itu?  Siapakah 27 pegawai dari pelbagai agensi persekutuan dan negeri berkaitan di Sabah yang mengusulkan cadangan itu?

Tidak perlulah kita ketahui kerana ianya rahsiah kerajaan. Tapi berminat pula aku mahu mengetahui apakah 22 syor yang diusulkan itu.  Kalaulah dapat dihebahkan dan diketahui umum, ianya akan lebih difahami terutamanya kami sebagai anak Sabah.  Yalahkan, isu kewarganegaraan di sini begitu kabur, malah ada yang tidak mengetahui bilakah mereka itu layak memohon pertukaran status kewarganegaraan mereka meskipun usia mereka menghampiri tempoh umur pencen.

Berikut adalah petikan berita mengenai Sijil kelahiran berbeza untuk bukan warga negara mulai 1 Julai dari Bernama.

KOTA KINABALU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperkenalkan format sijil kelahiran yang berbeza antara warga negara dan bukan warga negara berkuatkuasa 1 Julai ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata inisiatif yang akan dilaksanakan melalui Jabatan Pendaftaran Negara itu membabitkan perbezaan beberapa ciri format, termasuk warna sijil.

KOTA KINABALU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperkenalkan format sijil kelahiran yang berbeza antara warga negara dan bukan warga negara berkuatkuasa 1 Julai ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata inisiatif yang akan dilaksanakan melalui Jabatan Pendaftaran Negara itu membabitkan perbezaan beberapa ciri format, termasuk warna sijil.

Sebagai permulaan, katanya, JPN akan mengeluarkan sijil kelahiran berwarna merah bagi kanak-kanak yang bertaraf bukan warga negara.

KOTA KINABALU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperkenalkan format sijil kelahiran yang berbeza antara warga negara dan bukan warga negara berkuatkuasa 1 Julai ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata inisiatif yang akan dilaksanakan melalui Jabatan Pendaftaran Negara itu membabitkan perbezaan beberapa ciri format, termasuk warna sijil.
Sebagai permulaan, katanya, JPN akan mengeluarkan sijil kelahiran berwarna merah bagi kanak-kanak yang bertaraf bukan warga negara.
“Pada masa ini, semua sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh JPN berwarna hijau tanpa mengira taraf kewarganegaraan kanak-kanak itu.

“Taraf kewarganegaraan kanak-kanak ditentukan berdasarkan kepada taraf kewarganegaraan ibu bapa semasa kelahiran tersebut berlaku,” katanya.

Hishammuddin berkata, itu adalah satu daripada 22 syor dan inisiatif yang dicadangkan oleh Makmal Khas Pengurusan Warga Asing Sabah yang mana laporannya telah dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin kali kelima semalam.

Beliau berkata, sijil kelahiran yang berbeza warna antara warga negara dan bukan warga negara bertujuan mengelak ibu bapa warga asing yang mendapat anak di negara ini beranggapan bahawa dengan memiliki Sijil Kelahiran Malaysia, anak-anak mereka adalah secara automatik menjadi warga negara Malaysia.

“Ia juga memberikan makluman awal kepada ibu bapa akan status kewarganegaraan anak yang dilahirkan, mengelak sebarang kekeliruan kepada orang ramai dalam hal mengenai pasti taraf kewarganegaraan kanak-kanak, serta memudahkan agensi-agensi lain untuk mengenal pasti taraf kewarganegaraan seseorang yang berurusan di agensi masing-masing,” katanya.

Hishammuddin berkata, bagi kanak-kanak bertaraf bukan warga negara yang telah memiliki sijil kelahiran berwarna hijau, ianya dikekalkan dan hanya berubah apabila pemohon membuat Cabutan Sijil Kelahiran di mana-mana pejabat JPN.

Katanya, bagi kanak-kanak yang dilahirkan sebagai bukan warga negara dan kemudiannya disahkan sebagai warga negara Malaysia melalui proses Pengesahan Taraf Kewarganegaraan di bawah Perlembagaan Persekutuan, sijil kelahiran kanak-kanak berkenaan akan ditukar dengan sijil kelahiran berwarna hijau, dengan dicatatkan indikator yang menunjukkan perubahan status kewarganegaraan itu.

“Sungguhpun cadangan-cadangan ini dikemukakan oleh Makmal Khas Sabah, inisiatif ini akan dilaksanakan di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata, syor dan inisiatif dari Makmal Khas Sabah itu yang berlangsung di negeri itu dari 4 hingga 27 Mei tahun lalu, adalah sebagai tambahan kepada 48 syor dan inisiatif yang telah dicadangkan oleh Makmal Pengurusan Warga Asing peringkat nasional.

Katanya, pelaksanaan makmal khas itu, yang dianggotai 27 pegawai dari pelbagai agensi persekutuan dan negeri berkaitan di Sabah, memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam menangani isu warga asing khususnya PATI yang telah berlarutan sekian lama di Sabah dan merupakan isu yang amat dekat dengan rakyat Sabah.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

4 Responses to “Sijil Kelahiran Warga Asing Warna Merah”

  1. didim bin amalun

    Apr 24. 2011

    assalamualaikom,dengan comment. saya ini ada lah ingnin bertanya tentang sijil kelahiran bukan warga nigara, dan bagai manakah tentang sijil kelahiran yang sudah lewat

    Reply

  2. didim bin amalun

    Apr 24. 2011

    saya sangat-sangat berterima kasih kepada negara MALAYSIA dan juga kepada kerajaan negara malaysia kerana ikhlas menerimah kami sebagai anak warga asing, dan menjadikan kami sebagai warga nigara malaysia saya ucap kan rebuan terima kasih kapada negara MALAYSIA

    Reply

  3. norellyizza

    May 09. 2011

    pertanyaan…. bagai mana kah sekiranya jika suami warganegara asing and isteri adalah warga negara malaysia?

    ada kah anak yang lahir akan dapat surat beranak warna merah juga

    Reply

  4. Bopdean

    Jan 15. 2012

    Pertanyaan…kalau c istri bukan warganegara dan c suami pula warganegara dan mereka d kurniakan seorang anak adakah anak itu lahir dan mendapat sijil lahir merah juga sedangkan bapa nya orang asal d sabah dan mama nya asal negara lain

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge