0

Siapa menang di Galas dan Batu Sapi?

Siapa menang di Galas dan Batu Sapi? Mestilah calon Barisan Nasional iaitu Abdul Aziz Yusof dan Datin Linda Tsen.

Dari pergolakan yang berlaku sejak bermulanya kempen sehinggalah ke saat-saat terakhir, warga kerja BN sememangnya bekerja dengan cemerlang. Formula baru yang digabungkan dengan yang lama telah membuka mata pembangkang bahawa BN tidak lagi berada di takuk yang lama.

Pilihanraya Kecil Dun N45 Galas telah dimenangi Abdul Aziz Yusof dari Barisan Nasional Kerusi dengan kemenangan majoriti 1,190 undi keatas calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed yang meraih 4,134 undi.

Bagi Pilihanraya Kecil Parlimen P185 Batu Sapi, Calon BN dari Parti Bersatu Sabah (PBS) Datin Linda Tsen menang majoriti 6359 undi dengan 9773 undi berbanding Ansari Abdullah dari PKR sebanyak 3414 undi dan Datuk Yong Teck Lee dari SAPP sebanyak 2013 undi.

Kepada warga kerja Barisan Nasional, tahniah dan pastikan semua janji pilihanraya itu bukan omongan kosong semata-mata.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2010, Politik Tags: , , ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.