6

Sepetang bersama Persatuan Ragbi Tawau

Aku masih ingat seorang photographer terkenal, saudara Muhammad Fazli Ab Latif atau lebih dikenali KUKUBESI berkata untuk maju di zaman ini, kita kena join komuniti, tak kisahlah photographer mahupun bloggers atau lain-lain kerjaya yang asalnya sekadar hobi. Aku yang duduk betul-betul di hadapannya berkerut dahi tanda ada yang aku tidak faham, lalu dia pun mengatakan siapalah diri kita ini untuk berjaya tanpa sokongan dan tunjuk-ajar orang di sekeliling kita mahupun di internet.

Majlis sembang santai atau dia sendiri gelarkan sebagai acara lepak berilmu yang membuatkan bila kita balik dan terus berfikir idea perbincangan itu akhirnya berjaya merungkai beberapa kebuntuhan diriku juga rakan-rakan seperjuanganku di sini. Apa sebenarnya komuniti dan kaitannya dengan bloggers?

Petang tadi aku berkesempatan meluangkan masa bersama komuniti Persatuan Ragbi Tawau iaitu bersama Asran Marasan, Gilbert Wong, Ismail Jalmani dan rakan-rakan Tawau Bloggers. Perbincangannya amat mudah, santai, meninggalkan sesuatu yang boleh dijadikan pengajaran dalam hidup.

Namun ada sesuatu yang membuat aku terkedu bila Asran dan Gilbert menyatakan rasa gembiranya mereka dapat mengenali right person in the right time. Ini kerana setelah mengetahui wujudnya penulis blog dari sebuah komuniti bloggers di Tawau secara tidak langsung akan dapat membantu menjadi “loud speaker” mereka dalam penganjuran Kejohanan Ragbi 10′s Terbuka Tawau bagi merebut Piala Datuk Tawfiq di Padang Utama Kompleks Sukan Tawau pada 18 Disember ini.

Dari peristiwa Sepetang bersama Persatuan Ragbi Tawau ini aku dapat simpulkan something iaitu:

  1. Bloggers diperlukan dalam komuniti untuk maju,
  2. Blogger perlukan komuniti untuk maju,
  3. Zaman sudah berubah, kuasa internet  mengalahkan cara lama advertising,
  4. Bila blogger menyendiri itu namanya syok sendiri,
  5. Selamat berkenalan Lisa Ali.


Simple but perfect…

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2010, Sukan Tags: , , , , ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

6 Responses to "Sepetang bersama Persatuan Ragbi Tawau"

  1. budaini says:

    aku sudah minta cuti kelmarin, last2 ada lori pulak… adehhh, rugi ndak dapat join….

    Reply

  2. lisa ali says:

    itu adalah aku! we!! salam kenal jugak. best best dapat join :D

    Reply

    Maya reply on December 16th, 2010 10:20 PM:

    u r always welcome Lisa

    Reply

  3. budaini says:

    kalo tinguk saiz, yg baju biru tu pun sesuai jadi pemain ragbi juga… hehe… :)

    Reply

    Maya reply on December 16th, 2010 9:01 PM:

    ni namanya geng perut bah Agus, start dr atas sampai bawah semua pelihara perut kan

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.