Sendiket Iklan Palsu Jabatan Penerangan Sabah.

Pagi tadi sempat mendengar berita jam 8 dari corong radio pakcik teksi. Tajuk beritanya saja sudah bikin panas “Iklan Palsu Jabatan Penerangan Sabah”. Kesihan tiga orang mangsa yang terkena dengan sindeket ini… Tapi yang tidak kena dengan jalan ceritanya, si mangsa diminta bankinkan duit RM500 ke satu akaun.

Cuba fikir2 sikit… Perlukah orang yang mencari kerja itu membayar sejumlah duit untuk mendapatkan kerja itu? Rasuah labah tu kan… Ha orang yang menerima dan memberi rasuah boleh dikenakan tindakan undang2. Tulah mau jalan shortcut, akhirnya terkena. Aku kesihan dengan mangsa bukan kerana terkena dengan sindiket ini tapi aku kasihan dengan minded dorang yang sudi memberi rasuah yang sebegitu…

Berita penuh:

Jabatan Penerangan Sabah menafi mengiklankan jawatan kosong di jabatan itu di saluran tertentu selain Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Jabatan itu mengetahui tentang perkara itu sejak semalam apabila 13 orang datang bertanyakan mengenai temuduga jawatan yang didakwa diadakan semalam dan hari ini.

Pengarahnya, Azizan Din berkata tiga daripadanya mengatakan mereka telah memasukkan wang sejumlah RM500 ke sebuah akaun, lapor Bernama.

Katanya, iklan mengenai lima jawatan kosong di jabatan itu disiarkan di laman web JobsMalaysia.gov.my dengan tawaran gaji RM1,300 sebulan.

Sehubungan itu, katanya, Jabatan Penerangan akan membuat laporan polis mengenai perkara ini hari ini

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kota Kinabalu hari ini, Azizan memohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada jabatan itu sekiranya terdapat iklan tawaran jawatan menggunakan nama pengarah jabatan tersebut.

Katanya beliau kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama jabatan kerajaan berkenaan untuk menipu orang ramai mengenai
kekosongan jawatan, malah turut mensyaratkan yuran pendahuluan bagi menjamin pemohon mendapat pekerjaan tetap di jabatan itu.

“Jabatan Penerangan Sabah tidak pernah mengiklankan kekosongan jawatan di internet atau mana-mana saluran selain melalui SPA. Perkara ini adalah serius kerana turut melibatkan wang.

“Ini menjejaskan nama baik jabatan kerajaan yang bekerja ke arah mendahulukan rakyat. Kita tidak minta duit sebagai syarat menjanjikan kerja,” katanya dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu hari ini.

Related Posts with Thumbnails

Comments

Posted by Aj on 01/11/2009 at 8:43 AM

mentality sesetengah org mau pakai org dalam atau sogok duit beginilah…iq terlalu “tinggi”. tengok jadi seluar dalam sdh….lol

Reply

Maya reply on November 2nd, 2009 8:45 AM:

Hahaha iq tinggi sampai gayat membuat pertimbangan waras.
Maya´s last blog ..Sendiket Iklan Palsu Jabatan Penerangan Sabah. My ComLuv Profile

Reply

Posted by zil75 on 02/11/2009 at 8:03 AM

AKU NDAK PAHAM MACAM MANA MASIH ADA ORG PERCAYA PADA IKLAN YG PENIPU NIE, ZAMAN SEKARANG MANA ADA HARAP ORG DALAM UTK DPT KERJA DI SPA, LAGI-LAGI PAKAI DUIT ATAU RASUAH…..

Reply

Maya reply on November 2nd, 2009 8:48 AM:

Mangsa-mangsa ni apply kerja di web JobsMalaysia.gov.my. Tidak tahu, macam mana admin dia boleh terlepas pandang dan ter-allow submition fake job di web dia orang. Lepas ini, pasti ramai yang tidak percaya pada JobsMalaysia.gov.my
Maya´s last blog ..Sendiket Iklan Palsu Jabatan Penerangan Sabah. My ComLuv Profile

Reply

Leave a response

CommentLuv Enabled