38

Selamatkan Kami Di Tawau

pasrah

Sedar atau tidak, kita di Tawau ini semakin tersepit dan terhimpit oleh pelbagai masalah luaran dan dalaman.  Peritnya menjadi warga Tawau yang penuh dengan cubaan, godaan dan kecelakaan.  Situasi kita sekarang seakan tercungap-cungap dalam lautan luas yang tidak berpenghujung. Di tambah pula keadaan cuaca terik yang mampu mencairkan lemak2 tepu di badan.

Kepada pengunjung2 luar atau yang belum memahami penderitaan kami atau yang berpangkat adik2, aku harap, sebelum komen, bacalah sehingga akhir, fahami dan ambil sesuatu untuk membina kebaikan dalam diri sendiri dan baru sebarkan.  Aku ada sebab mengapa aku katakan selamatkan kami di Tawau.

1. Tawau penuh dengan pemaki
Di dada2 akhbar tempatan, dalam perbualan harian sesama kakitangan sepejabat, ibu bapa, guru, pegawai atasan dan bawahan, si tukang sapu MPT akan bersungut mengenai isu elektrik dan air. Para peniaga di kawasan bandar Tawau juga, setiap selang sehari akan menghamburkan makian mereka mengatakan Sabah Electiricity Sdn Bhd SESB menutup jalan rezeki perniagaan mereka.

2. YB Tawau pula mulai berang.
Tak kiralah YB itu veteran atau otai dalam politik hinggalah yang baru menikmati tahun pertama kedudukan mereka sebagai YB, semuanya naik angin, naik pening dan keringat2 menghayun tangan mengipas diri sendiri di kediaman mereka di Tawau.

Ada pula yang tahu berblog sudah mula melontarkan kemarahan di blog sendiri, tapi Tawau tetap Tawau, sukar menerima apa yang YB mereka lakukan tanpa ada jalan penyelesaian. Yang dinanti bukan keberangan mereka, yang ditunggu bukan statement mereka yang kesal dengan janji SESB, tapi komen2 mereka hanyalah mahukan bila semuanya ini selesai, kalau esok katakan esok jangan janji2 kosong. Wah macamlah membina loji elektrik itu umpama membina rumah setinggan yang banyak di Tawau ini.

Lebih berani lagi, ada YB pula menyeru sesiapa yang mengalami kerugian akibat masalah SESB boleh dibawa ke pengetahuannya supaya YB ini boleh membawa tuntutan kerugian itu ke Kuala Lumpur untuk diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan. Aku pun nak tuntut kerugian 1 monitor aku yang rosak dan kerugian 3 jam x 3 kali seminggu perniagaan aku yang down semenjak masalah elektrik on off.

3. Kes pembuangan bayi di Tawau
Aku melihat kes pembuangan bayi itu di dada akhbar. Masyaallah, sanggup mereka buang begitu saja bayi itu di dalam beg sampah hitam di belakang sebuah kedai di Sabindo, Tawau! Ada juga manusi tidak berhati perut yang tidak layak digelar manusia tinggal di Tawau ini. Astaghdirullah al`azim…

4. Hari2 buat block, hari2 checking, hari2 penuh lori polis.
Kalau mahu dikatakan program pembersihan, tindakan hari2 memblock jalan dalam masa memuncak hanyalah sekadar memberi kesesakan dan kemarahan kepada pengguna jalan raya. Si pendatang asing yang tidak memiliki dokumen pun semakin menjadi2 perangai mereka. Membuat onar dan menempiaskan kesannya kepada pekerja yang mahu melapor diri tepat jam 8 pagi. Kalau lambat, sudah pasti gaji yang RM200 itu akan dipotong RM10 sejam! Betapa teruknya kesan bas yang diblock oleh polis, JPJ, kastam etc itu… Tapi ada pula kedengaran “aku lepas bah walaupun tidak ada surat2, sumbat saja RM50″

5. Buta etika kerja, buta kualiti kerja, makan gaji buta.
Isu sebegini sudah lapuk berhabuk di Tawau, tapi ianya semakin menjadi2 hari demi hari. Namun apalah daya sebagai warga Tawau, terpaksa menerima keperitan pengurusan yang lembab dan mengada2 di Tawau. Ya, memang kita jauh dari pusat pentadbiran, akan tetapi, sekarang zaman sudah berubah, jangan kesal sekiranya nama anda dilaporkan sebagai pekerja makan gaji buta, punch card kerja tepat jam 8 pagi tapi keluar lepak di restoran masa kerja hingga jam 10 pagi, minta borang kerani cakap tunggu jam 2 sedangkan jam baru 11.00 pagi… bla bla bla…

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2009, Aduan Tags: 

Recent Posts

Bookmark and Promote!

38 Responses to "Selamatkan Kami Di Tawau"

  1. Eyda says:

    aku sokong ko sis..
    ni semua memang betul!~!~!! uwaaaaaaaaaaaa
    tolongg~!!!

    Eyda’s Terkini di blog…Biar penat tapi aku enjoy..

    Reply

    Maya reply on May 17th, 2009 11:56 AM:

    Uih jangan nangis… kita boleh hadapi dengan senyuman semuanya ni Eyda.

    Reply

  2. sindiket says:

    yayayaya mmg memaki jak orang kali ni..erm sabar sak la

    Reply

    Maya reply on May 17th, 2009 11:56 AM:

    Orang yang tidak memaki itulah yang banyak kumpul pahala masa2 sekarang ini. Huhu terujinya kita dengan semuanya ni…

    Reply

  3. romzi says:

    muehehe.. berat sungguh dugaan tinggal di tawau ni.

    romzi’s Terkini di blog…Problema Mati Karan

    Reply

    Maya reply on May 17th, 2009 11:59 AM:

    Berat hati membacanya, sebak hati membacanya, sakit hati, pedih terbuang tersingkir etc etc lagiklah yang tertanggung oleh orang2 Tawau…

    Reply

  4. Mefranz says:

    Semuanya berkaitan dengan etika kerja. Bekalan elektrik kerap terputus kerana tiada etika kerja lemah. Pegawai selalu hilang di pejabat kerana etika kerja lemah, Polis rasuah kerana tiada etika kerja. Piagam pelanggan hanya sebagai hiasan semata-mata yang patut diganti dengan senarai kedai kopi di Tawau dan menu kedai kopi. Jika saya Yang Berhormat yang memegang portfolio, saya bagi kata dua kepada setiap ketua jabatan… Ubah sistem kerja atau diberhentikan. Namun teguran yang ikhlas jangan dianggap memaki. Terima Kasih.

    Reply

    Maya reply on May 17th, 2009 12:07 PM:

    Piagam pelanggan hanya sebagai hiasan semata-mata yang patut diganti dengan senarai kedai kopi di Tawau dan menu kedai kopi.

    Hahaha… ya betul2…

    Reply

    Jumadi reply on August 18th, 2010 4:01 PM:

    Aku nak cri kje lah

    Reply

  5. sankai says:

    betul ka ada kes buang bayi.??
    teruk betul sua tawau nie…
    isk..isk…isk..

    sankai’s Terkini di blog…Selamat Hari Guru 09

    Reply

    Maya reply on May 17th, 2009 12:00 PM:

    Bukti institusi kekeluargaan, kemasyarakatan, kepimpinan kita yang semakin rapuh

    Reply

    alexa reply on May 17th, 2009 10:33 PM:

    salam..td aku cari2 fesyen bj kurung.sekalinya tnmk plak blog ni..wah..canggihnya ku rasa faham2 la sis aku ni buta it.dgn informasi yg di utarakan nampaknya tawau ni mempunyai anak tempatan yg blh d bangga kan.br jak ba ni aku pasang internet..hehe.salam perkenalan..

    Reply

  6. dOn says:

    yg checking toe abis sudah… last time malam 13 Mei…..
    tp haku ndak puas ati time mati air or karan..
    kalau mo kac mati air toe biar lawh tgh malam… jgn time org sibuk nak guna air.. mcm kemarin.. tgh syok2x cuci kain.. tetiba mati karan.. kin panas…

    dOn’s Terkini di blog…Selamat Hari Ibu

    Reply

    MayaMaya reply on May 17th, 2009 5:19 PM:

    Cucilah baju tengah malam Don, masa tidak mati air bah

    MayaMaya’s Terkini di blog…Selamatkan Kami Di Tawau

    Reply

    alexa reply on May 18th, 2009 2:39 PM:

    sis u dulu sklh kuhara ka?

    Reply

  7. pelastikbintang says:

    tawau pun ada buang2 bayi suda??waaa advanced suda ya org tawau..dulu buang2 sampah ja..skang buang2 bayi..

    Reply

    Jumadi reply on August 18th, 2010 4:05 PM:

    Betul 2 bro. Krg buang byi pulak. . . Tak lma lg ni buang org tua. Krg org dah mcm binatang, binatang dah mcm org pndi b.fkr pda mksia

    Reply

  8. friendly says:

    salam semua…. i’m back….
    wah, isu panas nih….
    rasanya bukan Tawau jak mengalami situasi ni, d mana2 tempat pun perkara nih tetap akan berlaku….
    apapun bab yang no 5 tu, bagi sektor berkaitan terutamanya KERAJAAN, perbaiki sikap kerja anda, aku dah bosan dengan kerja korang….

    friendly’s Terkini di blog…Gone Offline: Back In A Week.

    Reply

  9. Maya says:

    alexa: Ya, ex-kuharian ’93-’97

    Reply

  10. aman says:

    moga cepat selesai sumer masalah nie.. ;)

    Reply

  11. aziz says:

    bah…mari kita ramai-ramai pindah…pindah ke tempat baru…baru…baru…ha ha ha…bandar sri indah…dalam sebulan – 2 ini tiada pula mati karan atau air…tapi aku di sekolah kena pula…panas…barulah namanya lilin. syukurlah. kami kan tinggal di tempat jin bertendang jadi tiada orang kacau air dan karan kami sebab kamilah jin yang sedang bertendang. hakk…jangan marah. kami pun sebelum ini kena masalah yang sama…mati air sampai 5 hari…mau jak aku jual rumahku dan tinggal di tepi sungai. aku terkejut dengan buang bayi tu…tolonglah siapa-siapa yang mahu buang bayi tu…bagi dengan aku. dah lama aku tunggu dapat babe ni…belum sampai rezeki lagi. last year ter gugur pula. jadi jangan buang bagi aku. aku ajar anak tu jadi jurugambar…hakk….harap-harap biarlah aku orang yang pertama memijak muka orang yang buang bayi tu!!! kurang asam!!! bukan manusia!!! buat sahabatku maya…banyaklah besabar…moga perniagaan tu lebih maju lepas ini…amin…
    aziz dari albumkasih.com

    Reply

    dOn reply on May 20th, 2009 4:37 PM:

    insya allah.. akan ada gak toe…

    dOn’s Terkini di blog…Selamat Hari Ibu

    Reply

  12. sis riani says:

    sis SOKONG!
    gud n3 maya…miss tawau bloggersss…uwaaaaaaaaaaaaaaa

    Reply

  13. Wis says:

    TawAu,,kesian……..aku TaTauw pula korang sana, tapi aku sunyi sini, apapun…maju..maju”pantang ‘kecuali checking, ahhaha

    Wis’s Terkini di blog…Jelajah Lorong Ilmu

    Reply

  14. Wis says:

    adussssssssss

    Wis’s Terkini di blog…Jelajah Lorong Ilmu

    Reply

  15. yati2302 says:

    Assalamualaikum..

    SEKADAR RENUNGAN & INGATAN BUAT DIRI SENDIRI… Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima : 1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat. 2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab. 3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq. 4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat. 5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.”

    Reply

  16. lokiserver says:

    Tawau > Jalan raya yang bagus di tampalkan, jalan rosak dibiarkan, bergiliran air dan elektrik mati@berhenti bekal,
    streamyx yang lembap dihadkan laju dan putus2. Kawan2 lalu lintas jalan raya tanpa berhatikan kereta datang. sampah sarap dibuang dari tingkap bas dan kereta. Bini orang semenanjung (Malaysian) kerja kat sini pon kena mintak permit kerja pula.

    tengah jual rumah dan kereta untuk pindah ke semenajung, sekurang2 nye sana jarang “mati karan”

    Reply

    Maya reply on May 27th, 2009 9:47 AM:

    Loki mejjok kah sama Tawau…
    Selamat berhijrah untuk Loki, nanti jangan lupa lawat2 kami di sini, bila berkesempatan yaaaa

    Reply

  17. lokiserver says:

    terima kasih banyak, harap semua kat sini selamat dan bahagia. akan lawat kat sini dari masa kat masa

    Reply

  18. mr.ph says:

    salam
    susah juga tinggal ditawau yah…sabarlah

    mr.ph’s Terkini di blog…Hukum Ma,mum membaca Alfatiha dibelakang Imam

    Reply

  19. tulivas says:

    Bah itu lah kamu orang tawau undi umno aje ..padan muka….kan tawau kubu kuat umno.. so apa yg umno buat terhadap tawau dan penduduknya.? habuk pun tak ada…. fikir lah ? kalau mau ada perubahan cuba kita undi parti PAS.. amacam? belum cuba belum tau beb..
    tempat.. perjudian di tawau pun terlampau banyak.. kenapa.. kerana angkara umno lah…. parti melayu bukan islam.. kalau mau cari parti melayu islam hanya PAS.. so mari kita rama2 undi PAS …mari kita lihat.. apa yg akan terjadi kalau kita bagi peluang parti PAS…. kalau sama aje ..kita keluar dari Malaysia.. tak ada guna nya kita duduk malaysia.. kerana pentabiran nya tidak adil.. Sabah kaya dengan Hasil pertanian dan Perolium.. tapi itu semua sudah di bawah ke semennanjung utk mereka dan keroni2 org di sana so apa yg tinggal di sabah? habuk aje. Eletric pun kerajan UMNO TIDAK DAPAT bantu kita di Sabah….
    di mana kesedaran orang kita.. cuba kita lihat pula guru2 dari semenanjung.. yg bekerja di sabah lepas siswazah berlamabak org semananjung di sabah jadi guru bah… tapi org sabah tak ada kerja….mari kita kita lihat pula berapa ramai orang sabah yg bekerja sebagai guru di semananjung… bole kira dengan jari bah…. so di mana kewarasaan kita organg sabah… cuba kau lihat.. ini tidak seimbang.. ramai org kita kesemananju8ng kerja sebagai kerja kilang aje.. kasian bah org sabah di semanajung ..sedangkan kelapasawit dan petrolium kita org semanajung ambil.. kasi kita org sabah…. menteri dan YB diaorg tidak kisah gaji besar dan dapat projek tapi kita org awam sabah apa kau dapat tiada bah… so mari lah kita fikir betul2 next election.. kita undi PAS dan kalau sama juga ..kita pakat kita keluar dari malaysia kita join Brunei..

    Reply

    ANI reply on September 30th, 2010 12:21 AM:

    BETUL…BETUL..BETUL…..

    Reply

  20. SaniAli says:

    saya sokong!! saya ada 1001 pendapat mengenai penyelesaian elektrik& air di Sabah ini.

    btw, hanya mereka yang bebal, bermentaliti negatif dan berpuak-puak adalah orang yang bankrupt..susah nak maju!!

    0133381910, Tg. Batu

    Reply

  21. zan_kk says:

    Tahun lepas aku pergi tawau tapi rasa mcm di Indonesia pula…lebih ramai org asing dari org tempatan..hairan betul mcm mana begitu ramai PATI kat negeri kita nie…dari dulu sampai sekarang langsung tak berkurang malah semakin bertambah ramai…tak tau mcm mana pihak berkuasa jalankan tugas mereka….klu kat sarawak korang tengo ble kira berapa org ja PATI…klu sistem pemerintahan msi mcm nie, nda lama lagi sabah akan jadi lautan PATI…

    Reply

  22. aku bdk tawau says:

    okai jak bah d tawau tu.. ko ni bah.. buat baik d bls baik.. bkn d tawau jak bgtu.. rasanya d semua tmpt pon begitu jak bah.. jgn sempitkan pemikiran smpi tawau tu mcm buruk betul.. padahal ok saj bah d twu tu.. ko ni… sembarangan sak… sapa duduk tawau dia tau la tu mcm mn keadaaan sebenar d tawau.. huhuhu… kami bdk2 tawau d sini slalu memartabatkan tawau bah.. dak pulak mau mengecil2kan tawau… jgn terlalu memandang org lain sehingga lupa mahu menilai dri sendri k.. adios.. salam…:)

    Reply

    ANI reply on September 30th, 2010 12:31 AM:

    Tawau tak la terok macam yg dorang cakap kan tu.Bukti nya orang Tawau yang kerja d semenanjung mesti tak lama,mereka mesti balik sabah dan bekerja di sini sbb taraf hidup tinggi dan susah hendak menyesuaikan diri dgn keadaan di sana.Baru la org sabah tau walau pun gaji di semenanjung tu tinggi tapi tawau tetap di hati….ramai org tawau yg bekerja di semenanjung dah kembali kerja di tawau sbb mereka tahu tawau lebih sesuai dgn cara hidup orang yang bersederhana….

    Reply

  23. man says:

    ba….begayak jugak….alasan kenapa mau selamatkan kami di tawau konon….mcm jak la org do twu ni begitu.sibuk plak tu ckap itu ini…mcm jak ko tu tau pa mslah sesb ke org mpt ke pa ke!cok ko yang jadi mcm dorang,ko mo ka di cakap2 begitu…..mcm apa jak …pinda la ko g semenajung tu…lagi ko resa..begayak jugak…mcm apa jak….begegar tembuni mu tu kalo ko ckap beggitu…..

    Reply

    Maya reply on December 5th, 2010 4:09 PM:

    wahai adikku man yang budiman… terima kasih atas komen adik.

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.