Selamat Hari Polis ke-205 kepada IPD Tawau yang diterajui ACP Ibrahim Chin.
Petang tadi aku limpas dekat Balai Polis Tawau dan kelihatan sudah tersergam gah segala kelengkapan untuk meraikan sambutan Hari Polis IPD Tawau ke-205 yang diraikan serentak di semua ibu pejabat polis setiap daerah. Bila baca Bernama News tadi, ada dinyatakan sambutan kali ini akan menampilkan buat pertama kalinya dalam sejarah, PDRM akan memperkenalkan maskot mereka, Harimau Biru.
Kenyataan rasmi Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar maskot itu untuk mewujudkan rasa mesra dan selesa di kalangan masyarakat terhadap pasukan polis. Ada betulnya juga sebab pendekatan ini boleh menjayakan proses penjenamaan semula PDRM melalui projek Polis Bertaraf Dunia.

Bila search Google, bukan kita saja yang ada maskot, negara lain lagi awal menampilkan maskot mereka contohnya di Jepun dengan Maskot Boing-Boing, Australia dengan Koala, Saanich Kanada dengan Ace dan banyak lagi.
Pastinya lebih banyak kebaikan yang bakal dilaksanakan dengan pelancaran maskot ini, mau persoal bab membazir, soal idea-kering atau apa saja lolongan kosong golongan “cendikiawan”… apa yang mahu ditampilkan adalah mahu meningkatkan mutu perkhidmatan agensi kepolisian untuk manfaat rakyat.
Aku masih ingat, tahun 2008 PDRM memperbaharui lencana mereka daripada “Saya Anti Rasuah” kepada “Integriti Amalan Kita”. Ianya penambahbaikan yang berkesan apatah lagi orang kita terlebih kreatif dengan ayat ini:
Saya NAnti Rasuah…
Kepada semua anggota Polis Di Raja Malaysia di seluruh negara, terima kasih atas jasa pengorbanan kalian, tanpa abang-abang Polis, apalah jadi dengan Tawau. All the best to PDRM, semoga apa yang kalian lakukan untuk keamanan kami mendapat balasan oleh Yang Maha Esa… amin.
Petikan berita Bernama:
Harimau Biru Lambang Penjenamaan Semula PDRM
KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperkenalkan maskot “Harimau Biru” sempena sambutan Hari Polis ke-205 Sabtu ini bagi mewujudkan rasa mesra dan selesa di kalangan masyarakat terhadap pasukan polis.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata usaha itu adalah sebahagian daripada proses penjenamaan semula PDRM melalui projek Polis Bertaraf Dunia.
Beliau mengakui masih terdapat masyarakat yang tidak berasa selamat daripada menjadi mangsa jenayah biarpun pelbagai usaha PDRM sejak tiga lalu dengan menambah jumlah keanggotaan dan meningkatkan kehadiran polis.
“Biarpun polis berjaya mengurangkan kadar jenayah di seluruh negara namun masyarakat masih berasa tidak selamat. Tetapi ini adalah persepsi masyarakat dan akan berusaha mengubah persepsi ini dengan menambah baik perkhidmatan kita,” katanya dalam sidang media mengenai sambutan Hari Polis ke-205 yang akan diadakan di Dataran Merdeka Sabtu ini.
Ismail berkata PDRM belum pernah mempunyai maskot dalam sejarahnya dan langkah mewujudkannya merupakan sebahagian daripada Program Transformasi Kerajaan meningkatkan mutu perkhidmatan agensinya untuk manfaat rakyat.
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments







Sam Mikli
Mar 24. 2012
Assalam alaikum
Tuan Maya dan seluruh “fellow” puadede.
Sejak dari tahun 1807 sehinggalah ke saat ini, PDRM pun telah meraikan ulang tahun yang ke-205. Selamat hari Polis!
Walaupun di dalam blog saya selalu “menghentam” PDRM tetapi ia tidaklah bermakna saya anti Polis. Lagipun di kalangan keluarga terdekat saya, rakan-rakan saya benyak yang begelar polis. Berseragam biru, dan dipinggangnya tersemat senjata api.
Jika dibuat perbandingan di antara polis dan peguam tentulah peguam lebih baik daripada polis. Ini kerana peguam adalah pekerjaan yang berstatus profesional. Memiliki tingkat gelar akademik yang tinggi.
Namun dari segi curahan jasa dan bakti, polis lebih baik jika dibandingkan dengan peguam. Ini kerana peguam fungsinya hanya menghurai dan mentafsir undang-undang. Peguam tidak mencegah jenayah atau membasmi jenayah. Polis pula adalah sebaliknya. Ini sendiri diakui oleh Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat yang ke-16.
Oleh yang demikian pekerjaan atau profesion kepolisan tidak boleh dipandang sebelah mata. Tanpa polis tentunya negara kita akan menjadi sebuah negara anarki.
Adieu dari jauh.
Reply