Sejak dulu lagi aku jenis tidak suka bergambar namun baru-baru ini seorang temanku di FB telah tag aku dalam satu gambar lama yang disimpannya. Aku terkejut dia ada menyimpan gambar itu kerana sepanjang ingatanku, siapalah aku untuk bergambar dalam majlis-majlis rasmi ketika itu. Yang dalam kepala otak aku ketika itu hanyalah menjalankan tugasan yang diberikan, namun bila dijemput untuk majlis rasmi, aku jarang tunjuk muka.
Oleh kerana jarang tunjuk muka itulah aku rupanya dicapture… aduilah.
Sekarang ni apa yang aku sudah tidak kisah bab gambar menggambar ini kerana bila kenang balik, aku tidak mempunyai banyak kenangan bergambar walhal, aku sepatutnya memiliki banyak gambar kerana aku mula memegang kamera hasil gajiku pertama tahun 1997.
Inilah gambar itu, gambar ini rasanya masa aku baru balik dari function sukan, nampak gaya pun memang bukan nak datang kerana berlawa dalam majlis sambutan kongsi raya tapi saja mo pok angpaw. Dalam gambar ni, Kak Salbiah Jabrin, Dayang Mastura P. Baharuddin dan Justina dan taiko di belakang tu semua dah kenal rasanya, itulah Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee.
Comments
Powered by Facebook Comments










uissehh… Datuk YTL tu bah..mcm bodigad..
Reply