Puadede.Com

Blog Anak Tawau

Hari bersejarah Tawau Bloggers

Hari yang amat bersejarah untuk penulis blog-blog di Tawau tercatat pada 28 Jun 2008 di Restoran Kayu Manis.  Majlis perjumpaan yang santai dan penuh dengan gelak ketawa itu dihadiri lebih kurang 10 orang termasuk ahli keluarga bloggers.  Rasanya perjumpaan seperti ini perlu selalu diadakan kerana banyak faedah yang tidak terduga boleh diperolehi, antaranya, ada benda yang tidak pernah terfikir, akan datang ideanya pada masa itu, ada tips-tips berguna boleh dipelajari di sana dan yang terpenting sekali, sesiapa yang ingin berjinak2 dengan dunia adsense, di sinilah titik permulaannya…


Meskipun ada beberapa bloggers yang tidak dapat dapat di saat akhir, namun makanan yang dihidangkan Restoran Kayu Manis, terutamanya, desert pisang goreng tu, licin langsai diratah bloggers.  Apatah lagi makanan nasi goreng dan lauk ayam masak kicap sos (+belacan) itu, akulah orang yang paling syok menikmatinya …

Antara isu yang diperkatakan pada gath itu adalah:

Adsense & Tipsnya.
Yang banyak memperkatakan hal ini ialah Alwis. Sampai habis power leppy pun dia still potpet hal ini. Tapi, apa yang beliau sampaikan, semuanya memberi banyak manfaat dan motivasi kepada kami.  Dengarnya, ada yang tak tahu adsense dah ada blog adsense sekarang ni, ada yang kurang faham tentangnya hari ini memperkemaskinikan persembahan content di web mereka. So jangan hairan, ada diantara kami bakal memiliki tanah untuk tanaman kelapa sawit hasil dari duit adsense, insyaallah, suatu hari nanti.

Aktiviti Review Tawau ala Jalan-jalan Cari Makan.
Ini adalah idea aku yang akan menjadi tunjang pada kegiatan bloggers Tawau di media internet pada masa akan datang.  Idea ini bertujuan membuat review tentang mana-mana premis perniagaan, tokoh, persatuan-persatuan kebajikan dan sebagainya untuk dijadikan topik penulisan dalam bloggers Tawau. So kepada sesiapa yang berminat menjemput kami Bloggers Tawau untuk melakukan review, silalah hubungi aku atau sesiapa sahaja yang terangkum dalam senarai Bloggers Tawau.

Klik untuk melihat gallery gath




Categories: Blog
sis laaa yang mau tanah untuk tanam bibit kelapa sawit…ahakssssss

Reply

1 July 08 at 16:32
aku pun mo gak tuh… hehe…

Reply

1 July 08 at 20:24
sorrylah bro semua……sy tak sempat sampai tawau mengikut masa yang telah ditetapkan..saya pun sebenarnya berminat berkongsi apa yang blogger semua tahu.

mungkin saya akan tunggu 2nd gath yang akan datang pula…kalau nak buat tu biarlah masa ada cuti dua tiga hari…baru syok sikit.

ini satu permulaan yang baik dalam mengembangkan idea dunia blogger dan dunia internet di tawau. Saya juga berharap akan ada satu portal atau pusat gerakan maya untuk rujukan kepada para blogger di Tawau…tempat yang boleh mengumpulkan semua blogger yang ada sambil berkongsi maklumat yang ada.

apa pun tahniah utk anda semua

Reply

2 July 08 at 10:55
hidup tawaUUUU.. hidup tawauU!!!….

Reply

4 July 08 at 00:30